Ho Chi Minh: Delta Sungai Mekong Tour

Day 2.

Perjalanan kami bermula sekitar 8 pagi waktu tempatan. Dengan memilih tour ke Sg Mekong di Candy Travel, memandangkan  base on survey inilah pakej paling murah iaitu 250 dong atau rm44. Kalau yg berminat alamatnye di 173 Ly Tu Trong St., Ben Thanh Ward, District 1. No tel 08 38223808  atau http://www.candytravel.net. Pakej ni lengkap dengan makan tengahari, so bagi yg beragama Islam blh amik pakej vagetarian atau jgn amik lgsung. Tapau la siap2… kami bawak roti aje dan makan buah-buahan.

Perjalanan kami ni agak mencabar skt sebenarnya, memandangkan kami bawak Amsyar yg baru 7 bulan setengah. Tour ini juga, perlu menempuh bermacam2 transit. Dari bas ke bot besar, kemudian dipecah 2 kepada bot kecik dan sampan. Satu bot besar menempatkan kira-kira 20 org pelancong. Gigih tak bawak baby gi travel gaya begini? haha. Perjalanan menaiki bas ke dari Ho Chi Minh atau Saigon (bg rakyat tempatan) ke My Tho mengambil masa kira-kira 2 jam. Sepanjang perjalanan kami akan melalui kawasan sawah padi. Bas juga berhenti di satu kedai untuk ke toilet atau minum2 selama 15 min. Tapi mase tu aku tak turun sbb Amsyar lena tidur.

Memandangkan kunjungan kami ke Vietnam ni berdekatan dengan Chinese New Year, Sungai Mekong agak sesak. Sebab ramai orang ingin pulang ke kampung pada waktu ini. Sehingga kini terdapat 9 juta penduduk tinggal di Saigon, tetapi hanya 6 juta shj penduduk tetap. Manakala 3 juta yg lain datang dari pelbagai daerah dan berhijrah ke Saigon untuk bekerja.

image

Sepanjang perjalanan kita boleh lihat bayak kapal membawa pasir. Pasir dari Sg Mekong ni digunakan untuk membuat bangunan di daerah ini dan sekitar.

image

Dari My Tho kami ke Unicorn Island.  Di sini kami dihidangkan dengan madu lebah. Cara minum, diperah dengan limau kasturi, satu sudu madu dan segelas kecik teh. Biaselah diorg promote untuk beli…tapi kami tak beli pun. Kat rumah ni bersepah madu.

image

Seterusnya kami menyusuri kampung untuk ke sebuah sungai kecik. Kat sini kami naik perahu pulak. Punyalah byk perahu, sampai jammed sungai. Masa naik tu, tangan dinasihatkan jgn letak kat tepi perahu, nanti putus! Perahu ni berlaga antara satu sama lain, jadi bahaya. Kami turut diberi topi traditional Vietnam untuk setiap sorang. Baru la comeyyy… Amsyar tak dapat. Tapi topi Amsyar lagi rare ade telinga. Hehe…

image

image

image

image

image

image

image

Sepanjang laluan ni kami dikelilingi pokok nipah dan perjalanan mengambil masa lebih krg 15 minit untuk ke next jeti. Ok. Next kami naik balik bot asal dan ke jeti lain untuk tukar kepada bot kecik sikit untuk ke lokasi pembuatan gula-gula kelapa. Vietnam ni kaya dengan pokok kelapa, so macam2 benda diorg buat dengan kelapa seperti gula-gula, hiasan, cenderamata dan air untuk di minum. Mejority kedai ade jual air kelapa. Tepi jalan pun ada…

image

Di lokasi ni kami diterangkam dengan proses pembuatan gula2 kelapa. Ada macam2 perisa kat sini spt peanut, durian, halia dan lain2.
image

Then perjalanan diteruskan lagi ke lokasi makan. Kat situ kami di beri masa around 1 jam untuk makan2. So boleh la tkt pampers Amsyarkan… after that kami ke Unicorn Island dan menikmati buah-buahan tempatan sambil didendangkan dengan lagu taditional Vietnam. Bosan… hehe.
image

Oklah overall aku boleh katakan tour ni membosankan. Tapi bolehlah… tgk culture orangkan… Part naik sampan jer best. Lain-lain tu boleh dapat kat Msia. Anyway a great experience!

Advertisements

7 thoughts on “Ho Chi Minh: Delta Sungai Mekong Tour

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s