Matta Fair Datang Lagi… (13 – 15 Mar 2015)

Seperti kebanyakan tahun, hari ini aku terjebak lagi ke Matta Fair. Kali ini bukan urusan mencari pakej-pakej murah, namun atas kunjungan kali ini atas urusan kerja. Tapi sempat jugakla aku cuci mata.

image

image

image

image

image

Apa yang menarik sangat di Matta Fair?

Personally, walaupun aku kerap kali ke Matta Fair sekalipun aku tak penah beli pakej dari Matta Fair. Bagi aku, kat flyers tu memanglah murah tapi, tak campur itu ini… then tetaplah mahal jugak. Contoh yang aku tengok tiket masuk ke Universal Studio di Matta Fair RM178 siap makan, dan aku beli masa pegi dulu RM180 tak siap makan. Bezanya lebih kurang RM15 aje…

Bagi aku yang marhain ni, kalau bercuti tu, tunggu promo aje, kalau tak, tak pegi la… Anyway, memang adalah pakej yang murah, tapi kenalah ada kesabaran yang tinggi mengharungi orang ramai dan agen-agen pelancongan yang menarik-narik anda untuk beli pakej mereka. Bagi aku itu serabut. Semak. So aku rimas.

Cara terbaik, bagi aku pergi dan collect flyers, esoknya barulah gi beli pakej kalau berkenan.  Kalau yang jauh tu, tak apa ada banyak tempat lepak untuk survey flyer-flyers tu. Sebelum datang tu elok jugak surveylah jugak dekat Mr Google samada betul ke pakej tu murah atau sebenarnya kurang RM20 – RM30 aje… Bukan apa, takut tak berbaloi dengan menempuh orang ramai, parking yang mahal kat PWTC tu, tapi lebih kurang jer harganya. Apapun kena gigih la mencari ye…

Kagum jugaklah aku tengok orang yang bawak baby kecik-kecik tu ke tempat serabut ni. Good luck! Don’t worry ada nursing room kat PWTC tu.

Nak share sikit tips ke Matta Fair:-

1) Selalunya parking memang penuh, so datanglah awal pagi or parking kat The Mall, pastu kena beratur untuk beli tiket masuk lak RM4.

2) Collect flyers then sit untuk survey yang mana lebih berpatutan.

3) Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata manis agent tu.

4) Bersiap sedialah di dalam kepala ke mana anda nak pergi, dan eloklah cek tiket dulu sebelum beli pakej.

5) Confirmkan pakej tu validity sampai bila.

So bagi yang kaki travel tu… for sure u all will enjoy Matta Fair. Pilihan ditangan anda, selamat bercuti!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s