Posing Sakan kat Bedugul

Hari ke empat di Bali kami ke lokasi temple yang famous kat Bali ni, kalau pelancong tak pegi sini tak sah, iaitu Bedugul.

Tempat ni agak jauh dari Denpasar, kira-kira dua jam perjalanan. Ia terletak di kawasan pergunungan, dan tak heranlah kawasan ini merupakan kawasan bercucuk tanam. Sepanjang perjalanan ada banyak orang menjual buah, antaranya buah salak and avocado. Kat Malaysia avocado punye la mahalkan… sebijik boleh cecah rm10. Kat sane harga boleh jatuh seringgit je… 

Menurut An kawasan ini selalu hujan, sebab tanah tinggi. Masa kami tiba, cuaca agak mendung, tapi tghari sikit Alhamdullullah dah cerah… Bolehlah kitorang berposing sakan kat sini…. Tips bagi ibu2 yang bawak anak kecil, bawaklah stroller… tempat ni agak luas jgklah…  jom layan gambar jap.

Ha Bedugul ni sebenarnya nama tempat, tapi temple yang famous kat sini namanya Pura Ulun Danu, lokasi ni memang menjanjikan view yang sangat cantik! Amazing. Temple ni berlatar belakangkan tasik. Tempat ni merupakan tempat menyembah dewa yang boleh membawa kesuburan ranah, kehijauan dan seangkatan dengannya. Bayaran masuk aku rase dalam 30 ribu rupiah. 

Temple ni jugak si abadikan dalam duit 50 ribu rupiah!

Ada jugak aktiviti air seperti naik bot dan perahu kat sini kalau berminat.

Advertisements

Monyet Nakal di Uluwatu

Nak sambung cerita hari ke tiga di Bali. Lepas kami berjemur macam sotong kering kat pantai, on the way balik kami singgah Pura Uluwatu. Tempat ni memang famous kat Bali, dan merupakan lokasi wajib kunjung. Harga masuk bagi pelancong 20 ribu rupiah kalau org tempatan 15 ribu rupiah jer… dan kamipun menyamar jadi org tempatan. Haha… ada berani?

Lokasi temple ni terletak nun jauh di atas bukit, ketinggiannya 97 kaki dari permukaan laut dan lokasi ini jugak lokasi cantik untuk tengok sunset. Selain tu, bagi yang berminat nak tengok kecak dance, tempat ni memang best.

Ok, selain tengok temple, tempat ni mempunyai view yang cantik. Dari atas bukit boleh tengok laut yang terbentang luas… tapi, kat sini ade banyak monyet yang nakal. Monyet ni suka curi speck, kasut, handphone, topi atau makanan yang kita pengang. Dan monyet2 ni sangat licik dan pantas, dan mereka bergerak berkumpulan. Diorg macam ade strategy untuk mencopet!

Al kisah nak dijadikan cerita, monyet ni dah amik speck aku!!! Aku sibuk risaukan monyet kat sebelah kiri, dtg satu monyet dari celah tembok terbang sambil tarik speck aku. Hebat! dan die terus masuk semak tak keluar-keluar. Aku yang rabun ni nak nangis pun ade, laki aku pun x boleh buat ape. Monyet ni ganas, bila aku dgr die patahkan speck, akupun ajak laki aku turun sebab aku tak boleh nak enjoy view. Nasib orang rabun…

Sebelum naik, memang ade penjaga kawasan dok nasihat suh simpan speck sbb katenya die nak turun g makan. Nanti x de org nak tlg… kalau aku bukak speck memang tak nampak la. Die ingat ni speck melawa ke… Jadi aku buat bodoh je la dgn kate2 die. Kesudahannya, aku jadi mangsa… monyet pencopet! kureng asam punye monyet! jadi korang yang membaca bewarelah ye…

Ok fine, dgn perasaan sedih dan hiba aku terus ajak supir kami ke kedai speck beli contact lenses. Nak beli speck, tak mampu… not in budget. Sedey!!! An pun kecewa sbb tak teman kitorg ke atas, sbb org tempatan aka supir2 tau nak handle monyet2 ni… tapi mase ni An tak ikut sebab jaga Amsyar yang tengah tido. Hehe, tgk supir aku, merangkap baby sitter!

