Krabi: Gajah Berendam, Hot Stream dan Emerald Pool

Hari ke 3 di Krabi… harini kami akan ke Elephant Trekking, Hot Stream Waterfall dan Emerald Pool. Pagi2 lagi Amsyar kena bangun mandi…. kesian. Seperti biasa, pick up amik kami di hotel. Trip kali ni ramai Melayu, dan ada satu group budak2 UIA. Banyak duit adik2 ni… masih belajar dah blh travel oversea. Tp bagus tu dik untuk exposure u alls…

Dari Krabi town kami terus bergerak ke lokasi pertama pagi ini iaitu elephant trekking. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 1 jam. Nampaknya mr elephat dah sedia untuk kami tunggang. Selama ni Amsyar tgk gajah kat mainan die je… harini die naik gajah. Fuyyooo… tinggi gajah ni. Mula2 naik suspen gak. Melayang-layang rase badan ni. Amsyarpun tak berapa selesa pada mulanya, mengeliat ngeliut die, merengek sikit. Gajah jalan sangatlah perlahan… terfikir bila la nak sampai ni.

image

image

Rupe-rupanya gajah ni bukan pusing jauh pun. Masuk semak belakang tu jer… bosan betul. Pusing2 kat semak je… pastu gajahpun celupkan kaki kat tasik untuk tujuan bergambar… tambahan gajah yang kami ni malas sikit, die basahkan kaki aje. Tpi gajah Ina rajin, separuh badan die masuk air… tapi suspen la kan, buatnye gajah tu berenang.

image

image

Selesai posing dengan gajah, kami bg tip dekat gajah. Ye la kesian die bawak kami yang lebih seratus kilo ni. Berat En Husband jer dah dekat 80 kg… dengan aku and Amsyar lagi… kurus gajah tu nanti.

Selesai naik gajah kami bergerak ke hot spring. Dari lokasi ni ke hot stream amik masa lebih kruang 45 min. Dalam van, Amsyar menyusu, then tido… Alhamdullillah.  Jgn meragam dah ler… sampai kt hot stream kena menapak masuk ke dalam. Kereta takleh masuk. So berjalan lah kami dalam hutan tu… Penat ooo… adalah dalam 1km. Sampai kt sane, ramai org dah amik port best2. Masapun limited, so kami tak mandipun. Amik gmbr skt and lepak je… sekejap sgt la, lagi pun tak menarik manapun. Kawasan pun kecik je. Tapi yg uniknye, air terjun ni suam. Sebenarnya, pelik gak la bile lokasi ni pun blh masuk dalam list toursim. Bagi aku biase je. Mgkn dkt Msia melambak kolam air panas kot…

image

image

Tempat last, tibalah lokasi yang ditunggu2, iaitu Emerald Pool. Kat sini kami lunch di kedai makan yang terdapat di pintu masuk Emerald Pool. Lunch dah masuk dalam pakej, tapi… masakan ntahape-ape. Ada tomyam, sayur goreng, and buah tembikai. Rasenye out, tp boleh lah kalau sekadar nak isi perut. Nak sedap order lain, tp mgkn esk baru sampai.

Ok, selesai makan kami menapak ke Emerald Pool. Ye… menapak lagi. Sebelum masuk ke dalam, ada sungai yg airnya sgt jernih. Putih bersih, macam blh diminum. Untuk makluman, ada dua jalan untuk masuk ke sana, satu  melalui jambatan yang di bina melaui paya, satu melalui denai di hutan hutan. Ok pilih la ikut suka. Ikut jambatan 2km, dan ikut hutan 1.8km. Dan kami… secara tak sengaja ikut jalan jauh… fuh tercabut lutut. En Husband lagi parah la sebab memikul Amsyar. Patutpun takde org lalu jalan ni… krik krik jugak la mula2 tu. Kami tak bawak stroller utk trip ni sebab rasenye byk sgt turun naik van. Leceh. Pastu mendapat… satu badan Tapi ikut jambatan ni blh tgk view cantik… so oklah.

image

image

Subbahanallah… kagum sangat. Air kolam ni berwarna hijau, crystal clear. Tapi malangnya, kami tak diberi masa lama kat sini. Driver tu siap warning, sape lambat balik sendiri. Kecoh btl. Aku sempat celupkan badan sekejap je… kawasan aku pegi ni agak dalam. So mls la… dah lama tak asah bakat berenang. Kang lain pulak cerita pulak.

Ok untuk balik, of cozlah kami ikut jalan dekat… ikut hutan. Dan Amsyar pun tido di bahu daddy… selesai la trip hari ni. Dari Emerald Pool ke hotel ambil masa 2 jam. Makanya, semuapun tidolah di dalam van yang selesa ini… zzz.

Advertisements

4 thoughts on “Krabi: Gajah Berendam, Hot Stream dan Emerald Pool

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s