Ada Apa dengan RUNNING MAN?

runningman2

Running Man ni menjadi rancangan favorite aku lately ni, asal balik keje jer, aku akan layan program ni dan tergelak tergolek-golek… Biasanya aku memang tak sempat nak tengok program ni pada waktu siarannya iaitu jam 11:50 malam, hari Jumaat dan repeat hari Sabtu ada marathon di Ch 393, OneHD. So apa yang aku buat aku terus la record series, so that boleh la layan bila-bila masa free. Kalau dah free sangat tu, layan marathon la apa lagi… Terima kasih la Astro Beyond, sekarang dah tak miss program-program favorite!

Kalau di kaji balik, rancangan ni memang kerja tim produksi yang bagus. Bermula dari peserta yang terdiri dari pelbagai backgroud selebriti (pelakon/pengacara/penyanyi/rappers) yang spontan dan tidak control macho, location yang menarik, jurukamera yang pantas berlari sama dengan peserta, skrip yang lawak, sehingga la ke peringkat editing yang rajin. Itu semua merupakan kekuatan Running Man dan semakin menapat tempat di hati masyarakat.

Kesemua peserta dalam program ini mempunyai karektor berbeza, seperti Ji Hyo yang ayu dan mudah mendapat sempati, lebih-lebih lagi dari Gary yang meminati Ji Hyo, Kwang Soo yang selalu blur dan dibuli dan macam-macam lagi. Susunan cerita yang kreatif, dengan idea memberi jolokan peserta dengan nama haiwan membuatkan program ini unik dan berani contohnya Kwang Soo dengan gelaran Zirafah sebab terlalu tinggi dan Jong Kok digelar sebagai Harimau kerana garang dan kuat.

zirafahSi Zirafah – Kwang Soo

Bagi aku pulak,  Jong Kok always my favoritelah, sebab dia jer nampak gagah dan handsome, yang lain tu alahai lawak macam bodoh-bodoh alang jer gamaknya. Dan aku juga suka Ji Hyo sebab cantik dan pandai menggunakan peluang yang ada.

ji hyoJi Hyo yang cantik dan bijak, kekadang blur jugak!

jong kookBila Harimau senang hati, lebar senyumnya

Selain peserta yang menjadi tulang belakang Running Man, tak kurang juga artis jemputan yang hebat-hebat sebagai kejutan untuk mereka seperti Jackie Chan, sehinggalah ke pemain boleh sepak terkenal Pak Ju Sung dan Evra.

jackie chanRunning Man terkejut dengan kehadiran Jackie Chan

evraEvra sebagai selebriti jemputan

Penggunaan kamera yang banyak iaitu setiap peserta 1 kameraman ini dan tak termasuk yang tunggu kat tepi untuk amik wide shot dan sebagainya – jadi mungkin melebih 20 kamera!. Ini bagi memastikan setiap moment dan karektor tidak pernah terlepas. Riaksi seperti mulut ternganga, terkejut, terjatuh semuanya dapat dirakamkan. Begitu juga dengan penggunaan audio yang kemas, segala perkataan dapat dirakamkan.

RunningManEP154OfficialPic19Antara episod farovite aku, di mana mereka perlu menjadi benteng untuk penanti, sambil amik gambar dengan senyum

Dalam sebuah article yang aku pernah terbaca, ada kameraman yang terpaksa turun berat badannya sehingga 8kg dan fit, bagi memastikan selaras dengan tenaga peserta itu. Kalau semua pesertanya cargas, kameraman dan krewpun kena la cargas sama, kalau tak terlepaskan banyak shot… Dan semua peserta tak la kejam, mereka memberi kerja sama yang baik dengan kameraman… Kalau tak matilah kameraman! Nak kejar lagi nak shoot lagi.

kameramanBarisan jurukamera Running Man! Takder yang gemok… Steady!

Sebagai program tv berbentuk berlawan, games yang diaturkan juga sangat kreatif. Walaupun ianya kelihatan mudah namun memerlukan strategi untuk menang. Sebagai penonton aku paling gemarkan permainan di taman tema, antaranya mereka perlu menyanyi ketika roller coaster sedang menggelongsor.. Kalau itu logik, memang kita akan menjerit sekuat hati lah kan? Diorang kena menyanyi? Adoiyai lawak la jadinya. Ia juga tidak membosankan apabila setiap episod menanmpilkan misi yang berbeza.

Tidak mustahil satu hari nanti kita juga boleh menghasilkan program variety seperti ini dan mampu dijual di seluruh dunia, siapa tahu? Maunya kena ada lebih dari 50 orang krew…. Kena sewa bas nak pi location. Uish bestnyer…

Bagi sesiapa yang belum tengok program ni, bolehlah cuba-cuba tengok… Baca subtitle kat bawah tu kalau tak faham ckp Korea, subtitle pun lawak k… Selamat menonton!

peserta running man

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s