Selamat Berpuasa

Kepada pengunjung blok ini aku ucapkan selamat berpuasa, semoga puasa tahun ni lebih baik dari tahun lepas, gandakan amalan ye…

Puasa kali ni mengingatkan aku saat-saat berpantang tahun lepas. Aku bersalin empat hari sebelum puasa. Seperti hari ini, aku sibuk menyiapkan assignment, begitulah keadaan aku sewaktu berpantang di sini. Oleh kerana Amsyar di tahan kat NICU 16 hari, maka aku gigih menyiapkan assignment yang menimbun kat rumah. Buat assignment, tido, pam susu tu jer kerja aku. Setiap 2 jam kena pam susu yer… mampu? Tuhan saja yang tahu. Tidopun tido-tido ayam, atas sofa. Aku pun tak faham, macam mana aku boleh tido atas sofa, sedangkan kalau hari-hari biase, memang aku tak boleh tido kat sofa.

Lepas aku bersalin, aku stay kat Selayang, Amsyar tak keluar hospital lagi… Macamana aku berpantang? Haha… hari ke dua keluar hospital laki aku bawak makan kat kedai. Makanlah aku ikan bakar dan nasi kosong. Sapa jaga aku? Haha… jaga diri sendiri berlandaskan ilmu dari internet. Hari-hari aku pegi hospital nak tengok Amsyar. Jangan tanya aku pasal berpantang, jawapannya aku tak berpantang.

Pagi-pagi nurse dari klinik kesihatan ketuk pintu bagai nak roboh. Sebab aku tak pernah didatangi tetamu, aku buat pekak jer la. Sampailah nurse jerit panggil nama aku. Tinggalkan townhouse, memang tak dengar la orang panggil nama kalau perlahan. Then aku jugaklah bukak pintu, rileks jer turun tangga. Damn, kenalah marah dengan nurse, abis tu nurse, takkan tak kasi nurse masuk lak…

Sebenar aku rindu situasi tu… Dengar lagu-lagu Ramadan ni, rasa sebak lak. Sebab aku tak pasti masa tu aku nak sedih ke sebab Amsyar masih kat hospital tak leh keluar, aku nak serabut ke sebab assignment tak siap, aku nak happy ke sebab dah dapat baby, aku nak sedih ke takde orang faham situasi aku, aku pun tak tau. Kadang-kadang aku sampai nak muntah! Sebab nak nangis tak lepas. Nak sembahyang pun tak leh sembahyang mase ni. Macam lost seketika. Gelap rasenya. Tu yang kalau ingat nak muntah.

Oklah, ape aku merepek di subuh hari ni… Ok jom solat then sleep. Bye.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s