Ok done for today. Esok kite sambung citer shopping pulak.

Bali – Review Hotel

Ok sepanjang 5h 4m di Bali, aku decided nak stay dekat dua hotel yang berbeza. Bukan, apa kalau satu tu hampeh, at least yang satu lagi ok. Tapi nasib aku kali ni memang baik, dua-dua hotel amat memuaskan hati, sesuai dengan bajet.

Hotel Pertama – Fourteen Roses

20160214_164724.jpg

Setiba kami di Bali, kami terus check in di Fourteen Roses Hotel. Actually hotel ni, aku dah beli siap-siap kat KL. Tips kalau nak pergi bercuti ni, better korang beli jer hotel siap-siap dekat internet tu, Trivago kan ade, boleh compare harga hotel yang mana paling murah. So hotel ni aku beli dekat booking.com. Aku memang selalu beli hotel dari booking.com ni, kalau genap 10 x booking, dapat bilik free.

Ok, harga pulak, mestilah cari yang best dan diskaun meletop kebabommmkan… Untuk 3h2 malam, hotel ni berharga RM140 aje… Murah sangat tu u’alls. Ok biliknya pulak, mungkin kecik sikit, tapi betul-betul depan swimming pool. Itu yang hakak suka sangat tu (walaupun tak mandi). Layanan dari staff pun ok… sebaik sampai korang dapat welcome drink dan dapat free massage. Tapi kami tak sempat menikmatinya, gara-gara masuk bilik, terus memalaskan diri dan tidur…

Hotel ni terletak di Legian, tempat ni agak happening. So kalau korang suka yang tempat yang busy-busy, happening, chill out dan sebagainya, tempat ni untuk korang. Tapi jangan risau, hotel ni ke dalam sikit, so tak dengar pun alunan muzik yang bingit tu sampai ke bilik. Dari hotel, tak bolehpun nak tengok view luar, korang hanya nampak pokok dan pool… ada ketenangan di situ.

Terdapat 2-3 buah kedai makanan Padang dekat sini yang dijamin halal. Kedai lain tu, walaupun nampak ala-ala muka Indonesia, belum tentu halal ye, sebab kebanyakan mereka beragama hindu. Even tengah makanpun ada budak-budak dari kuil buat persembahanan barongan and mintak derma.

Overall hotel ni dapat 4 per 5 dari aku! Tapi kenapa fourteen roses? Takde bunga ros pun dekat bilik or mane-mane deco.

Hotel ke dua – Kuta Park Central

Hotel ni best jugak. Tapi cuma memang jauh dari mana-mana tempat. Hotel ni terletak dekat town, tapi still tak boleh nak berjalan kaki ke kawasan berhampiran. No wonder, hotel ade sediakan perkhidmatan shuttle bas ke spot area, macam town, pantai Kuta dan a few places yang aku tak ingat. Perkhidmatan shuttle bas ni sejam satu, tapi sampai pukul 7 petang aja…

Kat sini, swimming poolnya cantik siap ade playground lagi untuk budak-budak. Tapi malangnya yang aku kureng berkenan, kurang privasi sebab ramai mat salleh melepak. I malu… diorang pakai bikini dan ala-ala supermodel gitew… Whatever…

Selain tu, kat sini puas la kami melayan Amsyar main kat play room. Ada bilik untuk budak bermain. So mak bapak, tengok jer la…

Hotel ni aku booking kat booking.com jugak. Masa tu lepas diskaun dapat dalam RM230 untuk dua malam. Oklah tu… Dari segi makan pula, tepi hotel ade kedai ayam petyet yang super sedap. So dua malam berturut-turut kami beli makan malam kat situ aje…  Actually dia bukanlah restoran, kedai yang dibukak di tapak kedai orang lain. Bile kedai tu tutup diorang ni pun bentanglah meja, dan sila duduk bersila di atas tikar disediakan. So agakpayah la nak makan dengan Amsyar yang ligat ni, jadi kami tapau aje… Fuh ayam dan tempe yang garing itu, rindunyer…

Ok ni ajer sedikit review yang aku boleh bagi, let say korang duduk sini dan tak sama dengan pengalaman aku, jgn kecam i pulak ye… Setiap orang seleranya berbeza. Untuk i yang marhaen ni, kira oklah ni… K. Bye!

