Jengka, here i come again!

Orang kate tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Tambah sikit, inikan pula tempat belajar… kerana di situlah permulaan hidup yang lebih mencabar. Jauh dari ibu bapa, berdikari sendiri. Aku masih ingat kali pertama aku menjejakkan kaki UiTM Jengka, untuk menyambung pelajaran dalam Diploma Kesetiausahaan atau Office Management. Masa tu parents yang hantar, kali pertama nak berpisah dengan keluarga. Itulah kali pertama aku tengok mak menangis. Tak pasti kenapa, tapi aku pun sebak jugak lah… dan seingat aku, aku cakap “mak janganlah nangis nanti adik nangis jugak”. Ntah ape2 ayat aku… potong mood betul! Pastu aku salam2 family dan diorg pun beransur.

Mengimbau balik kenangan di Jengka… masa baru-baru aku kat sini, aku memang tak suke tempat ni, dah nama felda, memang la jauh ke dalam. Nak pegi kelas jauh… toilet kotor, air kena catu, bangunan lama atau bhs kasarnya buruk. Pendek kate semualah serba tak kena. Tapi lepas setahun aku ok dah… dah immune dgn semua tu. Mandi pun kena la pandai timing. Time pix hour kau sibuk nak mandi memang ler takde air… cari pasal namanya. Kenalah pandai sesuaikan diri dengan tempat orang, tak gitu? Last sem aku kat sini kitorang lebih suka duduk kolej lama, walaupin buruk dan selalu takde air, kolej ni dekat dengan kelas. So boleh la rehat lamanya sikit waktu lunch hour tu…
Itu semua kenangan lama… diam tak diam dah 15 tahun aku tinggalkan tempat ni.

Ok sebenarnya nak citer ni… baru-baru ni aku berkesempatan ke Jengka untuk rakaman program. Jengka yang dulu dikenali dengan nama jolokan pekan koboi dah tak koboi dah…Harini Jengka ternyata dah berubah 360. Pasaraya ‘Mat Sapak’ dah takde, tapi digantikan dengan bangunan Mais. Tak der lagi Nadi Kota; bas station yang menjadi tempat kami naik bas balik KL, tapi diganti dengan Jengka Sentral. Pasar malam? Ternyata tak seheaven dulu. Tapi katenya sebab tengah bulan, tak banyak kedai bukak. Sup gear box? Off coz masih ade. Tapi org jer takde. Bagi sape yang pernah study kat Jengka mesti korang rindu nak pegi pasar malam kan?

Favorite aku kalau kat pasar malam ni 2 benda, sup utara gear box and tapai goreng. Tapai goreng ni memang susah nak jumpe, kat pasar malam ni lah aku belajar makan tapai goreng dan terus jatuh cinta! Sedapnyer… nyam2. Haritu mase pergi pasar malam ni sempat la jumpa tapai goreng tapi malangnye tinggal 5 ketul je. Ngap la semua buat pelepas rindu.

Oklah… anyway tq orang Jengka sebab support penggambaran kami haritu… felda jengka mang terbaik. Rindu nak datang lagi…

20150824_12095520150824_11523820150824_121714

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s