Guilin : Pastikan Makanan Halal!

Bandar Guilin yang kaya dengan keunikan budaya dan alam semulajadinya, menjadikan ianya lokasi perlancongan terkenal bagi pengunjung dari timur tengah dan Malaysia yang terdiri dari agama Islam. Jadi keperluan untuk mencari makanan halal tidaklah sukar. Selain di hotel, pelancong juga boleh menikmati makanan halal di restoran. Kami sempat singgah ke restoran muslim tempatan yang diberi nama restoran Sedap Abdul (dah translate) yang menyedia makanan etnik Ugyur dari Xinjiang. Restoran ini terletak berhampiran dengan Universiti Guilin, bagaimanapun pengunjunga harus melalui lorong yang agak sempit untuk ke sini dengan berjalan kaki. Tak rugi berjalan kaki… makanan kat sini memang sedap!

1623680_10202643996575007_333738779_n

Restoran ini diusahakan Ayi Gu Li, bersama suaminya Abdul Satar, sejak 2006 yang lalu. Penunjung muslim tidak perlu risau kerana restoran ini menjanjikan makanan halal yang diimport dari Xinjiang dan Beijing. Hasrat untuk menubuhkan restoran di bandar Guilin tercetus berdasarkan maklumat tentang persaingan makanan halal yang tidak banyak di sini.

Selain mensasarkan pelancong Muslim sebagai pelanggan utama, lambakan university tempatan yang terdapat di sekitar lokasi ini, turut menarik minat pelajar Islam untuk makan di sini.

Makanan Ugyur, punya identity tersendiri. Masakannya kaya dengan rempah dan sesuai dengan citarasa orang melayu dan amat membuka selera. Pastinya yang menjadi pilihan kami satay kambing yang dicucuk pada besi pencucuk. Secret rescipe dari rempah yang digaul pada satay amat menggiurkan. Rasa rempat yang pedas dan sedikit masin, sememangnya sukar dilupakan. Saiznya dua kali ganda satay ayam di negara kita. Tak kurang fillet ikan yang dibuat satay bersaiz kecil. Isi ikan dikeluarkan dan dihilangkan seperti gambar di bawah ini. 

1978875_10202643995814988_238871621_n
Kemesraan Gui Li dan gaya pakai etnik Ugyur yang digayakan ternyata mampu membuat penggunjung selesa untuk singgah di sini. Apatahlagi dengan hidangan yang pasti tidak menghampakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s