Phuket : Phi Phi Island Tour

Hari ke 2 di Phuket.

Hari ni kami mengikuti trip snokeling dan island hoping ke Phi Phi Island. Pada jam 9 pagi kami diambil oleh van dan membawa kami ke Marina Bay. Di sana kami diterangkan tentang lokasi dan keselamatan sebelum memulakan perjalanan bersama bot laju.

Sebenarnya aku dah tak berapa ingat berapa tempat yang kami pergi. Tempat pertama yang kami singgah adalah Maya Bay. Maya Bay ini terkenal sebab menjadi salah satu lokasi pengambaran filem Beach lakonan Leonardo. Pemandangannya sangat indah… Terdapat batu-batu besar mengelilingi kawasan ini.

DSC00729

DSC00735

DSC00728

DSC00748

Antara lokasi lain ialah, viking cave. Tapi kat sini tak boleh turunpun, hanya untuk ambil gambar.

DSC00780

Seterusnya kami ke Monkey Beach. Kami tak bernasib baik, sebab tak boleh bermain dengan monyet kat sini. Sebabnya tourist guide tu tak nak ambil risiko sebab baru-baru ni ada orang kena gigit dengan monyet. Oklah, aku pun tak heran tengok monyet tu. Cume aku tengok orang-orang Arab la yang agak pelik tengok monyet ni.

DSC00811Cuma guide kitorang jer yang turut ke pantai… Beri monyet makan. Kami jadi penonton jer…

DSC00814Ader jer trip dari group lain yang bermain dengan monyet ni… Macam cari nahas jer.

Next, kami ke lokasi makan yang termasuk dalam pakej. Kat sini lepas makan boleh lepak-lepak tengok pantai. Sory tak der gambar makanan, sampai terus makan dah lapar… Tak ambil gambar pun.

Destinasi terakhir dalam trip kami adalah ke Koh Khai Nok Island. Pulau ni kecik jer, ada kedai pakaian dan makanan ringan. Tapi harga amatlah mahal. Ais krim dijual dari kerusi ke kerusi, kami pun belilah… Tapi kat sini ada air dan buah yang dah masuk dalam pakej.

Cuaca tersangatlah panas masa ni. Aku memang malas nak main air sangat. Sikit-sikit jer. Snokelingpun kejap jer aku dah naik. Kulit macam terbakar rasanya. So aku and Mr. Hubby banyak ambik gambar dan lepak-lepak jer…

DSC00816

DSC00829

DSC00823

DSC00836

Itu saja sekian…

Phuket : Phuket FantaSea

Tengah mood sedih ni macam best jer pergi pantaikan? Tengok laut, minum air kelapa tepi pantai, yummmyyyyyy…  Berangan jer lah…

Hari ni saya nak share tentang percutian pertama saya dan suami a.k.a honeymoon kami di Phuket. Mungkin boleh dijadikan rujukan buat anda yang ingin pergi ke sini.

DSC00793

Percutian budget jer sebenarnya… Actually, kami memang telah merancang untuk ke Medan terlebih dahulu. Tapi memandangkan tetiba terjumpa tiket murah ke Phuket aku pun terpengaruh untuk ke sini. Belek punya belek date, dapat tiket dan accomodation untuk 2 orang dengan harga RM500 ++ jer, untuk 3 hari 2 malam. Kira oklah tu… Lama-lama kat pulau kang hitam plak!

Sampai di airport kami terus ambil teksi untuk ke Patong Beach. On the way tu sempat la borak-barak dengan driver teksi ni, dan dia bawa kami ke satu travel agency yang dimiliki oleh warga Malaysia yang berasal dari Ipoh. Kat sini kami siap-siap pilih pakej yang bersesuaian dengan budget… Sebenarnya aku nak sangat ambil pakej jungle tracking naik gajah (sebenarnya terpengaruh dengan 1 rancangan kat TLC) tapi tak jadi ambik sebab masa tak mengizinkan. So kami pilih trip island hoping dan snokeling ke Phi Phi Island dan ke Phuket FantaSea. Pakej ke Phi Phi Island dalam lingkungan RM 190 seorang dan ke Phuket FantaSea dalam RM17o seorang, lebih kuranglah… Apa yang aku ingat trip ke 2 lokasi ni untuk 2 orang tak melebihi RM700.

