Bandung : Shopping dan Kolam Air Panas Sari Ater

Toko Tiga

Lokasi shopping pertama kami di Bandung adalah Toko Tiga. Memang paling atas dalam list. Toko Tiga merupakan kedai shop lot 2 tingkat yang menjual jeans original dengan harga yang murah, antaranya adalah Lee dan Levis!

Aku boleh beli Levis dengan harga kira-kira RM100 jer, sebab ade diskaun. Kalau takder diskaun, dalam RM150 la…

Shopping-21

Rumah Mode

Rumah Mode terletak di Jalan Sukajadi. Ia merupakan Factory Outlets yang paling besar di bandung, ada kedai roti dan cendol yang best. Cendol dia tak macam cendol kat Malaysia, u oll kena try, rasanya memang best.

Macam-macam jenama ada kat sini, antaranya yang paling best adalah Guess, Top Shops, Forever 21, Victoria Secret, Armani, Polo dan sebagainya. Sempat la beli kemaja Burberry surprise untuk Mr Hubby as a birthday gift. Murah sangat, kalau harga asal hampir RM300 tapi dapat seratus lebih jer. Berbaloi la…

Shopping-23

Pasar Baru

Jika anda ke Bandung, tolong jangan lepaskan peluang untuk bershopping sakan di Pasar Baru. Mesti sumbatkan dalam ceklist aktiviti di Bandung yer. Kenapa Pasar Baru? Off coz sebab boleh tawar menawar. Boleh letak harga sendiri yang berpatutan.  Terdapat 8 tingkat yang menjual pelbagai jenis kain pasang, baju macam-macam jenis, tudung, telekung, jubah, handbag dan macam-macam lagilah… Biasa orang datang sini beli kain lace, telekong dan kain sulam.

Aku sempat la beli kain sulam dengan harga kira-kira RM 45 jer, sementara telekong dengan macam-macam harga. Paling rendah aku jumpa adalah dalam RM 15, telekong untuk traveller dan yang warna warni tu. Kalau lagi mahal, kain dia lagi baik la… Telekong yang kerawang-kerawang tu dalam RM50 jer, kalau kat KL boleh cecah ratus. Begitulah jugak harga jubah, tak sampai RM50 pun, bergantung pada design la. Tempat ni tersangatlah luasnya, memang tak habis nak pergi semua tempat dalam masa 1 hari. Rambang mata nak pilih memilih. Kami siap boleh sesat untuk balik ke tempat letak kereta. Dekat level yang sama pun boleh sesat yer, sebab tengok barang kiri kanan sama jer…Tempat letak keretapun padat bukan main yer, siap boleh blocking kereta lain.

bandung1

bandung3

Food court pulak terletak di tingkat 6. Dekat sini ramai juga la penjaja yang jual barang-barang macam fridge magnet, key chain, baju dan kopiah. Asik jer datang meraju-rayu suh beli barang dia. Tawar la harga paling murah, then beli jer… Tak yah cari tempat lain. Barangpun sama jer.

Bali Heaven

Destinasi last kami cuci mata adalah di Bali Heaven. Dah banyak sangat tengok factory outlet rasa nak muntah pulak. Tak tau nak beli apa dah.. So tak beli ape-ape pun kat sini. Barangan kat sini pun tak menarik sangat… Kelebihannya di sini juga terdapat kerja tangan orang Indonesia dan satu level untuk baju kanak-kanak.

SONY DSC

Sebenarnya banyak lagi tempat shopping yang aku tak pergi macam Cihampelas Walk, DSE Factory Outlet, Jalan Dago Factory Outlet dan Cibaduyut.

Sari Ater

Selepas bershopping di Pasar Baru kami ke menuju ke Air Panas Sari Ater. Ianya terletak berhampiran dengan destinasi terkenal Bandung iaitu Gunung Tangkuban Perahu dan Kawah Putih. Memandangkan sewaktu kunjungan kami ke sini, Gunung Tangkuban sedang mengeluarkan asap, jadi kami tidak digalakkan ke situ. Lagipun tak nampak apa, nampak asap jer la nanti…  Dalam perjalanan kami sempat singgah ke ladang strawberi dan blueberry untuk menikmati yogurt blueberry. Semestinya favorite i, u olls! So sedap sehingga menjilat jarilah…

SONY DSCBlueberry yogurt!

Perjalanan ke Sari Ater Hotel and Resort Bandung atau air panas ini mengambil masa kira-kira 1 jam . Air panas yang mengalir di kawasan ini, berpunca dari Gunung Takubang Perahu yang terletak berhampiran. Kawasan ini turut menyediakan hotel dan resort berupa bango dengan pelbagai range harga untuk penginapan dan aktiviti riadah seperti kawasan camping, flying fox, paintball, memanah, shooting target, go-kart, ATV, Jeep 4X4 offroad hingga Landys touring, pitch and putt golf garden dengan 9 hole.

