Guilin: Yangshou, Sungai Li dan Impression Sister Liu Lights Show

Ok, ni boleh kira entry throwback… Kisah aku ke Guilin ni, dah lebih setahun, tapi tak habis-habis ceritanya. Ada satu cerita penting tertinggal ni. Ok layankan je la k…

Ini kisah penggembaraan melalui Sungai Li atau Lijiang ke Yangshou. Dari Guilin kami menaiki bot pesiar ke Yangsho. Dengan kelajuan bot antara 10 hingga 20 kilometer sejam, kami menghabiskan masa kira-kira empat jam melalui Sungai Li sambil menikmati landskap indah ciptaan Tuhan. Gunung-ganang yang mengelilingi sungai ini cantik bagai lukisan. Terbaik u’alls! Nah tengok gambar ni.

20131023_12251220131023_11305220131023_11244120131023_122922

Lanskap mega ini menjadi antara tarikan Guilin….destinasi terkenal di Wilayah Guangxi, China yang berkepadatan penduduk lebih 5 juta orang. Sg Lijiang yang mengalir sejauh 437km ini bermula dari Selatan Gulilin dari Yangsho ke Yushu sehinggalah ke bahagian barat Guilin, dan sepanjang sungai ini kita oleh melihat ribuan puncak gunung dan ada nama diberi seperti Gunung Kucing, kerana berbentuk kucing. Lanskap ini juga diabadikan dalam lukisan di duit rmb.

20131023_123709   20131023_114940

Sepanjang menyusuri sungai ini juga, kami melalui beberapa perkampungan yang terkenal dengan aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan. Ada yang meraih pendapatan dengan menjual buah-buahan kepada pelancong menggunakan rakit buluh. Ada juga yang menebar jala menangkap ikan serta memerah keringat dengan bercucuk tanam.

20131023_114457Kami turut melalui beberapa perkampungan muslim Hui dan Han iaitu perkampungan Chaohui.

Di dalam perjalanan, kami turut dihidangkan dengan hidangan makanan tengahari. Bagi pengunjung Muslim, kita boleh memaklumkan keperluan makanan halal kepada pihak pengurusan sebelum membeli tiket dan tempahan awal adalah digalakkan.

Yangshuo – pekan tradisional yang menyajikan keindahan tersendiri untuk pelancong. Juga merupakan lokasi membeli-belah buat para pelancong. Jangan lupa untuk tawar-menawar bagi mendapatkan harga terbaik ye…

Setibanya di sini, kami disambut sekumpulan lelaki yang berlumba-lumba menjual barangan masing-masing di gerai cenderamata mereka.

20131023_14300120131023_143327Antara barangan yang boleh didapati di sini termasuklah tudung sutera China, alas meja, beg serta pelbagai cenderamata. Selepas penat membeli –belah pelancong juga boleh singgah di kedai makan di kawasan ini.

20131023_16332220131023_16470520131023_165111Kfc pun ada… tapi janganlah makan. Confirm ayam tak sembelih…

Di sebelah malamnya pula, tour akan menaiki bas menuju ke persembahan `Impression Sister Liu Light Show’, tarikan utama Yangshou, ia turut dikenali sebagai Sanjie Liu. Persembahan ini diadakan di panggung terbuka dengan berlatar belakangkan Sungai Li dan mampu memuatkan kira-kira 3,000 penonton. Kalau dah ramai macam ni, korang kenalah cari sit betul-betul ya. Tempat pun besar, kalau silap tempat, jauh nak menapak tu. Tapi kalau pergi bersama agen, dioranglah yang sattelkan. Persembahan ini sungguh menakjubkan dan wajib ditonton ya!

20131023_194556 20131023_201059 20131023_201333 20131023_201333 20131023_201748 20131023_204837Persembahan hampir dua jam ini ternyata mampu memukau penonton. Tambahan ia diterajui pengarah tersohor, Zhang Yimou yang berjaya menjadikan persembahan ini sangat berprestij. Sape pulak la Zhang Yimou ni kan? Dialah direktor filem tersohor di China dan dia jugaklah yang buat persembahan pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2008. Nak share jugaklah persembahan masa olimpik tu…

Pertunjukan yang mengisahkan kehidupan masyarakat di Guilin ini membabitkan 600 penari, penyanyi dan pelakon ini serta banyak bermain dengan warna, cahaya, sistem bunyi, dan keharmonian gerakan yang mempersona.

