Guilin: Yangshou, Sungai Li dan Impression Sister Liu Lights Show

Ok, ni boleh kira entry throwback… Kisah aku ke Guilin ni, dah lebih setahun, tapi tak habis-habis ceritanya. Ada satu cerita penting tertinggal ni. Ok layankan je la k…

Ini kisah penggembaraan melalui Sungai Li atau Lijiang ke Yangshou. Dari Guilin kami menaiki bot pesiar ke Yangsho. Dengan kelajuan bot antara 10 hingga 20 kilometer sejam, kami menghabiskan masa kira-kira empat jam melalui Sungai Li sambil menikmati landskap indah ciptaan Tuhan. Gunung-ganang yang mengelilingi sungai ini cantik bagai lukisan. Terbaik u’alls! Nah tengok gambar ni.

20131023_12251220131023_11305220131023_11244120131023_122922

Lanskap mega ini menjadi antara tarikan Guilin….destinasi terkenal di Wilayah Guangxi, China yang berkepadatan penduduk lebih 5 juta orang. Sg Lijiang yang mengalir sejauh 437km ini bermula dari Selatan Gulilin dari Yangsho ke Yushu sehinggalah ke bahagian barat Guilin, dan sepanjang sungai ini kita oleh melihat ribuan puncak gunung dan ada nama diberi seperti Gunung Kucing, kerana berbentuk kucing. Lanskap ini juga diabadikan dalam lukisan di duit rmb.

20131023_123709   20131023_114940

Sepanjang menyusuri sungai ini juga, kami melalui beberapa perkampungan yang terkenal dengan aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan. Ada yang meraih pendapatan dengan menjual buah-buahan kepada pelancong menggunakan rakit buluh. Ada juga yang menebar jala menangkap ikan serta memerah keringat dengan bercucuk tanam.

20131023_114457Kami turut melalui beberapa perkampungan muslim Hui dan Han iaitu perkampungan Chaohui.

Di dalam perjalanan, kami turut dihidangkan dengan hidangan makanan tengahari. Bagi pengunjung Muslim, kita boleh memaklumkan keperluan makanan halal kepada pihak pengurusan sebelum membeli tiket dan tempahan awal adalah digalakkan.

Yangshuo – pekan tradisional yang menyajikan keindahan tersendiri untuk pelancong. Juga merupakan lokasi membeli-belah buat para pelancong. Jangan lupa untuk tawar-menawar bagi mendapatkan harga terbaik ye…

Setibanya di sini, kami disambut sekumpulan lelaki yang berlumba-lumba menjual barangan masing-masing di gerai cenderamata mereka.

20131023_14300120131023_143327Antara barangan yang boleh didapati di sini termasuklah tudung sutera China, alas meja, beg serta pelbagai cenderamata. Selepas penat membeli –belah pelancong juga boleh singgah di kedai makan di kawasan ini.

20131023_16332220131023_16470520131023_165111Kfc pun ada… tapi janganlah makan. Confirm ayam tak sembelih…

Di sebelah malamnya pula, tour akan menaiki bas menuju ke persembahan `Impression Sister Liu Light Show’, tarikan utama Yangshou, ia turut dikenali sebagai Sanjie Liu. Persembahan ini diadakan di panggung terbuka dengan berlatar belakangkan Sungai Li dan mampu memuatkan kira-kira 3,000 penonton. Kalau dah ramai macam ni, korang kenalah cari sit betul-betul ya. Tempat pun besar, kalau silap tempat, jauh nak menapak tu. Tapi kalau pergi bersama agen, dioranglah yang sattelkan. Persembahan ini sungguh menakjubkan dan wajib ditonton ya!

20131023_194556 20131023_201059 20131023_201333 20131023_201333 20131023_201748 20131023_204837Persembahan hampir dua jam ini ternyata mampu memukau penonton. Tambahan ia diterajui pengarah tersohor, Zhang Yimou yang berjaya menjadikan persembahan ini sangat berprestij. Sape pulak la Zhang Yimou ni kan? Dialah direktor filem tersohor di China dan dia jugaklah yang buat persembahan pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2008. Nak share jugaklah persembahan masa olimpik tu…

Pertunjukan yang mengisahkan kehidupan masyarakat di Guilin ini membabitkan 600 penari, penyanyi dan pelakon ini serta banyak bermain dengan warna, cahaya, sistem bunyi, dan keharmonian gerakan yang mempersona.

So, kalau nakkan kelainan bolehlah saksikan persembahan yang berprestij ni ye… sgt dicadangkan. Walaupun agak mahal, tapi berbaloi-baloi…

Advertisements