Baby Amsyar and Swimming Session

image

“Elok ke kecik-kecik lagi dah di bawak berenang anak kau tu… Kan sejuk, nanti demam die.”

Itu kata-kata mak aku bile die dapat tahu aku bawak Amsyar pegi berenang. Setahu aku berenang ni memang baik utk kesihatan baby. Tapi tak sure pulak untuk Amsyar sebab Amsyar ni ada masalah murmur pada jantung die. So far aku dah mintak advise dr, and die kate ok. Dan dah beberapa kali aku bawak Amsyar berenang, so far tak de masalah. Cume haritu die ade selsema sikit, malam lepas swimming tu. Tapi esknya dah ok. Reason aku ajar Amsyar berenang awal, sebab Amsyar ade bunyi murmur kat jantung so die kena aktif dan kuat. Jantung die kena cargas ye… risau kalau-kalau bunyi murmur tu beri kesan bila besar nanti kalau dia tak aktif. Tp sebelum bawak gi swimming tu haruslah aku buat research sikit. Ni sedikit info dan tips untuk baby berenang:-
1) Seeloknya baby berumur 6 bulan ke atas. Tapi ade satu article kat http://www.babycenter.com.my, die cakap baby berusia 6 minggu. Bagi aku giler btl. Tak tergamaklah aku nak bt begitukan… nak mandikan dlm tab mandi die pun takut2.
2)Selepas mandi, susukan baby
3)Yang dah blh makan, bagi la snack
4)Kalau baby lagu, jgn la berenang lebih dari 30 min
5)Kalau baby tak sihat, jgn gatal bawak g berenang
6)Bila dah naik dari kolam tu cepat-cepat la balut die dgn towel.
7)Carilah kolam yg sesuai, jgn terlalu sejuk.

Berenang dikatakan baik untuk peningkatan untuk perkembangan mental, fizikal, emosional,
dan sosial.

Info yg aku baca di mr google, tentang kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam:

1)Kemahiran motor kasar dan halus
2)Refleksi (masa tindak balas)
3)Kuasa tumpuan (fokus)
4)Kepintaran / kecerdasan
5)Tabiat sosial
6)Interaksi sosial
7)Keyakinan diri
8)Kebebasan
9)Boleh menangani situsi yang diluar jangka.
10)Kanak-kanak ini didapati cukup laras berbanding rakan sebayanya yang tidak terlibat dalam program renang. Peningkatan dalam kedua-dua faktor iatu self -esteem dan independance menjadi faktor yang berkaitan antara satu sama lain.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang sejak kecil akan menunjukkan interaksi yang positif dan ikatan yang kukuh dengan ibu bapa mereka.

Macam aku, first time aku bawak Amsyar berenang mase pegi kenduri kawin Muniff kat Sg Petani. Mase tu kami stay kat Swiss Inn Hotel. Sebelum celupkan Amsyar dalam kolam esoknya, ptg tu kami mandikan Amsyar dekat bathtub dulu. Suruh die biasakan diri dengan neck ring. So far die ok dan excited sangat. So bile baby dah suke mummy daddy pun excited jgk la…

image

Ini percubaan pertama kt bathtub. Amsyar agak seksi.

image

image

Selepas bathtub baru la di kolam. Mula-mula memang dia takut. Dikeraskan badannya. Tapi pegang la pelampung die tu… pastu oklah.

image

image

Ni berenang kt kolam kat rumah jer...

Yang ni Amsyar dah agak biasa… tinggalkan sorang2 pun die tak heran.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s