So, kalau nakkan kelainan bolehlah saksikan persembahan yang berprestij ni ye… sgt dicadangkan. Walaupun agak mahal, tapi berbaloi-baloi…

Advertisements

Guilin : Pastikan Makanan Halal!

Bandar Guilin yang kaya dengan keunikan budaya dan alam semulajadinya, menjadikan ianya lokasi perlancongan terkenal bagi pengunjung dari timur tengah dan Malaysia yang terdiri dari agama Islam. Jadi keperluan untuk mencari makanan halal tidaklah sukar. Selain di hotel, pelancong juga boleh menikmati makanan halal di restoran. Kami sempat singgah ke restoran muslim tempatan yang diberi nama restoran Sedap Abdul (dah translate) yang menyedia makanan etnik Ugyur dari Xinjiang. Restoran ini terletak berhampiran dengan Universiti Guilin, bagaimanapun pengunjunga harus melalui lorong yang agak sempit untuk ke sini dengan berjalan kaki. Tak rugi berjalan kaki… makanan kat sini memang sedap!

1623680_10202643996575007_333738779_n

Restoran ini diusahakan Ayi Gu Li, bersama suaminya Abdul Satar, sejak 2006 yang lalu. Penunjung muslim tidak perlu risau kerana restoran ini menjanjikan makanan halal yang diimport dari Xinjiang dan Beijing. Hasrat untuk menubuhkan restoran di bandar Guilin tercetus berdasarkan maklumat tentang persaingan makanan halal yang tidak banyak di sini.

Selain mensasarkan pelancong Muslim sebagai pelanggan utama, lambakan university tempatan yang terdapat di sekitar lokasi ini, turut menarik minat pelajar Islam untuk makan di sini.

Makanan Ugyur, punya identity tersendiri. Masakannya kaya dengan rempah dan sesuai dengan citarasa orang melayu dan amat membuka selera. Pastinya yang menjadi pilihan kami satay kambing yang dicucuk pada besi pencucuk. Secret rescipe dari rempah yang digaul pada satay amat menggiurkan. Rasa rempat yang pedas dan sedikit masin, sememangnya sukar dilupakan. Saiznya dua kali ganda satay ayam di negara kita. Tak kurang fillet ikan yang dibuat satay bersaiz kecil. Isi ikan dikeluarkan dan dihilangkan seperti gambar di bawah ini. 

1978875_10202643995814988_238871621_n
Kemesraan Gui Li dan gaya pakai etnik Ugyur yang digayakan ternyata mampu membuat penggunjung selesa untuk singgah di sini. Apatahlagi dengan hidangan yang pasti tidak menghampakan.

Guilin : Warna-warni dari gua

06435dfeae524202b99110668c1a7edcAku memang tak pernah masuk ke mana-mana gua kecuali yang ini, Reed Flute Cave di Guilin, China. Kalau sebut pasal gua, yang terlintas dalam kepala aku hanyalah gelap dan kelawar. Tapi pandangan cetek aku ni, benar-benar meleset bila aku menjejakkan kaki ke Reed Flute Cave.

20131021_161158

Kawasan lapang di tengah gua, dan lokasi video ditayangkan. Ada satu kawasan air, dan ditambah dengan pantulan lampu menjadikan air turut bewarna biru.

Gua ini dibuka kepada orang ramai sejak 1972, dan dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni. Aku amat teruja ketika berada di sini, bukan hanya melihat limpahan lampu yang menyinari gua ini, tetapi keunikan stalactite yang membentuk struktur tertentu amat mengagumkan. Keajaiban ciptaan Tuhan amat menyentuh perasaan. Dengan keunikan ini, tidak hairanlah begitu ramai pemimpin utama negara dibawa melawat ke lokasi ini.

