Facebook “bogelkan” kita?

Harini, saya terpanggil nak menulis tentang posting saya, beberapa tahun lalu di Facebook, berbunyi “Facebook membogelkan kita tanpa sedar”. Uish berat bunyi tu. Tapi kadang-kadang bila scroll balik, memang betul. Paling terpanggil bila semalam semasa mengikut seminar di MCMC, ada serang budak tegur saya. Kak Nora kan… dengan dahi berkerut, saya tanya, “kita pernah jumpa ke”? Dan dia jawab, kenal akak kat instagram. Akak jual mi siputkan… Masyallah… keciknya dunia. Media sosial memang tidak membataskan kita untuk kenal sesiapapun. Mungkin tanpa kita sedar, jiran sebelah rumah rupanya rakan baik di instagram, tapi secara realiti tak bertegur sapa.

Bukanlah saya dah “membogelkan” diri, tapi secara tidak langsung kalau tak dicontrol dengan baik orang luar boleh mengenali kita dan perangai kita melalui media sosial. Sekarang ni, nak apply kerja pun orang tengok personaliti kita kat media sosial! Dari FB status, dari gambar-gambar di IG, orang dah boleh melihat dan menilai diri kita. Walaupun mungkin tak betul, tapi itulah perception.

Perception tu penting! Kalau tengok orang selalu post pasal cuti, simply orang akan cakap dia ni suka bercuti, tak der keje ke, banyka duit… Kalau tengok orang asik post pasal anak, simply orang cakap dia family type. Kalau asik post pasal keje, dia ni worker holic! Hahaha… itu perception aje. Hakikatnya mungkin tak sama.

Saya dan anda, hanya post selected informationkan… Gambar yang terbaik dan story yang baik.

Hakikatnya, apa yang ada di media sosial tu, bukanlah semua gambaran diri saya yang sebenar. Saya tidak dibogelkan oleh media sosial.

Sekian.