Grand Orient Laguna Hotel Waterpark

Assalamualaikum…Sunyi betul blog ni. Oklah aku nak buat hotel review sikit. Sekarang ni aku berada dalam bilik holel Grand Orient Hotel, Penang yang terletak dk area Bukit Mertajam. Hotel juga dikenali sebagi Grand Orient Laguna Waterpark. Ha… Dalam hotel ni ada waterpark! Ok serius best. Sedey, hakak sampai hotel baru tau ada waterpark! Biasalah, i olls jenis berserah jer, apa company bookingkan.

So aku tak der gambar mandi-manda, dalam waterpark sebab aku memang tak mandi kat waterpark ni. Korang google la ye…

Ok, masa aku tiba sendu jer aku tengok waterpark ni. Mungkin harini Isnin, siapa la nak pegi bercutikan. Tapi memang berbaloi la kalau nak bawak anak-anak stay kat sini. Pengunjung hotel hanya dikenakan RM15 sahaja bagi dewasa, dan RM10 bagi kanak-kanak untuk masuk ke waterpark. Tapi kalau bukan pengunjung hotel, tiket boleh didapati pada harga RM28. Kawasan ini dibuka dari 10am pagi hingga 8pm. Tempatnya tak besar, okla… Memang sesuai untuk pengunjung hotel sahaja. Tapi kalau niat nak spend satu hari dalam waterpark, ini bukan tempatnya. Pakaian sendiri mau ingat la… Off coz kena pakaian renang. Jangan mengada nak pakai tracksuit, no no no…Cuma masalahnya satu, bilik kecik sangat. Sesuai untuk 2 orang dewasa je. Kalau awak sorang anakpun dah crowded. Mungkin pihak hotel boleh fikirkan sesuatu untuk itu.Selain tu, breakfast so-so saja. Sewaktu aku kat situ ada breakfast nasi lemak, kuehtiow goreng, popia dan cereal aje. Oklah tu…Harga bilik semalampun murah jer, bawah rm150 di Agoda. Apapun layanan staff baik belaka. Saya bagi 3.5 bintang secara keseluruhan untuk hotel ni.

Leave a comment