20131021_154846

Setiba di pintu gua, kami seoalah-olah disambut oleh ‘seekor singa’ dan anaknya. Dengan menyusuri lebih dalam lagi, kami bertemu dengan ‘lelaki tua yang berehat sambil mendengar alunan lagu’. Sepanjang menyusuri laluan sejauh 500 meter di dalam gua ini, kesan stalactites yang membentuk imej-imej tertentu seperti singa, cendawan, ular, monyet, pokok dan lain-lain jelas kelihatan. Kemuncak keriangan lawatan di gua ialah sesi menonton tayangan video yang berlatarbelakangkan dinding gua berkisarkan mitos tentang terbentuknya gua ini.

20131021_160813

Video is on!

Dengan tiket masuk serendah 90 yuan bersama kira-kira 45 ringgit pengunjung boleh menikmati keindah dan kaunikan Reed Flute Cave. Ia turut dilabel sebagai kawasan lawatan berstatus AAAA. Untuk makluman sejak tahun 1999 kerajaan China telah mewartakan gred bagi lokasi pelancongan di China bermula dari A sehingga AAAAA, sebagai satu cara untuk menarik pelancong. Lokasi ini juga berjaya mencatatkan 1 juta pengunjung setiap tahun.

20131021_154124

20131021_154859

Guilin : Cerita Gajah Dahaga

1ae07dba5de24678831778937f5ce245

Guilin, terletak di wilayah Guangxi, China, merupakan daerah yang amat kaya dengan warisan alam semulajadi yang indah dan mempersonakan. Sebelum menjejakkan kaki ke daerah ini, aku selalu melawat ke blog-blog dan membaca tentangnya, sehinggalah aku memasang azam untuk ke sini. Jemputan dari China Radio International dalam program Kembara Muslim di China ke Tv Alhijrah ibarat mimpi menjadi kentayaan buat aku!

Kami tiba di Lapangan Terbang Guilin pada pukul 11 malam dan disambut oleh wakil penganjur. Suhu sejuk serendah 17 darjah celcius dan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa, ternyata mampu membekukan otot-otot aku ni. Seterusnya kami ke Hotel Bravo yang terletak di bandar Guilin. Hotel ini juga berdekatan dengan Masjid Guilin. Jadi ia amat sesuai untuk pelancong muslim kerana makanan halal juga mudah didapati dan terletak berhampiran masjid. Dari hotel kita juga boleh berjalan kaki ke pekan Guilin untuk membeli belah dan boleh menikmati keindahan lampu neon yang membanjiri malam di daerah ini. Selain itu, jika anda ke masjid di sebelah malam, anda akan bertemu dengan pasar malam. Harga barangan di sini agak berpatutan. So kami sempatlah beli fridge magnet, sebab rasanya memang tak sempat nak shopping Guilin ni. Jadi apa yang nampak, kami sambar jer…

20131022_201523

Hotel kami… terbaik, ada makanan halal

20131022_222313

Antara barangan di pasar malam, bingkai speck

20131022_222741

20131022_222338

20131022_224236

20131022_224313

20131022_224256

Antara hasil air tangan rakyat tempatan, melukis keindahan bukit bukau guilin di atas batu.

20131024_061429

Masjid Guilin, jgnlah expect masjid diorang besar macam Masjid Wilayah yer, masjidnye macam rumah biase jer…

20131024_083958

Betul-betul sebelah masjid ada kedai makan muslim dalam 3 buah. Kedai yang ni buka dari breakfast sampai malam.

Sungai Li yang mengalir di tengah-tengah bandar Guilin memisahkan antara barat dan timur bandar ini dan sekelilingi dengan bukit-bukau, membuatkan tidak puas mata memandang. Jadi tidak hairanlah sektor pelancongan merupakan antara industri terbesar di bandar ini, sehingga menyumbang kepada peluang pekerjaan. Kini terdapat 11 ribu pemandu pelancong di sini.

20131021_110554

20131021_102938

Guilin merupakan sebuah bandar yang berada di bawah Wilayah Autonomi Zhuang dengan kepadatan penduduk seramai hampir 5 juta orang. Walaupun penduduk majoritinya ialah etnik Zhuang, bumi empat tasik dan dua sungai ini tetap mampu menghidangkan kepada setiap pelawat yang menziarahinya kepelbagaian seni budaya hasil integrasi antara etnik.

