Food Review: CIQ, Masakan China Muslim berhampiran Laman Seni

Ok harini nak buat food review sikit. Anyway thanks to CIQ Resources kerana sudi menjemput kami ke pembukaan restorannya yang latest terletak di Seksyen 7 Shah Alam.

Bagi peminat makan China Muslim blh la try Ciq ni… sehingga hari ini mereka telah membuka 3 buah cawangan, yang terletak di Bukit Rimau Shah Alam, PJ dan yang terbaru ni di Seksyen Jalan Plumbum Sek 7 Shah Alam. Bagi yang tak biasa dengan Sek 7, kedai ni berhampiran Laman Seni Shah Alam or Jakel. Maklumlah, Sek 7 ni byk… ada 7 Baru, 7 Lama, 7 Komersial dan macam2 7 la mengikut panggilan masing2. Kalau dulu, kami cuma tau 7 Hakim Lama or Hakim Baru je… Kalau sebut Sek 7 ni rase dekat sgt di hati… maklumlah budak UiTM kan… lagipun ofis lama aku dekat Sek 7 jugak, Jalan Zirkon.

Berbalik pada citer restoran. Ok bagi aku apa yg istimewa sgt kat restoran ni adalah kambing goreng berempah. Fuh… digoreng dengan rempah dan  ditambah pulak kacang panggang yang digoreng garing… rasa pedas rempah dan lemak kacang memang meletop di dalam mulut.

image

Kambing goreng yang sentiasa membuka selera

Selain tu, tentulah mi tarik. Dengan chef istimewa yang diimport jauh nun dari China, mi ni sangat fresh dan ditarik sebaik saja menerima order… supnye pun sedap.

image

Ni la die pembuat mi tarik

image

Mi tarik... mi ni sgt fresh. Rase kenyal dam tanpa pengawet

image

Ni die... anak beranak makan

Selain tu kacang panjang goreng ni pun sedap. Digoreng sampai kering bersama dengan cili kering. Nampak macam lodo je kacang panjang nikan? Tapi sedap sehingga menjilat jari.

image

So bagi sesiapa yang teringin nak makan makanan Chinese Muslim blh la cuba yang ni pulak. Asik Abdullah Chan aje… cubalah tukar selera pulakkan… Walaupun kawasan ni sesak pada hari minggu, jangan risau lokasinya sgt dekat dengan parking bertingkat. Harga parking pun murah je rm1 utk 3 jam pertama, dan rm1 untuk jam berikut.

So itu saje nak komen pasal makan.

Dari Ciq singgah sebentar di Laman Seni… dan kami anak beranakpun amik kesempatan untuk berposing sakan kat sini. Inilah hasilnya… jeng jeng jeng…

image

image

image

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s