20160216_18163720160218_10375220160218_10360220160218_10341020160218_10462120160218_121953

 

 

 

 

 

 

 

Bali: Beach to Beach

Hari ke 3 di Bali. Harini kami ke kawasan pantai yang selalu menjadi tarikan pelancong pulak… First kami ke pusat aktiviti air di Tanjong Benoa. Mase ni cuace memang panas terik, 38′ darjah. Sampai jer, An bawa kami ke satu kedai, ok kat sini ada orang entertain kami dan brief ape pakej yang dia ada untuk aktiviti pantai. Dari sini dengar la bot-bot berlepas untuk ke destinasi masing-masing dan macam-macam gaya pelancong naik bot, dah macam kat Hawai pun ade!

Antara aktiviti yang ada parasailing, jetski, flying fish, snokeling, diving, seawalker and pakej ke Pulau Penyu. Aku mulanya macam berkenan nak ke Pulau Penyu tu, tp difikirkan blk dengan mase yang ade, dengan panas, dengan harga dalam 8000 rph 1 bot, eh tak payah la, lupakan saja… kat M’siapun blh tengoklah! Kesian anak aku duduk dlm bot mcm ikan kering, panas2 buta ni. Seawalker pun best, tapi org malangnya pompuan mengandung tak boleh naik. Ok fine! An, lets go to other places!

20160216_112548.jpg

Ok seterusnya, kami ke Pantai Pandawa. Kawasan pantai ni baru dibangunkan sebagai kawasan pelancongan, dan mendapat sambutan baik dari pelancong. Ini kerana, pemandangannya memang cantik, pasirnya halus dan putih, dan sesuai untuk mandi-manda! Dari atas jalan raya dah boleh nampak pantainya yang biru kehijauan.

Sebaik menghampiri kawasan parking, anda boleh lihat ukiran dewa-dewa atau orang tempatan panggil pandawa di dinding batu mengala ke pantai, mungkin sebab tu tempat ni di panggil Pantai Pandawa! Ada 5 pandawa besar kat sini, semua aku tak kenal.

Sebaik kami parking, aku sempat la tegur, banyaknya bas. An ckp, ya kak bas-bas tu semua dari jauh, mgkn 12 jam atau 18 jam mahu ke sini… mereka biasanya tido di bas aja. Mak ai… gigihnye. Ye la, Indonesiakan besar…

Harini memang panas terik. Amsyarpun not in good mood sebab panas, berpeluh-peluh dia. Kami just lepak2 jer di bawah kerusi… sambil minum air kelapa. Konon2 nak feeling2 la posing di tepian pantai gitewww, tapi Amsyar, kena pasir sikit dah melalak…

Nak berurutpun boleh… ada spa kt sini. Nak bershopping pun boleh jugak… banyka jer barangan kat sini, beg, baju, cermata, topi, pario… Mase ni aku dah tak boleh fikir dgn baik, sebab panas nak mampos.

Dalam sejam je kami kat sini, so kami berangkat ke tempat lain.

Next, kami ke Dreamland! Bunyi macam taman temakan? Tapi hakikatnya, pantai lagi… View kat pantai ni ohsem! Pasirnya putih banget!