Elephant Trunk Hill merupakan lokasi wajib bagi para pelancong yang berkunjung ke sini. Ia diberi nama bersempena terdapat sebuah bukit yang menyerupai belalai gajah yang sedang minum air dari tasik. Selain menikmati pemandangan indah di tasik ini, pelancong juga berpeuang mengambil gambar dengan mengenakan pakaian eknik Mao dan Zhuang atau mengambil gambar bersama burung cormorant. Burung cormorant digunakan untuk menangkap ikan, merupakan kaedah tradisional yang popular di China suatu masa dulu.

20131021_103226

Pakcik ni ibarat nelayan yang menjaga burung ini. So nak ambil gambar dengan burung, sila bayar pada pakcik nelayan ni.

20131021_103804

Untie ni sibuk menggayakan baju sewaannya… Ala-ala model nampak! Aiyak!

20131021_103311

Harga sewaan baju, 5 yuan sepasang

20131021_103400

Nampak tak belalai gajah kat belakang tu?

20131021_102820

Boleh gak naik bot, tapi tak tau lak diorang bawak gi mana…

Berdekatan dengan belalai Elephant Trunk Hill ini, tedapat juga sebuah taman yang dikelilingi sungai . Di sini terdapat banyak monumen cinta dibina. Sebab tempat ni dibina untuk pasang kekasih berdating…

20131021_11021620131021_11062720131021_10570220131021_11103420131021_11185720131021_105923

20131021_10572320131021_105742

Yang ni pulak, hasil seni penduduk tempatan, ukiran kaca

Oklah sampai sini dulu. Bersambung ke lokasi lain esok. So mana cerita gajahnye? Yerlah gajah dah jadi batu kat Elephant Trunk Hill…

Guilin : Kisah saya dan burung cormorant

20131022_155909

Menyusuri Sungai Bunga Peach dan menyaksikan pertunjukan burung cormorant

20131022_155453

20131022_155710 20131022_160941

Panorama Guilin yang indah, dikelilingi bukit bukau… cantik sungguh!

20131022_155421Tu dia… lehernya dicekik! Jangan makan ikan itu, itu rezeki nelayan

20131022_161057

Burung-burung standby nak masuk kerja
 
Burung cormorant, berbakti kepada nelayan, agar tuannya itu boleh meneruskan kehidupan. Tradisi penangkapan ikan dengan menggunakan kaedah burung cormorant amat terkenal sejak tahun  960 di negara seperti China dan Jepun dan diwarisi turun-temurun sehinggalah ke hari ini . Bagi saya yang melihat kaedah ini secara dekat, personally, saya menganggap ia adalah satu penyiksaan pada binatang tersebut. Apa tidaknya, leher haiwan itu akan disekat sebaik sahaja haiwan tersebut mendapat ikan. Pergh… apa perasaan burung? Beriye nak makan, tetiba kena sekat lak… Kepaknya juga diikat supaya tidak boleh terbang. Kesian…
 
Burung ini merupakan burung air yang memiliki kaki berselaput sementara di bagian bawah paruhnya terdapat kantung. Setelah kormoran dilepas dari perahu oleh nelayan, burung ikan akan menyambar ikan di dalam air sedalam 46 meter. Walaupun leher haiwan ini disekat, namun ia boleh menelan ikan yang bersaiz kecil.  
 
Tapi aperpun kaedah ini sudah jarang digunakan. Sementara di Guilin burung ini digunakan untuk tujuan perlancongan, Kalau diikutkan kaedah yang betul, nelayan akan menangkap ini pada waktu malam sahaja, dan membawa lampu minyak tanah bersama. 
 
6305216272_4fcfb5cb4f_b
Ehsan Mr. Goggle
 
5803987686_66f29024a0_b
 
Kunjungan saya sewaktu di Guilin, pelawat boleh mengambil gambar bersama burung-burung ini yang terdapat banyak sekitar Elephant Trunk Hill. Bayaran kira-kira RM10 akan dikenakan bagi mereka yang berminat! Bagaimanapun saya agak tak beminat, cuma lihat gelagat orang ramai yang berposing jer. Bukan posing macam kakak ni yer, dengan bayaran RM10 tu, anda boleh pegang kayu tempat burung tu bertenggek, dan burung tu agak berat yer. Kalau rase tak der tenaga, simpan jer RM10 anda tu, banyak benda lain boleh beli. 
 
20131021_103207Sesi photo di Elephant Trunk Hill