Shopping Photobook kat Groupon!

Siapa suka shopping angkat tangan? Siapa suka online shopping angkat tangan?

Saya…

Ok, harini nak share sikit mengenai budaya online shopping. Ya, online shopping sekarang ni boleh dilihat sebagai budaya masyarakat sekarang kerana keupayaan pengguna yang membeli tak kira di mana. Asal ada internet, boleh online, so boleh shopping. Ada internet boleh beli. Antara faktor online shopping semakin mendapat tempatan haruslah kerana ianya mudah, in term of pengguna tak payah nak keluar pergi kedai, parking kete, duduk depan pc, even sambil buat keje ofis pun boleh shopping u alls.

Selain tu, online shopping ni memberi peluang pengguna membuat perbandingan harga. Pergi ke website A, B, C… dan paling best shopping kat instagram aje. Sekarang ade insta reviewkan… banyak choice.

Panjang sangat pulak intro. Actually, nak citer kegilaan saya bershopping Photobook kat Groupon. Groupon please bayar i yer.. i promote website u ni… Bagi siapa yang tak biasa dengan Groupon ni, ia sebenarnya website yang mengumpulkan macam-macam product yang dijual di bawah satu bumbung, iaitu Groupon. Segala mak nenek ada kat sini, barangan kecantikan, travel, makanan, pakaian dan paling i like is Photobook. Groupon ni menawarkan diskaun yang banyak untuk produk-produk yang dipamerkan. Katenye… tapi jangan tertipu, cek jugak harga kat website lain atau kedai biasa. Tak semuanya murah.

Photobook ni merupakan software yang boleh kita beli di Groupon dan edit gambar-gambar kita untuk dalam photobook tu. Dah letak gambar semua, sent balik kat Photobook, then ada bayar charge penghantaran then dalam 2 hari barang akan sampai. Al kisah, aku rase aku dah beli lebih dari 5 photobook kat Groupon. Hasilnya hanya satu buku siap dan satu kalender siap. Yang lain, aku susun-susun gambar dan pastu ada error sikit-sikit dah give up. Nanti-nanti, sampai la tarikh luput, dan masa tu baru menyesal.

Ok, bagi siapa nak cuba photobook kat Groupon ini, u all kena make sure edit gambar tu sampai siap dan sent cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu, nanti lupa. Bagi aku teknik ni lebih jimat. Bukan apa, sekarang kalau nak print gambar pun, satu keping dah 40 sen, kalau banyak nak print so makin mahal. Kalau guna photobook ni, kita boleh susun siap-siap kat situ berapa gambar kita nak dalam satu page. Harga photobook ni kalau ada promo kat Groupon tu murah jer… Ada serendah RM6 aje, dan ade jugak sampai ratusan ringgit. Apapun, lebih baik kualitinya, maka lebih mahallah ongkosnya.

14082525836711417405475163free-groupon

Actually, ada macam-macam company yang menjual photobook kat Groupon ni macam Photobook Malaysia, Photobook Mart, Photobox and Photoprint. So pandai-pandailah korang nak pilih mana yang terbaik. So far aku dah try Photobook Mart and Photobook Malaysia, dua-dua pun ok. Quality gambar dan kertas cantik. Kalau beli photobook yang saiz kecik, takde masalahpun guna gambar dalam hp, ok jer bila print. Apapun website tu akan bagi guideline in case gambar tu tak mencapai capasiti yang dimahukan. Senang cerita software ni memang mudah. Orang buta it pun boleh handle.

Actually semalam calender 2015 yang aku letak gambar aku and family siap… hasilnya, sangat puas hati. Sesuailah dengan harga, RM22 jer…

image

image

image

Advertisements

2 thoughts on “Shopping Photobook kat Groupon!

  1. yunk order kt photomart bpe lme smpai ya..sebb sye order dri 20/5/15 tapi dlm web still tulis not shipping

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s