Umrah 2018: Ustaz Pilot terbaik

Alhamdulillah, untuk umrah yang pertama ini, aku bersama travel agent Faizin, dan insyallah akan setia bersama Faizin kerana cukup berpuas hati dengan bimbingan ustaz Lukmanul Hakim aka Ustaz Pilot sejak hari kursus. Walaupun tidak ada rezeki umrah bersama beliau, mutawif dari Faizin cukup menyenangkan. Sebelum mengikuti kursus umrah, macam-macam yang aku fikirkan. Maklumlah, aku ni agama tak tinggi, suam2 kuku aja… Tapi persepsi aku terus berubah bila mengikuti kursus umrah bersama Ustaz Lukman. Dia memang mengajar dari hati, dan mengajar kita dari A to Z. Dia mengajar kita dari kosong. Dia tidak langsung melihat kita sebagai orang yang memang dah pandai agama, ye la kadang-kadang orang ni nampak jer macam pandai, tapi hakikatnya lebih kurang aku la jugak. Baca doa pun merangkak jugak… jadi ustaz sarankan, baca aje bahasa Melayu. Tak guna baca betul, waima berlagu sedap tapi tak faham maksud.

Ustaz ajar juga, cara solat dalam flight. Kalau tengok dalam youtube, memang ada macam-macam versi. Ada yang kena mengadap kiblat la, berdiri dulu la, agak payah jugak tu, nak tanya siapa pulak kiblat tu… dan kapalpun bergerak, jadi adakah kiblat kita bergerak jugak? Itu yang jadi complicated, sampai orang tak sembayang terus. Ustaz ada pesan, kadang-kadang makcik-makcik ni baru balik minta ampun segala dosa, belum sampai Malaysia dah buat dosa balik. Menurut ustaz, kita sembahyang duduk terus di tempat duduk kita susah memadai.

Cara ambil wuduk… cara guna botol spray pun diajarnya. Pengalaman dia,memang ramai orang bawak botol wuduk tu, tapi tak geti guna. Pergi ambil wuduk dalam flight, sampai pramugari terpaksa announce jangan banjirkan toilet. Ini betul-betul terjadi dalam flight sewaktu penerbangan balik aku dari Jeddah ke KL. Kami melewati 4 waktu sembahyang, Zohor, Asar, Magrib dan Isyak. Magrib dan isyak boleh jamak takhir di airport, Zohor dan Asar memang kena solat dalam flight. Tu yang huru hara sikit tu… Tapi aku puji pilot masa ni, dia announce waktu sembahyang. Waktu pergi dari KL ke Madinah, takde announcement dibuat, sampai ada orang solat subuh 2 kali. Kalau tak boleh sangat ambik wuduk, sembahyanglah hormat waktu. Tak semua penceramah akan bagi tau sedetail ni ye…

Bile waktu balik dari Jeddah ke Kl aku tanye mutawif, which is bukan ustaz Lukman, macamana nak tau waktu solat dah masuk ke belum, dia jawab tengok matahari…. ye terima kasih ustaz. Aku dah fikir dah nak tanya pramugari sebab aku bukan ahli falak, kalau tengok mataharipun aku tak tau tu waktu apa. Tambahan, kalau tengok tingkappun nampak putih aje… Mgkn ustaz nak test aku agaknya. Mujur flight attandent buat announcement. Takde la semua orang teropong tingkap.

Bagi aku yang first timer plus aku bawa mak ayah yang uzur, of coz aku risau. Tapi ustaz selalu tenangkan aku, ada orang keadaan lagi teruk, orang cacat pun boleh tunaikan haji. Jangan risau kemudahan ada, wheelchair boleh guna yang sedia ada hasil orang wakaf, atau boleh beli sendiri then wakafkan.

Alhamdulillah, betullah… kalau kita anggap benda tu mudah maka mudah la ia. Sampai di Madinah kami terus berurusan dengan Faizin untuk dapatkan whellchair untuk mak. Dengan deposit sr200, kami pinjam wheelchair untuk kegunaan mak. Tapi lepas dua hari guna, kami decide beli aja dan di bawa ke Mekah, pastu wakaf aja.

Sebenarnya nampak macam leceh nak kena tolak wheelchair, tapi sebenarnya Allah bagi mudah dalam banyak perkara. Contoh di Raudah, kalau kita menolak wheelchair, untuk masuk ke Raudah adalah 20 kali ganda lebih senang berbanding perseorangan. Aku dapat merasa dua-dua kaedah. Kalau berseorangan, anda perlu kekuatan mental dan fizikal. Ibarat kena rempuh dan perlu ketahanan untuk dirempuh. Memang sakit badan. Ye la… ingat senang Allah nak bagi ganjaran. Walaupun pakai wheelchair perlu beratur panjang, tapi keaadaan lebih terkawal. Sambil menunggu anda boleh solat sunat, boleh mengaji, boleh baca yasin. Itulah hikmah Allah bagi. Walaupun nampak macam penat tolak wheelchair, tapi hakikanya taklah penat pun… cumanya mungkin sedikit terbatas.

Kalau di Masjid Nabawi, bagi aku yang leceh adalah kalau nak ke toilet, sebab toilet perlu turun melalui escalator. Aku tak jumpe lif. Mgkn tak ada, atau jauh. Jadi kalau mak nak buang air, kami akan balik hotel aja. Takpe, ini adalah ujian Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Mujur hotel dari Faizin dekat aje… dalam 150 meter melalui pintu 15.

Alhamdulillah… walaupun aku agak berdebar sebelum pergi, ternyata semuanya menjadi mudah dengan izin Allah. Janganlah cepat mengalah kerana keuzuran. Actually itulah yang selalu membataskan emak setiap kali untuk ke tanah suci. Mak risau tak kuat jalan, mak risau takut selalu nak kencing, mak risau menyusahkan anak-anak. Hakikatnya, semua jadi mudah. Dengan sedikit bimbingan dan keyakinan dari orang berpengalaman seperti ustaz Lukman, kami sekeliarga memberanikan diri merialisasikan impian kami sekeluarga. Syukur…

Ada banyak lagi nak dikongsikan. Tunggu next entry ya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s