Bali: Kintamani dan Kopi Luwak

Harini kami anak beranak mulakan hari dengan makan meggi cup dan susu… mommy to be kena minumsusu. So aku bawak beberapa kotak susu Dutch Lady siap2. Seperti dijanjikan, pukul 9am, kami tunggu An di lobi.

Lokasi pertama harini, kami ke Batu Bulan untuk tengok kecak dance. Kecak dance ni merupakan tarian tradisional agama hindu yang mengisahakan tentang kedatangan Dewa Ramayana. Bali ni kan kawasan hindu so banyak la tuhan2 diorg dan temple kat sini. Overall, aku rase boring gilers… bukan jiwa kot. And aku tak berapa paham diorg ckp ape. And one more, korang rase Amsyar macam mane? Ye die duk naik turun tangga pulak. So tak feel langsung. Agak rugi la, sebab kami tak tunggupun show sampai habis. Tiket masuk 50 rupiah sorang.

Next destination kami melalui kawasan perkampungan yang menjual lukisan-lukisan. Kami sempat la singgah ke satu kedai ni, untuk lihat hasil seni org tempatan. Lukisannya memang cantik2 belaka, tapi hargenye mencecah ribuan ringgit!

20160215_11472020160215_11522620160215_114908

Lepas tu kami lalu pulak di lorong yg penuh dengan kedai2 batik. Kami singgah jugak la ke satu galeri ni, tengok proses batik. Biase2 aje, same macam kat Malaysia. Hargapun blh tahan. Aku x beli ape-apepun…

20160215_104815Last, kami ke lorong yg menjual barangan silver. Sempat la kami tengok orang buat barangan silver, dari sekecik2 barangan hiasan diri hinggalah sebesar-besarnya. Sekejap je kami pun kami kat sini, sesungguhnya memang tak de bajet nak beli barang kemas, then terus gerak ke Kintamani.

Kintamani… ha kat sini kami lepak kat Restoran Batur Sari, salah satu restoran halal kat sini. Makanan kat sini di sediakan dalam bentuk buffet, tanpa air. Satu kepala 120 rupiah, around rm40 jugaklah… Suraupun ade kat sini, so bukan alasan nak tinggal solat ye. Peluang untuk doa banyak2 tu… mase travel kan doa paling mujarab!

Biasanya orang datang ke kawasan ni untuk tengok pemandangan Gunung Kintamani. Ada bangak restoran kat sini, pilih je yang mane berkenan, pastikan halal! Kedai ni bertingkat-tingkat, pilihlah lokasi yang berdepan dengan gunung, baru la heaven on earth! Makan2 sambil hirup udara segar berdepan gunung.

Mase kami sampai di kawasan ni, baru lepas hujan… kabur-kabur je nampak gunung tu. Tp Alhamdullillah sebelum balik muncul jugaklah Gunung Kintamani depan kami!

20160215_14115220160215_14381720160215_143427

Lepas tengok gunung, kami bergerak ke padi teres, Tagalalang. Padi teres ni merupakan kawasan penanaman padi orang tempatan. Tapi oleh kerena pemandangannya yang cantik, kawasan ni dijadikan salah satu tarikan pelancong. Masa kami di sini padi tengah hijau, tak berapa cantik. kalau menguning lagi la cantik… Kalau orang luar masuk kena bayar tiket, tapi orang tempatan free aje. Supir kami ni baik, die pun act macam orang tempatan.

Next, kami pegi tengok process pembuatan kopi luwak pulak. Aku memang dah lama teringin nak minum kopi luwak yang sememangnya popular kat Indonesia ni. Kopi luwak dihasilkan dari najis luwak. Di kawasan kebun kopi ni ada banyak luwak yang aktif di waktu malam dan akan makan biji kopi di sini. Lepas makan die akan membuang, jadi keesokkan harinya, pekerja kebun akan mengutip najis luwak tersebut dan di proses menjadi serbuk kopi.

20160215_14544020160215_150228

Cik kak kita ni tengah menggoreng kopi, fresh dari ladang!

20160215_145555Ni lah dia luwak, atau musang… siang diorang memang membuta jer, malam makan and berry.

Di sini pengunjung akan dihidangkan dengan 14 jenis minuman yang diprocess secara tradisional di sini. Gratis! Rase, kalau berkenan silakan beli. Tapi kalau nak rasa kopi luwak, kena bayar. Alang2 dah smpi kenalah try kan, Walaupun harganya tak munasabah. Tak sedap pun, mgkn cair sgt die buat. Starbuck lagi best. Hehe…

Last kami singgah di kuil ni. Pura Ulun rasenya. Tak ingat, nanti cek balik la. Nak masuk ke kuil kena pakai kain sarug bagi menghormati budaya dan agama mereka.

Done for today… kami pulang ke hotel. Penat sikit… perjalanan dari Kintamani ke Legian around 1 jam. Oleh kerana pembawakan, aku asik ler penat… balik zzz.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s