Oh sebelum tu, nak citer, nak ke sini kena naik van khas utk ke pantai, sbb transport biase tak blh masuk kawasan pantai. Vannye korok… hehe pintu x leh tutup, nasib aku tak tercampak ke luar. Kat sini, ade deretan kedai cenderamata, and kat hujung kedai yg ala-ala atas jeti ni ade kedai minum, so blh la lepak-lepak tengok orang berlenggeng dan surfing. Ha, pantai kat sini bukan untuk mandi-manda, ombaknya besar. Dan bukan untuk yg amatur, kalau masih amatur sila la ke pantai Kuta…

Dan kat.sini ada jgk orang buat photshoot weeding, untung la…

Ada lagi lokasi kami harini, tapi… sambung ke next entry la.

Bali: Kintamani dan Kopi Luwak

Harini kami anak beranak mulakan hari dengan makan meggi cup dan susu… mommy to be kena minumsusu. So aku bawak beberapa kotak susu Dutch Lady siap2. Seperti dijanjikan, pukul 9am, kami tunggu An di lobi.

Lokasi pertama harini, kami ke Batu Bulan untuk tengok kecak dance. Kecak dance ni merupakan tarian tradisional agama hindu yang mengisahakan tentang kedatangan Dewa Ramayana. Bali ni kan kawasan hindu so banyak la tuhan2 diorg dan temple kat sini. Overall, aku rase boring gilers… bukan jiwa kot. And aku tak berapa paham diorg ckp ape. And one more, korang rase Amsyar macam mane? Ye die duk naik turun tangga pulak. So tak feel langsung. Agak rugi la, sebab kami tak tunggupun show sampai habis. Tiket masuk 50 rupiah sorang.

Next destination kami melalui kawasan perkampungan yang menjual lukisan-lukisan. Kami sempat la singgah ke satu kedai ni, untuk lihat hasil seni org tempatan. Lukisannya memang cantik2 belaka, tapi hargenye mencecah ribuan ringgit!

20160215_11472020160215_11522620160215_114908

Lepas tu kami lalu pulak di lorong yg penuh dengan kedai2 batik. Kami singgah jugak la ke satu galeri ni, tengok proses batik. Biase2 aje, same macam kat Malaysia. Hargapun blh tahan. Aku x beli ape-apepun…

20160215_104815Last, kami ke lorong yg menjual barangan silver. Sempat la kami tengok orang buat barangan silver, dari sekecik2 barangan hiasan diri hinggalah sebesar-besarnya. Sekejap je kami pun kami kat sini, sesungguhnya memang tak de bajet nak beli barang kemas, then terus gerak ke Kintamani.

Kintamani… ha kat sini kami lepak kat Restoran Batur Sari, salah satu restoran halal kat sini. Makanan kat sini di sediakan dalam bentuk buffet, tanpa air. Satu kepala 120 rupiah, around rm40 jugaklah… Suraupun ade kat sini, so bukan alasan nak tinggal solat ye. Peluang untuk doa banyak2 tu… mase travel kan doa paling mujarab!

Biasanya orang datang ke kawasan ni untuk tengok pemandangan Gunung Kintamani. Ada bangak restoran kat sini, pilih je yang mane berkenan, pastikan halal! Kedai ni bertingkat-tingkat, pilihlah lokasi yang berdepan dengan gunung, baru la heaven on earth! Makan2 sambil hirup udara segar berdepan gunung.

Mase kami sampai di kawasan ni, baru lepas hujan… kabur-kabur je nampak gunung tu. Tp Alhamdullillah sebelum balik muncul jugaklah Gunung Kintamani depan kami!

20160215_14115220160215_14381720160215_143427

Lepas tengok gunung, kami bergerak ke padi teres, Tagalalang. Padi teres ni merupakan kawasan penanaman padi orang tempatan. Tapi oleh kerena pemandangannya yang cantik, kawasan ni dijadikan salah satu tarikan pelancong. Masa kami di sini padi tengah hijau, tak berapa cantik. kalau menguning lagi la cantik… Kalau orang luar masuk kena bayar tiket, tapi orang tempatan free aje. Supir kami ni baik, die pun act macam orang tempatan.

