DOABUATMUMH370

Pagi Sabtu, 8 Mac. Bangun dari tidur, tapi masih terasa macam mimpi sebab terbaca tentang kehilangan pesawat MH370 di fb. Macam caya tak caya jer… Biar betik! Pesawat hilang?!!

Perkara pertama yang aku sempat fikir masa tu, memang terhempas jerlah… Maklumlah, banyak sangat tengok citer Air Crash Investigation kot. Siap record series! Over tak aku? Haha… Tapi Alhamdullillah sehingga hari ni tak ada bukti pesawat ni terhempas, semoga penumpang dan anak kapal selamat.

Pagi ini ada perkara penting yang perlu diselesaikan di ofis, iaitu pencarian host untuk stesyen tv kami, Tv Alhijrah. On the way ke ofispun, masih tak percaya lagi…  Betul ke ni?!

Sampai ofis ade lak spekulasi kate pesawat tu dah landed kat Naning. Ade jugak yang ckp pekerja pelantar minyak dah tolong selamatkan mangsa yang terhempas kat Laut China Selatan. Ntahapeapeapentah!

Pagi tu, kelihatan ramai dah mereka yang ingin mencuba nasib sebagai pengacara, pembaca berita, wartawan dan sebagainya, beratur menunggu giliran masing-masing. Sebagai salah seorang panel pada hari tu, of cozlah, misteri kehilangan MH370 menjadi antara topik perbualan dan soalan untuk mereka yang mencuba nasib sebagai host ni.  Maka pada hari itu, ramailah peserta diuji sebagai wartawan lokasi yang melaporkan tragedi ini dari lokasi kejadian, malangya masih ramai yang tidak bersedia untuk menjadi wartawan. Ada yang lebih tertumpu untuk menjadi host semata-mata. Ketahuilah wahai anda, sebelum menjadi host yang baik anda perlulah menjadi wartawan yang baik dulu…

Bukan mudah nak menjadi wartawan ataupun host yer, lebih-lebih lagi melibat kes besar macam ni. Kehilangan MH370 ni ternyata akan menjadi sejarah penting bagi rakyat Malaysia. Walaupun aku bukanlah wartawan yang terlibat secara serius dalam melaporkan kehilangannya, tapi aku cukup respect pada rakan-rakan media, termasuk rakan seperjuangan di stesyen tv ini dalam melaporkan kejadian ini. Di Tv Hijrah sendiri kami turut menyiarkan program Assalamualaikum Khas menyampaikan maklumat tentang kehilangan pesawat ini dengan content yang menarik. Tahinah pada wartawan yang bersengkang mata menyediakan bahan-bahan untuk disiarkan jam 8 pagi esok! Sementara itu, sudah menjadi rutin selama 10 hari berlalu ini untuk kami bersedia di depan tv pada jam 5.30 petang bagi mendengar press conference untuk mendapatkan maklumat terbaru tentang kehilangan MH370. Itulah kerja wartawan, melaporkan.

Perasan tak, secara tidak langsung ramai sekarang dah macam pakar aviasi! Sebelum ini mungkin kita tak tau banyak benda tentang pengendalian sebuah pesawat, tapi sekarang orang mula bercakap tentang transponder, radar, simulator dan macam-macam lagilah! Siap boleh buat andaian sendiri… mengalahkah pilot pulak!

Hari ni masuk hari kesebelas… namun pesawat ini masih belum ditemui. Macam-macam spekulasi yang bermain di media tentang kehilangan pesawat MH370, tambahan media barat yang sesuka hati membuat spekulasi yang bukan-bukan tanpa ada source yang sahih. Tak kurang juga melambak keyboard warrior yang kononnya tau semua, mengalahkan dioranglah CIA. Tak cukup dengan kerajaan, wartawan kitapun dicemuhnya. Lebih percayakan agenda barat yang tah apa-apatah. Hello… ingat senang ke nak jadi wartawan ni, suka-suka jer korang mengutuk wartawan. Kalau rajin dan pandai sangat pergilah tengok wartawan yang duduk menunggu kat KLIA tu… Kami ni melapor dengan telus, bukan spekulasi semata-mata macam wartawan barat tu dok buat… Kalau betulpun kerajaan ingin menyembunyikan sesuatu, tentu ada sebabnya. Takkanlah seorang pemimpin negara itu, sanggup meletakkan negaranya sendiri dalam keadaan bahaya. Perlukah dia dedahkan semua perkara sehingga menjejaskan negaranya? Aku bukanlah pro kerajaan sangat, tapi sebagai rakyat Malaysia, aku yakin kerajaan telah buat yang terbaik. Tapi kalau ada sesiap rasa lebih bagus dari apa yang kerajaan kita buat, silalah ke depan. Jangan panggil bomoh dah ler… buat malu jer.

Sangat setuju dengan abg syaril!

ImageSekarang siasatan dah semakin sukar, ia melibatkan 26 negara yang terlibat di 2 koridor utara dan selatan. Walau sesukar mana sekalipun, insyallah, pasti ada jalan. Kalau dikaji balik, mana tak sukar… negara-negara yang terlibat tu pun ada masalah sesama sendiri. Jika Malaysia berjaya menyatukan mereka untuk tujuan murni mencari MH370 ni, memang terbaiklah!

Image

Terpesong jap..

KD Terengganu antara kapal yang turut serta dalam misi pencarian di Selat Melaka. Nak citer sikit ni, aku pernah berlayar bersama KD Teregganu!

ImageMuka orang mabuk laut… Tahniah pada TLDM sebab takde masalah mcm kitorang!

Image

Image

Diberi peluang oleh TLDM untuk menembak di laut

Image

Kenangan bersama anak kapal KD Terengganu ketika sesi penggambaran Nota Al Zahra

Inilah wajah-wajah wira kita (bukan berpakaian biasa tu yer…) yang mungkin terlibat dalam misi pencarian MH370. Semoga segala jasa dan bakti mereka menemui kejayaan.

Bagi aku apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selagi umat islam di Malaysia ni bersatu padu, gigih meminta pertolongan Allah dengan melakukan solat hajat di sana sini, Insyallah Dia akan temukan kita dengan pesawat ini. Kebenaran akan terserlah juga akhirnya, biarlah lambat asalkan selamat.

Ya Allah temuikanlah kami dengan MH370 dan semoga semua anak kapal dan penumpang berada dalam keadaan selamat.  #doabuatmh370

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s