Ho Chi Minh: Post Office, Muzium Perang dan Agen Oren

Day 3.

Memandangkan flight kami pada jam 8.10 malam, jadi kami mengambil keputusan untuk melawat sekitar bandar Ho Chi Minh. Kami menaiki teksi Vinasun ke Post Office, salah satu lokasi tarikan pelancong di sini.

Tak ada apa yang menarik pun… Kat dalam ni ada menjual pelbagai jenis setem dan kedai cenderamata.  Berdepan dengan pejabat pos ada gereja, Notre Dame Catheral. Kami sempatlah berposing-posing sebelum meneruskan perjalanan ke War Remnant Museum.

image

image

Muzium… bagi yang tak minat sejarah mesti bosan pergi muzium. Actually aku pun tak minat sejarah sangatpun… tapi muzium perang Vietnam ni kena pergi. Boleh mengundang keinsafan, betapa bersyukur dan bertuahnya negara kita tak mengalami situasi perang seperti Vietnam.

image

Setiap gambar-gambar berikut ada cerita tersendiri. Paling menyayat hati, bila sekeluarga di atas dibom. Bayangkan budak kecik yang tidak berdosa tu pun menjadi mangsa. Sedih btl. Dan gambar budak lelaki tu, sengaja dia tolak adiknya ke bawah supaya tidak ditembak. Malangnya dua-dua menjadi mangsa.

Paling tak boleh lupa dan menyayat hati adalah kesan Agen Oren yang disembur tentera AS. Pihak tentera AS menyembur kira-kira 75 juta liter Agen Oren dan racun rumpai lain di satu pertiga daripada keluasan Vietnam Selatan antara 1962 hingga 1971 bagi merosakkan tanaman dan hutan yang menjadi tempat perlindungan gerila. Agen Oren bukan sahaja membunuh, malah meninggalkan kesan kepada rakyat Vietnam dari generasi ke generasi. Dna mereka rosak dan mengakibatkan kecacatan kepada bayi. Dioxin ini boleh menyerang sistem genetik dan boleh menyebabkan mutasi pada manusia.

Kesan Agen Oren dirasai sehingga hari ini apabila Vietnam merupakan negara tertinggi yang mempunyai rakyat cacat. Menurut laporan Palang Merah Vietnam, kira-kira sejuta penduduk menderita pelbagai penyakit manakala 150,000 kanak-kanak dilahirkan cacat akibat senjata kimia digunakan AS lebih lima dekad lalu.

image

Rasa syukur sangat berada dalam negara yang aman sekarang. Bagi yang sering tidak berpuas hati dengan pemerintah pergilah melawat negara2 yang kurang maju mungkin boleh mendatangkan keinsafan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s