Next, kami pegi tengok process pembuatan kopi luwak pulak. Aku memang dah lama teringin nak minum kopi luwak yang sememangnya popular kat Indonesia ni. Kopi luwak dihasilkan dari najis luwak. Di kawasan kebun kopi ni ada banyak luwak yang aktif di waktu malam dan akan makan biji kopi di sini. Lepas makan die akan membuang, jadi keesokkan harinya, pekerja kebun akan mengutip najis luwak tersebut dan di proses menjadi serbuk kopi.

20160215_14544020160215_150228

Cik kak kita ni tengah menggoreng kopi, fresh dari ladang!

20160215_145555Ni lah dia luwak, atau musang… siang diorang memang membuta jer, malam makan and berry.

Di sini pengunjung akan dihidangkan dengan 14 jenis minuman yang diprocess secara tradisional di sini. Gratis! Rase, kalau berkenan silakan beli. Tapi kalau nak rasa kopi luwak, kena bayar. Alang2 dah smpi kenalah try kan, Walaupun harganya tak munasabah. Tak sedap pun, mgkn cair sgt die buat. Starbuck lagi best. Hehe…

Last kami singgah di kuil ni. Pura Ulun rasenya. Tak ingat, nanti cek balik la. Nak masuk ke kuil kena pakai kain sarug bagi menghormati budaya dan agama mereka.

Done for today… kami pulang ke hotel. Penat sikit… perjalanan dari Kintamani ke Legian around 1 jam. Oleh kerana pembawakan, aku asik ler penat… balik zzz.

Bali, Legian dan Kawasan Bom

Salam semua… harini aku nak berkongsi trip percutian kami sekeluarga ke Bali. Dah lama sangat aku mengidam nak pegi tempat ni, and expectation aku sangat la tinggi di sini. Alhamdullillah bulan 2 lepas, Allah izinkan kami sekeluarga ke sini. Actually sebelum pernah beli tiket dan hotel dari package AirAsia, tapi tak jadi pegi sebab tgh mengandungkan Amsyar, and Dr mase tu tak bagi aku fly. So redho je la… burn tiket. Trip yg ni aku pregnant 4 bulan lebih rasanya and umur Amsyar setahun 6 bulan. so far Dr izinkan… So nak diringkaskan cerita, dengan keadaan aku yg mengandungkan baby Fateh dan Amsyar yg semakin ligat, trip ni agak memenatkan. Huhu….

Ok, macam biase aku yang marhain ni akan memilih syarikat tambang murah AirAsia. Walaupun ramai org kutuk AirAsia, tapi ni jgk pilihan hati. Perfect time and perfect price. Kali ni aku amik flight lewat skt iaitu pkl 10.30am, bkn aper biasenya aku akan beli flight pkl 7 pagi, kononnya taknak rugi hari. Tp sejak ade Amsyar ni tak blh la nak keluar rumah pagi2 buta kala, kesian kat die… So kami park kete kat area ofis, amik cab ke KL Sentral menuju ke Klia 2. Seawal 6.30 kami dah gerak dari rumah, so malas nak susahkan sesape. Naik cab aje…

Kami sampai di Denpasar around pukul 12.30. Dari Malaysia aku dah siap2 booking supir, namanya Ansis. 1 hari chargenye around rm150, so boleh bawak ke mana saje kite mahu… first, An bawak kami pi makan, ayam betutuk, ayam goreng tak de tulang. Agak mahal bagi aku makan kat kedai ni, mase ni je makan 2 org dah rm80. Kalau kat Bali ni kena hati2 dengan halal, nampak memang la macam org melayu tp mgkin diorg beragama Hindu, so makanannya tak tentu lagi halalnya. Jadi, An ni bawaklah kedai yg die confident halal je….

