4 x 4 – Lubuk Kawah

Membelek-belek album lama, terjumpa pulak dengan gambar-gambar ni.

_MG_9001

_MG_9242

Nak citer sikitlah…

Kawasan ini dikenali sebagai Lubuk Kawah, dan terletak di Tanjung Malam.

Lazimnya kawasan ini menjadi penggemar sukan 4×4 kerana kat di sini terdapat sungai-sungai dan curam yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan ini.

Waktu  ni, aku join program anjuran pelajar MSU, excited sangat! Kerana inilah pengalaman pertama aku meredah lubuk dan sungai menaiki 4×4.

Masa ni lah nak menguji ketahanan mental, mampu ker aku? Ceh, citer jer gempak, bukan aku yang bawak 4×4 tu, aku duduk jer diam-diam kat belakang.

Kami bertolak dari MSU kira-kira jam 7 pagi, bersama 15 biji 4×4.

_MG_8873

Misi kami selain menikmati pengalaman ngeri menaiki 4×4 ni, adalah untuk berkhemah Air Terjun Lubuk Kawah.

Khabarnya, air terjun ni masih tidak digazet oleh kerajaan negeri atau persekutuan sebagai lokasi pelancongan, tetapi ia menjadi lokasi tumpuan bagi mereka yang meminati aktiviti ekstrem.

Sebelum melalui cabaran, kami singgah di Teratak Riverview. Tempat ini merupakan resort yang terdapat di sini.

Bagi sesiapa yang tidak berminat untuk berkhemah, anda bolehlah tidur di sini. Terdapat sungai dengan pemandangan yang cantik disekitarnya. Amat sesuai bagi sesiapa yang ingin dari dari kesesakan kota. (blh buat retreat kat sini!)

_MG_9371Sempat lagi adik2 aku ni pose yer

_MG_9326

Kira-kira 30 minit berehat, kami meneruskan perjalan ke Air Terjun Lubuk Kawah.

Jarak dari Teratak Riverview ke Lubuk Kawah ialah 9 kilometer tetapi masa yang diambil peserta untuk sampai ke sana mungkin berbeza mengikut kenderaan dan pengalaman pemandu.

Di sini lah cabaran bermula… jeng… jeng…jeng….

_MG_9358

Gambar tempat yang mencabar tu tak der… Ini pun oklah yer…

Kami terpaksa meredah sungai untuk ke seberang.

Dengan arus yang agak kuat ketika itu, kehebatan pemandu amat diperlukan. Jika salah langkah, kenderaan kami boleh dihanyutkan. Tapi kami selamat. Eleh tak suspend langsung!

Hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam, menjadikan jalan yang kami lalui begitu licin dan merbahaya. Mase ni suspend sikit, sebab pakcik driver tu saje bawak giler-giler, sebab kalau tak tak best katanye… Katenye! Macam nak terbalik kereta tu.
Antara cabaran lain kami terpaksa menaiki bukit berlumpur setinggi 90 darjah, atau turut dikenali sebagai lubang kubur. Ish ngeri bunyinyer tukan? Sebab kedalamannya tu… dan kenderaan yang boleh lalu di jalan tu ngam-ngam jer.
Masa ni, tak semua kereta boleh lepas. Kereta yang power jer boleh lepas. Semua kene tarik pakai kabel. So memang banyak kejelah yer… nak mengikat kabel dari kereta depan, dari pokok bagai. Yang menunggu memang bosan.

_MG_8969

_MG_8984

Namun pengalaman yang paling saya tidak boleh lupakan adalah ketika sorang dari tim kami, mengambil gambar kat  belakang kenderaan yang  tidak boleh melepasi bukit.
Sedang dia asik mengambil gambar, tiba-tiba 4×4 itu mengundur kereta kabel yang digunakan untuk menarik 4×4 tersebut, terputus! Tambahan laluannya hanyalah muat untuk kenderaan tersebut.
Kami pun apalagi… Menjerit sekuat hatilah, harimau dengarpun terkejut agaknya.
Mula-mula dia  boleh buat dek jer, tapi dengan jeritan beramai-ramai, dia dapat diselamatkan. Terkeluarlah suara suparno aku ketika tuh. Ceh!
Dia pun cepat-cepat lari dan lompat ke atas. Mujurlah sempat, Kalau tak dah leper dah…
Tapi malangnyer 4×4 tadi merepuh kenderaan yang berada di belakang.
Selepas ujian mental yang ni, kamipun sampai di tapak perkemahan… Mereka dirikan khemah, sesi memasak pun bermula.
Tapi oleh kerana aku ni tetamu jemput khas, aku tak diberi peluang untuk membantu, cuma bantu makan jer… Fuh bestnye.
Tepi tapak perkhemahan kami ade sungai yang best, bestnyer mandi manda di sini. Fuh sejuk.
Kalau nak ke air terjun, silakan berjalan kaki masuk hutan.
Untuk pengetahuan nilah pengalaman pertama dan mungkin terakhir aku berkhemah. Sebab aku tak suka part nak buang air..

Ok tu jer nak citer… Sekian.

Kalau nak pi tempat ni,  sila layari laman web http://teratakriverview.blogspot.com/ atau hubungi 013-533 5033 (Hakim), 019-511 5033 (Hanah) atau 017-343 1346 (Haziq).
_MG_8848
Inilah tim MSU yang super sporting
_MG_8930
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s