Ho Chi Minh: Ben Thanh Market dan sekitar

image

Sebut jer Ho Chi Minh memang tak lari dari pandangan stereotype, tempat bershopping bagi orang Malaysia. Ben Thanh Market, tempat paling popular untuk bershopping di Ho Chi Minh selain China Town atau pasar malam di depan Ben Thanh Market. Sebenarnya, kunjungan aku ke sini bukanlah nak bershoppingpun… tapi ada orang kirim jadi aku terpaksa la membelek2 dan akhirnya aku yang membeli. Kalau nak kata murah… giler memang murah. Apa taknye kain cotton dijual dengan rm25 je sepasang. Kalau kat tempat tumpah darahku Tangkak pun rm 45 paling murah. Prada lace yg popular tu pun aku dapat semeter rm25 je. Kalau kt kl sepasang beratus-ratus. Tapi of courselah kena pandai mintak tawar. Tp kalau kain cotton ni ada satu kedai tu die memang dah fixkan harga rm25.  Yang lain tu menipu lebih, kena mintak kurang dulu baru nak bagi.

image

Selain tu aku jugak ada beli kemeja En Husband dengan harga rm20 je. Padahal malam sebelum tu beriye mintak kurang masa beli kat pasar malam. Dapatlah rm30 sehelai. Tu pun dah gile2 bertekak. Die letak harga asal rm58.

Selain tu macam2 ada kat Ben Than ni, dari pelbagai jenis textile, perhiasan, baju2, handbag dan pakaian sukan. Sebenarnya tempat ni biase je, macam tempat2 shopping lain seperti Pasar Baru kat Bandung, pasar2 kat China dan Medan. Cume beza sini blh pakai ringgit. Senang kira.

image

Ok bagi aku pulak, aku suka Lorong Malaysia yang terlatak di belakang Ben Than Market (kalau dari hotel akulah…) sebab Ben Than tu terletak kat tgh2, berbentuk empat segi. Dwpan ada hotel, belakang ada hotel, kiri kanan… melambaklah senang citer. Macamana lah aku tak giler membeli kalau dah baju kurung ready made di jual harga rm24 hingga rm28. Jubah kain cotton rm33. Malam lagilah happening dan heaven. Takyah mintak kurang pun dah murah. Jubah pun 4 helai dijual rm100. Nak murah macammana lagikan… Beg2 pun di jual dengan rm15 je.

Ok, malam pulak silalah ke pasar malam di area Ben Than ni. Harga pun murah blh tahan. Tpi macam biasalah mintak kurang ye… kat kedai belakang pasar malam tu ade kedai kasut Clarks untuk kanak2. Rare tu… susah nak dapat. Harga tak pasti sebab takde kasut ubtuk Amsyar. Depannya ada kedai barang2 sukan. Beg Deuter yg kecik tu rm15 je…

image

image

Ok nak citer pasal lokasi makan sikit. Aku memilih kedai Aysah sebab sedap gilers dan murah. Sebelum tu aku makan kat Hjh Basiroh, memang failed. Malam tu serik, tak makan pun. Makan maggi je kat bilik. Hehe… harga dua kedai ni memang murah banding lain, sepinggan nasi goreng dalam 60 ke 70 ribu dong lbh kurang rm11 ke rm13 . Itu makanan biase, goreng2. Kalau lauk pauk, mahal skt.

image

image

image

Satu lagi… Kopi Vietnam, wajib cuba, try, test dan beli bawak balik. Lagi2 macam penggemar kopi mcm aku ni. Ada beberapa penjual kopi menjual dari atas motor. Best gilers… harga pun taklah mahal, rm3 je. Rase sekali nak lagi… nak lagi… nikmat.

image

Ok. Sekian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s