Guilin : Warna-warni dari gua

06435dfeae524202b99110668c1a7edcAku memang tak pernah masuk ke mana-mana gua kecuali yang ini, Reed Flute Cave di Guilin, China. Kalau sebut pasal gua, yang terlintas dalam kepala aku hanyalah gelap dan kelawar. Tapi pandangan cetek aku ni, benar-benar meleset bila aku menjejakkan kaki ke Reed Flute Cave.

20131021_161158

Kawasan lapang di tengah gua, dan lokasi video ditayangkan. Ada satu kawasan air, dan ditambah dengan pantulan lampu menjadikan air turut bewarna biru.

Gua ini dibuka kepada orang ramai sejak 1972, dan dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni. Aku amat teruja ketika berada di sini, bukan hanya melihat limpahan lampu yang menyinari gua ini, tetapi keunikan stalactite yang membentuk struktur tertentu amat mengagumkan. Keajaiban ciptaan Tuhan amat menyentuh perasaan. Dengan keunikan ini, tidak hairanlah begitu ramai pemimpin utama negara dibawa melawat ke lokasi ini.

20131021_154846

Setiba di pintu gua, kami seoalah-olah disambut oleh ‘seekor singa’ dan anaknya. Dengan menyusuri lebih dalam lagi, kami bertemu dengan ‘lelaki tua yang berehat sambil mendengar alunan lagu’. Sepanjang menyusuri laluan sejauh 500 meter di dalam gua ini, kesan stalactites yang membentuk imej-imej tertentu seperti singa, cendawan, ular, monyet, pokok dan lain-lain jelas kelihatan. Kemuncak keriangan lawatan di gua ialah sesi menonton tayangan video yang berlatarbelakangkan dinding gua berkisarkan mitos tentang terbentuknya gua ini.

20131021_160813

Video is on!

Dengan tiket masuk serendah 90 yuan bersama kira-kira 45 ringgit pengunjung boleh menikmati keindah dan kaunikan Reed Flute Cave. Ia turut dilabel sebagai kawasan lawatan berstatus AAAA. Untuk makluman sejak tahun 1999 kerajaan China telah mewartakan gred bagi lokasi pelancongan di China bermula dari A sehingga AAAAA, sebagai satu cara untuk menarik pelancong. Lokasi ini juga berjaya mencatatkan 1 juta pengunjung setiap tahun.

20131021_154124

20131021_154859

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s