Selain berpeluang untuk berendam air panas dan aktiviti lain, anda juga boleh memetik strawberi yang berada di kawasan ini atau menikmati air dan desert dari strawberi. Tempat ni sangat sesuai untuk mereka yang cintakan alam semulajadi.

SONY DSCLepak-lepak sambil hirup udara sedang kt ladang strawberry

SONY DSCAda story di sebalik gunting ni… Aku terbawak sampai airport yer dan aku buang dalam tong sampah airport

SONY DSC

SONY DSCSesi rendam kaki… Baik untuk kesihatan ni!

Advertisements

Bandung : Transtudio Bandung

Perancangan ke Bandung ni antara perancangan yg lama dan paling beriya-iya aku buat. Maklum la sebelum ni kalau bercuti hanya aku dan Mr.Hubby saje, tapi kali ni bersama office mate. Dan aku pulak, dengan berbesar hati melantik diri sendiri sebagai kepala rombongan… Actually kami pergi bukan ramai pun, 4 org je… Aku, Mr Hubby, Miza and Apam. Kami ke bandung pada bulan Feb 2013 yang lepas.

Sebelum ke sini aku dah survey-survey tempat yang nak pergi, dan destinasi shopping. Termasuklah pak supir, atau driver merangkap tourist guide sepanjang kat sana. Hasil carian di google, aku guna perkhidmatan brader Opick. (no to be update yer…) Harga untuk supir setelah di convert, kira-kira RM15o satu hari, still murahla untuk kami yang pergi berempat ni. Cakap jer nak ke mana dia akan bawa, termasuklah destinasi kedai makan yang menarik. Boleh la suruh dia rekemen kedai yang best kat sana. Opick sempat bawak kitorang makan jagung bakar special keju. Gerai die kecik jer tepi jalan, ala-ala gerai goreng pisang. Tapi jagung bakar die, meletop! Siap ada jual air panas instant, boleh jugak makan dekat situ. Tak cukup boleh bungkus! So far tak pernah lagi aku jumpa jagung ni kat KL.  Ada pelbagai perisa, antaranya manis, pedas, keju dan special keju. Terbaik!

jagungJagung bakar special keju (curi dari instagram)

Tempat pertama yang kami jejaki sebaik saja landed di Bandung adalah Transtudio Bandung! Tempat ni merupakan antara taman tema terbesar di Asia Tenggara. Untuk makluman semua tiket masuk ke Transtudio adalah 150 ribu rupiah seorang, atau lebih kurang rm30 la, dan kita akan diberi kartu atau kad. Kad ini perlu ditop up untuk membolehkan pengunjung membeli barangan termasuk makanan dan minuman di dalam tempat ini. Bagi aku caj 150 ribu rupiah ni tak de la mahal sangat. Berbaloi la dengan permainan dekat dalam tu. Opss, tapi weekend and hari cuti atau libur, harganya 200 ribu rupiah. Beroperasi dari jam 10am hingga 9pm.

SONY DSC

Inilah kartu Transtudio, harga untuk sorang lain, 2 orang ada diskaun sikit

Setibanya kami di lapangan terbang, supir terus jer hantar kami ke sini. Tak bagi taupun Transtudio ni belum bukak lagi. Dekat sejam jugak la kami tunggu, nasib ade Coffe Bean, so lepak layan kopi Bandung dulu…

SONY DSCSangap, tunggu Transtudio tak bukak-bukakSONY DSCMe and Mr Hubby, posing2 kenangan

Pendapat peribadi aku tempat ni takde la best mana, tapi ok la… Kalau nak dibandingkan dengan Genting Hilgland, Genting lagi best dan lebih banyak game. Game kat sini lebih tertumpu pada in door games. Contoh ya macam giant swing, roller coaster, rumah hantu, rumah sains, bot yg jatuh kt air tu, dan yang paling best adalah cinema 4D. Boleh jumpe Ironman!

SONY DSC

Depan Cinema 4D, Marvel Superheroes

SONY DSCBersedia untuk berlepas!

SONY DSCGiant swing

SONY DSCMiza yang over acting yer…

Kat sini jugak tak der la maskot-maskot, yang ada cume pekerja-pekerja yang costume jer… Kalau nak dibandingkan tempat ni dengan Universal Studio memang jauh kena pukul! 1/10 jer kot…

SONY DSCCostume ni boleh cari kat kedai kot… Boring

SONY DSC

Oleh kerana games semua indoor,  akibatnya gambar2 kat sini kurang menarik. Kamipun tak main banyak games, sebab merbahaya untuk aku yang baru preggy 6 minggu waktu tu.
Tempat ni jugak berada satu bangunan dalam shopping complex TSB. Kat sini banyak barangan branded dengan harga yang biasa kat kedai lain. Jadi kt sini tak sesuai untuk bershopping.
Kami makan tengahari di Transtudio. Banyak menu yang menarik yang sesuai dengan orang Malaysia. Aku dan yang lain memilih ayam petyet. Tapi malangnyer pedas nak mampoosss!