Kami check in di Hotel Orchid kira-kira jam 10.30 pagi. Hotel kami terletak di Kalim Bay. Belum boleh check in. Kami park beg dekat hotel dan terus sewa motor untuk pusing-pusing sekitar pekan Patong ni. Hotel ni agak jauh sikit dari pekan Patong. So kena naik ada transport untuk keluar. Patutpun murah kot… Tapi sangat selesa. Bersih, ada swimming pool dan tak semak dengan mat dan minah salleh.

DSC00560

DSC00578

View best, betul-betul depan laut dan  boleh nampak sunset dengan jelas

Sewa motor murah jer, RM20 sehari, tak campur minyak. 10.30 pagi macam ni, masih banyak kedai yang ala-ala baru nak bukak. Maklum la aktiviti malam di sini memang heaven sampai ke pagi. Barangan kat sinipun aku anggap mahal dan peniaganya sangatlah tak mesra alam. So memang tak berminat nak membeli langsung, tambahan barangannya lebih kurang macam barang kat Malaysia jer… So kamipun makan tengah hari kat tepi pantai yang indah ni sebelum balik hotel untuk tido sebelum ke Phuket FantaSea.

DSC00537

Sebelah petang pulak kami ke Phuket FantaSea seperti yang dirancangkan. Bayaran yang dikenakan tadi siap dengan transport pergi dan balik ke Phuket FantaSea yang terletak di Kamala Beach dan makan malam. So pukul 5 ada van Phuket FantaSea datang pickup. Jadinya petang-petang tu banyaklah van Phuket FantaSea lalu lalang depan hotel ni. Van dia pun cantik! Bagi aku sesiapa yang pergi ke Phuket tak pergi tempat ni memang rugi. Tiada seumpamanya di Malaysia yer… Lets picture tell the storylah!

DSC00713

Antara pengankutan Phuket FantaSea, tapi warna pink lagi cantik!

DSC00581

Penyambut tetamu yang chomel!

DSC00592

Sempat amik gambar dengan ikan-ikan sebelum masuk

DSC00613

Seronok tengok lampu-lampu kat sini

DSC00658

Antara maskot kat sini, tak tau apakah ia…

DSC00620

Sempat racing!

DSC00701

DSC00665

Sebelum show bermula! Show kat dalam tu…

DSC00635

Sebelum show boleh la makan dulu kat kat dewan makan ni…  Ada menu halal yang penjagaan yang rapi yer… Sebab depan mata aku, aku nampak mat salleh sorang ni kena marah sebab bawak pinggan dari bahagian tak halal dan kena halau dengan pekerja yang ada kat sini. Bukan sebab dia amik makanan, tapi sebab dia bawak pinggan dari bahagian tak halal. Melihat cara mereka menguruskan makanan halal dekat sini, so aku lebih yakin dan boleh makan tanpa was-was. Ingat, mencari yang halal itu fardu bagi setiap umat Islam!

DSC00607

Ini tiket masuk dan nombor buffet, jangan ngada-ngada nak pergi tempat lain, silap2 makan benda tak halal

DSC00679

Dewan buffet

DSC00675

Antara menu yang disediakan di sini

DSC00674

Kat sini macam-macam ada, ada macam-macam kedai, ada mini zoo yang ada harimau, paling best persembahan budaya yang berprestij… Show ni start pukul 7 pm sampai 9pm. Dalam show, siap ada performance dari gajah dan binatang lain macam kambing, ayam dan harimau. Tapi sepanjang show gambar tak leh amik, telefon dan seumpamanya kena tinggal dekat luar. Pastu sepanjang menuju ke tempat show tu, (ala-ala stadium mini) anda boleh bergambar dengan binatang-binatang kat sini macam ular, anak gajah, anak singa, anak harimau, dan lain-lain (anak jer, bapak binatang tak der, nak buat show jap lagi). Tapi kena bayar yer… Mahal gak la, tak ingat berapa. Tak berbaloi kot, kalau gi zoo dpt gambar free..

Tak ketinggalan persembahan akrobatik. Memang best!

phuket-fantasea08

Show-phuket--fantasea

Gambar show yang aku songlap kat google

Oklah sampai sini dulu ceriter saya di Phuket, esok saya citer pasal Phi Phi Island lak yer… Sebelum tu amik mood dulu…

DSC00743