Try and Error Goreng Cucur Labu

Macam mimpi pulak bile aku nak bt entry pasal masak-masak ni kan… masak dah la seminggu sekali, ade hati nak kongsi resepi… hehe.

Memandangkan Mr Husband outstation dan hanye aku dan Amsyar je kat rumah, so agak bosanlah hidup ini. Nak keluarpun takut tak leh handle Amsyar sorang2. Jadi aku nak cube satu resepi baru… baru bagi aku la, iaitu cucur labu. Sebenarnya aku pernah makan sekali cucur labu ni, mase program anak angkat kat Simpang Pelangai, Negeri Sembilan mase aku diploma dulu, mak angkat hidangkan cucur labu untuk minum petang. Ha… tgk berapa lamanya, tapi rasenye melekat kat tekak sampai hari ni. Mase tu aku cukup pelik dengan cucur labu ni, berkali-kali aku tnye family angkat aku tu. Tak pernah tau labu blh bt cucur. Banyak giler aku makan mase tu.

Untuk makluman, mak aku memang jarang sekali masak makanan berasaskan labu. So aku pun tak lah familiar dengan labu ni. Sebenarnya baru 2 kali aku beli labu seumur hidup aku, tu pun sebab nak bg Amsyar makan. Ye la base on research baby bagus mkn labu, so buat2 pndi la beli labu. 

Memandangkan ader sebijik labu yg agak beso aku beli, jadi try la google resepi cucur labu. Kalau nak bg sebijik ni kat Amsyar, mau muntah labu anak aku.

So kite mulakan dengan mengopek labu seterusnya direbus. Selepas tu toskan dan dilenyek. Campurkan labu dan tepung sama banyak then tambah gula dan garam sikit secukup rasa. Masukkan air dan siap, jgn cair sangat. Kena pekat sikit dari cucuk biase kalau tak lembik.

image

Labu dipotong dadu

image

Rebus labu sebelum dilenyek

image

Ditoskan dan sedia untuk dilenyek

image

Adunan labu dan tepung siap!

Taraaaaaa… ni rupa cucuk aku yang tak berapa nak cantik. Tapi yg penting rasanya sama seperti yang aku pernah rase 13 tahun dulu…. kenyang malam ni makan cucur labu. Alhamdullillah…

image

Cucur labu... try and error. Rasenye jadik la ni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s