Tanah Lot, Jimbaran, Krishna

Hari ke empat di Bali. Harini kami bergerak ke Tanah Lot, Jimbaran, shopping di Krisna. Tanah Lot rasenya semua org dah tau, salah satu tempat atau temple yg cantik jugak dekat Bali ni. Tempat ni berada di kawasan tinggi, di tepi laut. Kena menapak jugak la dari parking… Nak gi Bali ni kena ada stamina sebenarnye… huhu. Ok taknak cerita panjang, tempat ni memang cantik. Ramai orang akan gila bergambar tepi laut dekat temple tu, tapi kena hati2, time air pasang anda tak boleh amik gambat kat situ. Pernah ada org kena sambar ombak waktu nak ambik gambar. Orang tu pegang baby, tp baby jumpe dan selamat, tapi bapaknya gagal diselamatkan. Cari-cari tak jumpa, jumpa pun dah terapung. Dekat sekitar tempat ni memang ada perenang professional yang akan mainkan peranan terjun ke laut kalau ada apa-apa kes. Tapi die berpakaian biasa, kita takkan cam.

Ok now, Jimbaran pulak… tengok sunset tepi laut la kononnya. Tapi matahari tak muncul. Maka kami bersenjalah di sini. Jimbaran ni lokasi kedai makanan seafood. 

Harganyapun boleh tahan, tapi sesuai dgn hidangan. Aku rase kedai yang aku pergi ni, tak ingat nama lak, tp memang kedai Islam. Menu paling murah dalam rm30 kot 1 set. Tu pun dapat ikan je. X menarik perhatian, yang menarik cecah sampai rm200! Eh-eh takper la, takde budget… Kami tak makanpun, lepak-lepak layan live performance aje… sambil minum air kelapa dan jagung bakar. Sambil perhati gelagat orang. Kalau bujang lepak dengan kawan2 best la. Kena aku ni, bawak baby, siap tido lagi… kononnya tak sesuai bawak stroller sebab berpasir dah tu tido je la atas meja…

Ok last trip harini ke lokasi shopping, Krishna. Tempat ni macam supermarket yg jual survenier. Harga memang murah berbanding tempat lain. Tapi barang same jer… Aku tak minat nak beli apepun, cume beli body scrub and oil massage je. Ada jugak la fridge magnet sikit and baju Amsyar sehelai.
Overall setelah tulis sampai nak muntah, kesimpulannya aku suke Bali! Tapi yang tak berapa best mungkin aku ni sedang pembawakan, asik la penat. And aku rase kalau boleh buat aktiviti laut sikit, lagi best! Time aku pegi ni cuace sangat panas… Potong mood. 

Ok, tamat cerita holiday kami kat Bali. Sekian, tulisan orang malas…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s