Bali – Review Hotel

Ok sepanjang 5h 4m di Bali, aku decided nak stay dekat dua hotel yang berbeza. Bukan, apa kalau satu tu hampeh, at least yang satu lagi ok. Tapi nasib aku kali ni memang baik, dua-dua hotel amat memuaskan hati, sesuai dengan bajet.

Hotel Pertama – Fourteen Roses

20160214_164724.jpg

Setiba kami di Bali, kami terus check in di Fourteen Roses Hotel. Actually hotel ni, aku dah beli siap-siap kat KL. Tips kalau nak pergi bercuti ni, better korang beli jer hotel siap-siap dekat internet tu, Trivago kan ade, boleh compare harga hotel yang mana paling murah. So hotel ni aku beli dekat booking.com. Aku memang selalu beli hotel dari booking.com ni, kalau genap 10 x booking, dapat bilik free.

Ok, harga pulak, mestilah cari yang best dan diskaun meletop kebabommmkan… Untuk 3h2 malam, hotel ni berharga RM140 aje… Murah sangat tu u’alls. Ok biliknya pulak, mungkin kecik sikit, tapi betul-betul depan swimming pool. Itu yang hakak suka sangat tu (walaupun tak mandi). Layanan dari staff pun ok… sebaik sampai korang dapat welcome drink dan dapat free massage. Tapi kami tak sempat menikmatinya, gara-gara masuk bilik, terus memalaskan diri dan tidur…

Hotel ni terletak di Legian, tempat ni agak happening. So kalau korang suka yang tempat yang busy-busy, happening, chill out dan sebagainya, tempat ni untuk korang. Tapi jangan risau, hotel ni ke dalam sikit, so tak dengar pun alunan muzik yang bingit tu sampai ke bilik. Dari hotel, tak bolehpun nak tengok view luar, korang hanya nampak pokok dan pool… ada ketenangan di situ.

Terdapat 2-3 buah kedai makanan Padang dekat sini yang dijamin halal. Kedai lain tu, walaupun nampak ala-ala muka Indonesia, belum tentu halal ye, sebab kebanyakan mereka beragama hindu. Even tengah makanpun ada budak-budak dari kuil buat persembahanan barongan and mintak derma.

Overall hotel ni dapat 4 per 5 dari aku! Tapi kenapa fourteen roses? Takde bunga ros pun dekat bilik or mane-mane deco.

Hotel ke dua – Kuta Park Central

Hotel ni best jugak. Tapi cuma memang jauh dari mana-mana tempat. Hotel ni terletak dekat town, tapi still tak boleh nak berjalan kaki ke kawasan berhampiran. No wonder, hotel ade sediakan perkhidmatan shuttle bas ke spot area, macam town, pantai Kuta dan a few places yang aku tak ingat. Perkhidmatan shuttle bas ni sejam satu, tapi sampai pukul 7 petang aja…

Kat sini, swimming poolnya cantik siap ade playground lagi untuk budak-budak. Tapi malangnya yang aku kureng berkenan, kurang privasi sebab ramai mat salleh melepak. I malu… diorang pakai bikini dan ala-ala supermodel gitew… Whatever…

Selain tu, kat sini puas la kami melayan Amsyar main kat play room. Ada bilik untuk budak bermain. So mak bapak, tengok jer la…

Hotel ni aku booking kat booking.com jugak. Masa tu lepas diskaun dapat dalam RM230 untuk dua malam. Oklah tu… Dari segi makan pula, tepi hotel ade kedai ayam petyet yang super sedap. So dua malam berturut-turut kami beli makan malam kat situ aje…  Actually dia bukanlah restoran, kedai yang dibukak di tapak kedai orang lain. Bile kedai tu tutup diorang ni pun bentanglah meja, dan sila duduk bersila di atas tikar disediakan. So agakpayah la nak makan dengan Amsyar yang ligat ni, jadi kami tapau aje… Fuh ayam dan tempe yang garing itu, rindunyer…

Ok ni ajer sedikit review yang aku boleh bagi, let say korang duduk sini dan tak sama dengan pengalaman aku, jgn kecam i pulak ye… Setiap orang seleranya berbeza. Untuk i yang marhaen ni, kira oklah ni… K. Bye!

20160216_18163720160218_10375220160218_10360220160218_10341020160218_10462120160218_121953

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s