Uniknya Bustel

Idea menggunakan barangan terpakai yang diinovasikan untuk manfaat lain tentunya sesuatu yang brilliant. Ia tidak hanya sekadar menjadi barangan perhiasan malah lebih jauh dari itu sehinggalah mampu dijadikan tempat penginapan. Sewaktu negeri Pantai Timur dilanda banjir baru2 ni, terdapat beberapa cadangan untuk membina rumah dari kontena sebagai rumah sementara bg memantu mangsa banjir.

Barangan terpakai ini sekaligus mampu memberi pulangan lumayan buat mereka yang bijak mengambil peluang. Buktinya kini telah banyak resort2 dibina dengan menjadikan kontena sebagai asas perniagaan, contohnya apa yang berlaku di The Cabin, Langkawi. The Cabin merupakan resort yang dibina berasaskan kontena dan diubahsuai mengikut keselesaan pelanggan. Ia amat sesuai sekali buat mereka yang inginkan kelainan dalam percutian mereka. Jangan risau, kontena ni taklah panas… ada aircorn di dalamnya. Macam hotel biasa.

Tapi hari ni aku bukan nak tulis pasal rumah kontena. Aku nak berkongsi tentang betapa bijaknya idea bekas Menteri Besar Melaka, Datuk ali Rustam yang mengilhamkan bas terpakai untuk dijadikan hotel atau nama singkatannya bustel.

image

image

Baru-baru ni masa aku balik kampung, aku sempat singgah Klebang untuk menyaksikan sendiri bustel. Satu malam harganya rm80 hingga rm120. Lebih menarik bukan saja bus menjadi hotel, malah jadi deretan kedai makan dan ada sebiji tandas dari bas. Ruangan dalam bas di jadikan lokasi memasak dan ada juga yang membuka meja di dalam bas. Antara menu popular di sini ialah ais krim pasu. Nak best lagi ais krim lesung batu pun ade… selain tu biaselah coconut shake… dan lain2 masakan panas.

image

Lokasi ini merupakan lokasi strategik untuk warga Melaka dan sekitar beriadah diwaktu petang di samping melihat sunset yg cantik sambil menikmati tiupan angin2 sepoi bahasa.  Selain itu ianya juga merupakan lokasi terbaik untuk bermain layang-layang.

image

image

image

Setakat ni takde charge parking di kenakan di kawasan ini. Parking la mana2 nak, sebab parking banyak dan agak tak tersusun lagi. Selain tu malam2 ada kereta kuda, so sape nak feeling2 Ely Mazlin, bolehlah naik kereta kuda ni ye…
image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s