Ok, setiba di hotel kami lepak2 je… hotel kami terletak di Legian, Fourteen Roses Hotel. Ok sangat, very recommended. Hotel konsep traditional, bilik kami betul2 depan simming pool. Sampai je dpt welcome drink and free massage coupon. Hotel ni tak serabut dgn mat salleh, banyak pokok2 so tenang jer. Dalam ketenangan tu, makanya kami duduk je dlm bilik, jgn kata massage, swimming pun x pi. Tgk rancangan2 Indon then tido jer…

Malam tu kami pi window shopping and makan kat kedai area hotel. Dekat sini ade a few makanan halal, masakan Padang. Tapi kedainye sempit dan tak berapa selesa. Stroller pun tak blh masuk… Al kisah malam ni kami termakan kat kedai bkn Islam. Tapi menunya takdelah benda terlarang…

20160214_21204020160214_211513

Legian ni actually antara tempat yg happening kat Bali, kawasan pub and disco. Banyak jugaklah barang2 mcm baju2 pantai, pario, topi, kedai tatto, kedai barang2 surfing, massage, and kedai makan and ade starbuck depan hotel… Lain2 kopi pun ade.

Kalau korang masih ingat dengan tragedi bom kt Bali pada tahun 2005, ha di sinilah lokasinye. Kebetulan An pun antara org yg terlibat membantu selamatkan mangsa semasa kejadian. Ok, nak story skt pengalaman An yang die ceritakan mase tu kat sini sikit ye.

Menurut cerita An, malam tu die bawak 2 pelancong Jepun, ke situ, nak gi enjoy katanye. Tp die berkeras tak nak masuk kawasan tu sbb jem teruk… so die ckp, “sy drop dari hujung jalan je, so you all jalan kaki ke tmpat tu, and palancong tu ok.” Katenya kalau die masuk jugak mlm tu, confirm dah stuck dlm jem dan dah arwah. Dia smpi rumah blh dgr bunyi bom dan gegar, dia dan isteri ingatkan gempa. Mase tu isterinya tgh mengandung. Pastu die dpt call dari geng2 supir and mintak tolong ke tempat tu bantu yg tercedera. Dia pun pegi naik motor.

Katanye keadaan memang teruk, mayat, kaki tgn putus bergelimpangan. Ade tangan atas bumbung, sangkut pada tiang letrik, mcm2 la. Mayat dalam kereta, walaupun kereta tak ape2, tp org dalam kereta mati. Mgkin sbb gegaran. Katenya die dan geng2 supir tolong hntr org ulang- alik ke hospital. Dah tak kira dah naik kete sape, kete yg x de pemandu, die start terus bwk org ke hospital. Paling die tak blh lupa sorg pelancong perempuan breastnye hancur, mintak tlg hntr ke hospital. Diorg jgk kumpulkan pasport, wallet and anggota badan. Dalam pkl 7 polis amik alih kawasan dan org lain x blh masuk da… so polis uruskan. “Kereta sy guna.x tau siapa punya, sy letak di balai polis”, katenye. Kalau u alls rajin blh google gmbr sendiri ya.

Katanya lagi, “Kak, kalau dari hotel akak tu, bukan gegar aje… mgkn akak pun tercampak”. Kalau nak ikutkan aku rase ade la dlm 1 km dari hotel aku dgn kawasan pub tu. Skrg kt situ ada tugu peringatan mangsa2 kejadian. Kat situ ade dlm seratus nama je kot, tp kate An dalam 3000 org mgkn terkorban campur dgn org tempatan yg bekerja di situ. Penjenayah letak bom dlm van, penuh satu van, dan diorg guna tel untuk letupkan. Dan itulah dia… Nordin Mat Top, orang Malaysia, aduh malu kejap.

Dan katanya, esknya die ke hotel pelancong Jepun tu, memang die tak balik, mgkn terkorban sekali. Lepas kejadian, airport penuh… semua org balik ke negara masing2. Kerajaan siap bagi flight percuma… Katanya lagi, sampai sekarang kalau lalu tempat ni masih terasa seram kak! Aduh… kalau aku tau, aku pun seram mak duduk.sini An…

Oklah, sedikit sebanyak tentang lokasi hotel, esk kita start jalan ye.