Guilin : Cerita Gajah Dahaga

1ae07dba5de24678831778937f5ce245

Guilin, terletak di wilayah Guangxi, China, merupakan daerah yang amat kaya dengan warisan alam semulajadi yang indah dan mempersonakan. Sebelum menjejakkan kaki ke daerah ini, aku selalu melawat ke blog-blog dan membaca tentangnya, sehinggalah aku memasang azam untuk ke sini. Jemputan dari China Radio International dalam program Kembara Muslim di China ke Tv Alhijrah ibarat mimpi menjadi kentayaan buat aku!

Kami tiba di Lapangan Terbang Guilin pada pukul 11 malam dan disambut oleh wakil penganjur. Suhu sejuk serendah 17 darjah celcius dan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa, ternyata mampu membekukan otot-otot aku ni. Seterusnya kami ke Hotel Bravo yang terletak di bandar Guilin. Hotel ini juga berdekatan dengan Masjid Guilin. Jadi ia amat sesuai untuk pelancong muslim kerana makanan halal juga mudah didapati dan terletak berhampiran masjid. Dari hotel kita juga boleh berjalan kaki ke pekan Guilin untuk membeli belah dan boleh menikmati keindahan lampu neon yang membanjiri malam di daerah ini. Selain itu, jika anda ke masjid di sebelah malam, anda akan bertemu dengan pasar malam. Harga barangan di sini agak berpatutan. So kami sempatlah beli fridge magnet, sebab rasanya memang tak sempat nak shopping Guilin ni. Jadi apa yang nampak, kami sambar jer…

20131022_201523

Hotel kami… terbaik, ada makanan halal

20131022_222313

Antara barangan di pasar malam, bingkai speck

20131022_222741

20131022_222338

20131022_224236

20131022_224313

20131022_224256

Antara hasil air tangan rakyat tempatan, melukis keindahan bukit bukau guilin di atas batu.

20131024_061429

Masjid Guilin, jgnlah expect masjid diorang besar macam Masjid Wilayah yer, masjidnye macam rumah biase jer…

20131024_083958

Betul-betul sebelah masjid ada kedai makan muslim dalam 3 buah. Kedai yang ni buka dari breakfast sampai malam.

Sungai Li yang mengalir di tengah-tengah bandar Guilin memisahkan antara barat dan timur bandar ini dan sekelilingi dengan bukit-bukau, membuatkan tidak puas mata memandang. Jadi tidak hairanlah sektor pelancongan merupakan antara industri terbesar di bandar ini, sehingga menyumbang kepada peluang pekerjaan. Kini terdapat 11 ribu pemandu pelancong di sini.

20131021_110554

20131021_102938

Guilin merupakan sebuah bandar yang berada di bawah Wilayah Autonomi Zhuang dengan kepadatan penduduk seramai hampir 5 juta orang. Walaupun penduduk majoritinya ialah etnik Zhuang, bumi empat tasik dan dua sungai ini tetap mampu menghidangkan kepada setiap pelawat yang menziarahinya kepelbagaian seni budaya hasil integrasi antara etnik.

Elephant Trunk Hill merupakan lokasi wajib bagi para pelancong yang berkunjung ke sini. Ia diberi nama bersempena terdapat sebuah bukit yang menyerupai belalai gajah yang sedang minum air dari tasik. Selain menikmati pemandangan indah di tasik ini, pelancong juga berpeuang mengambil gambar dengan mengenakan pakaian eknik Mao dan Zhuang atau mengambil gambar bersama burung cormorant. Burung cormorant digunakan untuk menangkap ikan, merupakan kaedah tradisional yang popular di China suatu masa dulu.

20131021_103226

Pakcik ni ibarat nelayan yang menjaga burung ini. So nak ambil gambar dengan burung, sila bayar pada pakcik nelayan ni.

20131021_103804

Untie ni sibuk menggayakan baju sewaannya… Ala-ala model nampak! Aiyak!

20131021_103311

Harga sewaan baju, 5 yuan sepasang

20131021_103400

Nampak tak belalai gajah kat belakang tu?

20131021_102820

Boleh gak naik bot, tapi tak tau lak diorang bawak gi mana…

Berdekatan dengan belalai Elephant Trunk Hill ini, tedapat juga sebuah taman yang dikelilingi sungai . Di sini terdapat banyak monumen cinta dibina. Sebab tempat ni dibina untuk pasang kekasih berdating…

20131021_11021620131021_11062720131021_10570220131021_11103420131021_11185720131021_105923

20131021_10572320131021_105742

Yang ni pulak, hasil seni penduduk tempatan, ukiran kaca

Oklah sampai sini dulu. Bersambung ke lokasi lain esok. So mana cerita gajahnye? Yerlah gajah dah jadi batu kat Elephant Trunk Hill…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s