Kisah ketabahan Syarifah Asmaa

Sedar tak sedar dah setahun tragedi pesawat malang mh17 ditembak jatuh di Ukraine. Tahun malang bagi sejarah Malaysia apabila 2 buah pesawat MAS hilang sekelip mata. Mungkin bagi kita, jurang masa akhirnya menjadi penawar luka, namun semestinya tidak bagi ahli keluarga mangsa.

Baru2 ini aku berkesempatan bertemu isteri kepada allayarham Ahmad Hakimi, co pilot Mh17, puan Syarifah Asmaa. Walaupun beliau sudah memulakan hidup baru, katanya beliau tidak mampu untuk tinggal di rumah lamanya, kerana terlalu banyak kenangan di situ. Sejak ketiadaan Allayarham Hakimi beliau hanya pulang beberapa kali mengambil barang penting.

Baru-baru ini beliau memberikan ucapan yang amat menyentuh hati sempena memperingati Mh17, dan ucapannya menyebut “Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya bertanggungjawab dalam menjalankan tugas terakhir suami saya yang beliau tidak sempat penuhi.”

“Selamat petang, saya pegawai pertama anda, nama saya Ahmad Hakimi, bagi pihak Kapten Amran dan dibantu oleh Kapten Eugene, dan pegawai pertama, Firdaus, kami ingin mengucapkan selamat datang sekali lagi dalam pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dalam penerbangan MH17.

“Cuaca dan laluan perjalanan adalah baik sepanjang perjalanan dan kami akan memulakan pendaratan tidak lama lagi. Bagi pihak Malaysia Airlines dan seluruh anak-anak kapal, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih penerbangan kami.” Sedih jugaklah baca ucapan ni.

Sebelum ni aku tak pernah mendalami perasan mereka yang terlibat. Sehinggalah aku berjumpa Asma, aku mula membaca kisah2 beliau. Paling menyentuh hati tulisan blogger Jumie, best friend Asmaa, tulisan die tentang bila Asmaa tengok balik video2 Abdulrehman dan Hakimi, Hakimi ayah yang baik. Aku dapat bayangkan kalaulah aku kat tempat die. Ish tak tahulah macam aku masa tu. Sewaktu kejadian ni anak Asmaa, Abdulrehman baru berusia 9 bulan, masih breasfeed.

Waktu aku jumpe Asmaa, die memang cool. Sikitpun tak tunjukkan riaksi sedih. Dia cakap baru2 ni Abdulrehman demam die dok sebut dada… dada… perghhh sebak aku dengar. Masa tu anak die berumur 9 bulan, blm boleh cakap dan bile skrg dah 2 tahun dia boleh panggil dada… tapi dada die dah takde. Ya Allah…

Asmaa sekarang sedang mengusaha perniagaan fraincias juice Boost kat Cyberjaya. Menurutnya memang dah rancang nak buat bisnes ni bersama arwah and suppose mereka pergi sains dokumen berkaitan pada pukul 11 pada tarikh sepatutnya mh17 sampai di KL. Flight arwah akan sampai 6.30am. Tapi malangnya flight tu tak sampai.

Panjang lebar jugak dengar Asma bercerita petang tu sambil makan sepinggan penuh mi rebus. “Sory eh i memang makan banyak tau, makan untuk 2 org… i masih susukan Abdulrehman”. Dalam hati aku, masyallah hebatnye kau!!!

Apapun takziah pada Asmaa, betul katanya Allah takkan menguji orang itu jika mereka tak mampu. And sebagai umat islam kita memang wajib percaya pada qada’ dan qadar… semua ni dah tertulis.

So sister good luck for your bisness and stay positive!

Marilah kite sedekahkan Al Fatihah pada Allahyarham Ahmad Hakimi dan semua penumpang mh17 yang terkorban.

image

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s