Umrah 2018 – Shopping beringat!

f3460864

Rindu Mekah… Rindu Madinah.

Betullah ustaz kate, kalau pergi Mekah mereka akan dapat penyakit rindu nak ke Tanah Suci lagi…. Seronok sangat, masyallah rasa dekat aje kite dengan Allah. Tak fikir kerja dah, lantak la nak jadi apa. Seronok dapat tengok kaabah, masyallah. Selalu tengok dalam tv atau kat sejadah, kali ni betul-betul tersergam depan mata. Ha tak terkedu! Syukur sangat dipilih jadi tetamuNya. Sesungguhnya, pandang kaabah aja dapat 20 rahmat, kate ustaz. Maafkan saya kalau salah.

Tapi dalam kesibukan tu, sempat jugak aku bershopping di saat akhir di Mekah. Pakej yang aku amik, menetap di Elaf Kinda, jarak 50 meter dari masjid dan sebelah Zam Zam Tower. Jadi korang rasa, aku shopping kat mane? Ye, aku shopping kat situ aje, sewaktu di Mekah.

Aku tak pasti murah ke tidak, tapi aku rase shopping mall bawah tu memang murah. Aku boleh dapat abaya harga 50 riyal, 70 riyal, depands on quality. Seriusly kalau kat KL aku rasa RM180 tak lari kalau pattern begitu, dan mesti di butik. Tapi orang kate boleh dapat lagi murah kat area Dataran Merpati. Sesungguhnya aku memang tak berjalan sangat, 6 hari kat Mekah tu rase singkat bebeno, campur dengan hari balik.

Kalau di Madinah memang orang kate shopping heaven. Mungkin betullah… tapi aku rase jubah diorg ni, pegi kedai manapun design sama aje. Harga pun lebih kurang. Cumenya trick diorg ni, mereka banyak jual combo. Contoh RM100 3 helai, 4 helai dan 5 helai. Kalau nak beli banyak, jadikan buah tangan sesuailah… Kat Madinahpun aku tak jalan sangat, jadi aku membeli di sekitar kedai di kasjid aja. Tak sempat masuk mallpun, sempat lalu je. Mungkin sebab partner hakak x suke berjalan!

Sepanjang jalan nak ke masjid korang memang nampak kedai je… mostly jual jubah la. Jadi, aku pun singgah la cuci mata.

Kurma pulak aku membeli di ladang kurma, dan sebenarnya orang kate kat situ mahal… Terkena den. Kat Madinah harga pistachio aka kacang cerdik RM40 sekilo, murah betul. Kacang-kacang aku banyak beli di Madinah, dan top up sikit kat Mekah.

t4769088

Kalau membeli pulak, aku prefer membeli dengan orang Kyirgistan or Rohingya. Mereka ni lebih lebih lembut berbandibg orang arab. Dan bagi aku layanan diorg ni memang tip top, siap tolakkan whellchair mak, dan boleh sembang isu semasa dengan orang Rohingya. Dia kata Malaysia baik, tolong Rohingya. “You are my sister, everyting for you”. Tu yang tiga abaya qualiti tinggi harga 200 riyal aje. Bagi aku murah la… x sure pulak kalau tempat lain lagi murah.

Oklah, tu sahaja tips membeli yang aku boleh kongsikan. Apapun, better fokuskan ibadah dari shopping… Tapi kadang-kadang hakakpun terpesong!

f20225792

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s