Bali, Legian dan Kawasan Bom

Salam semua… harini aku nak berkongsi trip percutian kami sekeluarga ke Bali. Dah lama sangat aku mengidam nak pegi tempat ni, and expectation aku sangat la tinggi di sini. Alhamdullillah bulan 2 lepas, Allah izinkan kami sekeluarga ke sini. Actually sebelum pernah beli tiket dan hotel dari package AirAsia, tapi tak jadi pegi sebab tgh mengandungkan Amsyar, and Dr mase tu tak bagi aku fly. So redho je la… burn tiket. Trip yg ni aku pregnant 4 bulan lebih rasanya and umur Amsyar setahun 6 bulan. so far Dr izinkan… So nak diringkaskan cerita, dengan keadaan aku yg mengandungkan baby Fateh dan Amsyar yg semakin ligat, trip ni agak memenatkan. Huhu….

Ok, macam biase aku yang marhain ni akan memilih syarikat tambang murah AirAsia. Walaupun ramai org kutuk AirAsia, tapi ni jgk pilihan hati. Perfect time and perfect price. Kali ni aku amik flight lewat skt iaitu pkl 10.30am, bkn aper biasenya aku akan beli flight pkl 7 pagi, kononnya taknak rugi hari. Tp sejak ade Amsyar ni tak blh la nak keluar rumah pagi2 buta kala, kesian kat die… So kami park kete kat area ofis, amik cab ke KL Sentral menuju ke Klia 2. Seawal 6.30 kami dah gerak dari rumah, so malas nak susahkan sesape. Naik cab aje…

Kami sampai di Denpasar around pukul 12.30. Dari Malaysia aku dah siap2 booking supir, namanya Ansis. 1 hari chargenye around rm150, so boleh bawak ke mana saje kite mahu… first, An bawak kami pi makan, ayam betutuk, ayam goreng tak de tulang. Agak mahal bagi aku makan kat kedai ni, mase ni je makan 2 org dah rm80. Kalau kat Bali ni kena hati2 dengan halal, nampak memang la macam org melayu tp mgkin diorg beragama Hindu, so makanannya tak tentu lagi halalnya. Jadi, An ni bawaklah kedai yg die confident halal je….

Ok, setiba di hotel kami lepak2 je… hotel kami terletak di Legian, Fourteen Roses Hotel. Ok sangat, very recommended. Hotel konsep traditional, bilik kami betul2 depan simming pool. Sampai je dpt welcome drink and free massage coupon. Hotel ni tak serabut dgn mat salleh, banyak pokok2 so tenang jer. Dalam ketenangan tu, makanya kami duduk je dlm bilik, jgn kata massage, swimming pun x pi. Tgk rancangan2 Indon then tido jer…

Malam tu kami pi window shopping and makan kat kedai area hotel. Dekat sini ade a few makanan halal, masakan Padang. Tapi kedainye sempit dan tak berapa selesa. Stroller pun tak blh masuk… Al kisah malam ni kami termakan kat kedai bkn Islam. Tapi menunya takdelah benda terlarang…

20160214_21204020160214_211513

Legian ni actually antara tempat yg happening kat Bali, kawasan pub and disco. Banyak jugaklah barang2 mcm baju2 pantai, pario, topi, kedai tatto, kedai barang2 surfing, massage, and kedai makan and ade starbuck depan hotel… Lain2 kopi pun ade.

Kalau korang masih ingat dengan tragedi bom kt Bali pada tahun 2005, ha di sinilah lokasinye. Kebetulan An pun antara org yg terlibat membantu selamatkan mangsa semasa kejadian. Ok, nak story skt pengalaman An yang die ceritakan mase tu kat sini sikit ye.

Menurut cerita An, malam tu die bawak 2 pelancong Jepun, ke situ, nak gi enjoy katanye. Tp die berkeras tak nak masuk kawasan tu sbb jem teruk… so die ckp, “sy drop dari hujung jalan je, so you all jalan kaki ke tmpat tu, and palancong tu ok.” Katenya kalau die masuk jugak mlm tu, confirm dah stuck dlm jem dan dah arwah. Dia smpi rumah blh dgr bunyi bom dan gegar, dia dan isteri ingatkan gempa. Mase tu isterinya tgh mengandung. Pastu die dpt call dari geng2 supir and mintak tolong ke tempat tu bantu yg tercedera. Dia pun pegi naik motor.

Katanye keadaan memang teruk, mayat, kaki tgn putus bergelimpangan. Ade tangan atas bumbung, sangkut pada tiang letrik, mcm2 la. Mayat dalam kereta, walaupun kereta tak ape2, tp org dalam kereta mati. Mgkin sbb gegaran. Katenya die dan geng2 supir tolong hntr org ulang- alik ke hospital. Dah tak kira dah naik kete sape, kete yg x de pemandu, die start terus bwk org ke hospital. Paling die tak blh lupa sorg pelancong perempuan breastnye hancur, mintak tlg hntr ke hospital. Diorg jgk kumpulkan pasport, wallet and anggota badan. Dalam pkl 7 polis amik alih kawasan dan org lain x blh masuk da… so polis uruskan. “Kereta sy guna.x tau siapa punya, sy letak di balai polis”, katenye. Kalau u alls rajin blh google gmbr sendiri ya.

Katanya lagi, “Kak, kalau dari hotel akak tu, bukan gegar aje… mgkn akak pun tercampak”. Kalau nak ikutkan aku rase ade la dlm 1 km dari hotel aku dgn kawasan pub tu. Skrg kt situ ada tugu peringatan mangsa2 kejadian. Kat situ ade dlm seratus nama je kot, tp kate An dalam 3000 org mgkn terkorban campur dgn org tempatan yg bekerja di situ. Penjenayah letak bom dlm van, penuh satu van, dan diorg guna tel untuk letupkan. Dan itulah dia… Nordin Mat Top, orang Malaysia, aduh malu kejap.

Dan katanya, esknya die ke hotel pelancong Jepun tu, memang die tak balik, mgkn terkorban sekali. Lepas kejadian, airport penuh… semua org balik ke negara masing2. Kerajaan siap bagi flight percuma… Katanya lagi, sampai sekarang kalau lalu tempat ni masih terasa seram kak! Aduh… kalau aku tau, aku pun seram mak duduk.sini An…

Oklah, sedikit sebanyak tentang lokasi hotel, esk kita start jalan ye.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s