Manila: Jun dan perjuangan Islam

Perjalanan saya ke Kota Manila kali ini bukan perjalanan biasa. Saya ditemani sekumpulan NGO Islam di Filipina, iaitu Islam In Action. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Manila menaiki pesawat Air Asia, tiba kira-kira jam 11 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino. Saya bersama seorang jurukamera ke Manila bagi menjejak perkembangan Islam di bandar Metro Manila, Filipina untuk laporan program Majalah Islam.

Bersama Islam in Action, perjalanan kami menuju ke perkampungan Orang Asli Nakuklod, Floridablanca, Manila.

Perjalanan 3 jam dari Metro Manila, terasa amat jauh lantaran jalan yang berlopak dan becak yang besar. Terasa tempat ini kurang terbela. Sepanjang melalui jalan ini kesan letusan gunung berapi Pinatubo pada 1991 jelas kelihatan. Debu lahar yang hitam masih boleh didapati dengan jelas di sepanjang sungai yang kami lalui.

Image

Siapa Jun Falih Obrerro?

Jun Falih Obrerro, merupakan pengasas Islam in Action. Perjalanan kami ke kawasan ini adalah tidak lain untuk mengetuai misi berdakwah yang dianjurkan NGO ini. Bukan mudah untuk mendekati orang asli di sini, namun bagi Jun dia mempunyai pendekatan tersendiri. Kelas agama akan diadakan kira-kira sebulan sekali dan sesi perbincangan agama dan soal jawab diadakan.

Image

Misi dakwah Jun, tidak berhenti di sini saja. Perancangan bagi jangka masa panjang untuk membantu penduduk kampung melepaskan diri dari belenggu kemiskinan adalah antaran strategi dakwah yang harus di puji. Dia tidak mahu Islam di Filipina terus mundur dan tersisih.

ImageJun merancang menjadikan kawasan ini sebagai pusat penanaman bonsai dan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung. Dia merupakan seorang ahli landskap, sememangnya arif dengan teknik penanaman bonsai dan menjadikan ianya sebagai mata pencarian.

Image

Jun merupakan saudara baru, atau lebih dikenali sebagai “Balik Islam” oleh masyarakat Filipina. Dia mula memeluk Islam sejak 1994, ketika menetap di Arab Saudi. Sebaik pulang ke Filipina, dia dapati menjadi “Balik Islam” di wilayah minoriti Islam, tidak mudah. Apatah lagi golongan seperti Jun dipinggir dan dilayan sebagai kelas kedua di tanah air sendiri.

Bermula dari itu, Jun nekad mengubah segala persepsi masyarakat Filipina dengan Islam dan mula memikirkan langkah bagi membantu umat Islam di sini.

Islam in Action dibangunkan Jun dan keluarga sejak 2010, melalui yayasan ini, Jun gigih berdakwah kepada umat Islam di sekitar Filipina dengan menggunakan konsep “Dakwah Caravan”. Van dan pacuan empat roda yang bergerak secara berkumpulan digunakan untuk ke kawasan pedalaman dan kampung bagi mengembangkan Islam.

Pergolakan antara Bangsamoro dan Kerajaan Filipina, di Selatan negara ini, umat Islam di Metro Manila turut memberi kesan kepada umat Islam di Manila. Antaranya, mereka sukar mendapat peluang pekerjaan.

Melalui syarikatnya, Jun kerap memberi pekerjaan bagi umat Islam di Filipina. Mengimbau sejarah Islam di Filipina. Sebelum kedatangan Sepanyol ke negara ini pada 1565, Filipina merupakan negara Islam dengan populasi mencapai 98%. Ibu metro Filipina, yang diberi nama Amanilah ketika itu, diambil daripada perkataan Bahasa Arab, iaitu Fi Amanillah yang bermaksud di bawah perlindungan Allah. Namun selepas dijajah Sepanyol, Amanillah ditukar kepada Manila.

Image

Metro Manila kini menjadi sebuah bandar raya metropolitan terbesar di Filipina yang sentiasa sesak dengan orang ramai termasuk pelancong asing. Ia merangkumi 14 bandar raya dan tiga bandar.

Kesan penjajahan demi penjajahan, Manila kini hanya mempunyai 10 peratus umat Islam daripada lebih 84 juta penduduk Filipina.

Sedang kita leka dengan apa yang berlaku di Selatan Filipna, jangan sesekali kita lupakan perjuangan saudara kita di Metro Manila ini. Walaupun Jun Falih tidak mengangkat senjata dalam mempertahankan Islam, namun perjuangan mereka lebih getir dalam membantu masyarakat Islam di negara minoriti, daripada terus mundur dan tercicir.

 

Advertisements

2 thoughts on “Manila: Jun dan perjuangan Islam

  1. Salam sis..sy nak bertanya lanjut berkenaan masyrakat islam di manila.. Can u drop an email for me?thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s