Manila : Culiat dan minoriti Islam

Masih ada lagi cerita di Metro Manila yang perlu kiranya saya kongsikan di sini. Perjalanan saya menjejak minoriti Islam di Manila tidak terhenti di Qiapo sahaja, perjalanan dipanjangkan lagi ke Culiat, sebuah perkampungan muslim yang terletak di bandar Quezon, Manila.

Jika dilihat akan keadaan di sini, samalah seperti perkampungan setinggan. Namun, ia merupakan kampung bagi 18 ribu orang penghuni dan hampir 80 peratus daripadanya merupakan orang Islam. Jika dibandingkan keadaannya dengan Qiapo, keadaan di sini lebih daif. Rumah-rumah yang dibina sangat padat, dan kedai-kedai kecil dibina di tepi rumah. Tiada kedai sempurna seperti di Qiapo.

Rata-rata penduduk di sini merupakan dari keturunan Tausug, Maranao, Magindanao, Yakan, Iranun, Sama dan juga ‘balik islam’ atau muallaf. Dalam kepadatan ini, terdapat sebuah masjid yang masih belum sempurna pembinaannya. Namun masjid ini memainkan peranan penting. Bukan sekadar tempat berkumpul dan menunaikan solat, masjid ini juga memainkan perananan sebagai madrasah kepada 300 pelajar. Masjid yang hanya mengharapkan sumbangan orang ramai dalam menjalankan operasinya, masih belulm mampu membayar gaji tenaga pengajar di sini.

En Sansibar Hadjulani, Pengarah Salam CMPD, yang ditemui di sini menyatakan masjid ini tidak mampu bayar tenaga pengajar, kini hanya ada 10 orang ustaz dan ustazah. Beliau juga menyeru sumbagan dari Malaysia, agar mampu meringankan beban yang digalas dalam usaha mengembangkan Islam di sini. Selain itu, kawasan ini sering mendapat tekanan, lebih-lebih lagi jika terdapat sebarang pergolakkan di Selatan Filipina.

Sesuatu harus dilakukan agar umat Islam di Manila tidak terus lena di ulit kesimpitan hidup. Mereka harus bangun dari kepompong kemiskinan, dan satu-satunya cara adalah dengan pendidikan dan pegangan agama. Semoga perkongsian ini memberi ilham buat kita semua untuk membantu saudara sesasama Islam di negara minoriti Islam.

Manila : komuniti muslim Qiapo

Sebelum kedatangan Sepanyol pada 1565, Filipina merupakan sebuah negara Islam dengan populasi mencapai 98 %.

Namun kesan penjajahan demi penjajahan,  kini hanya 10 peratus umat islam daripada lebih 84 juta penduduk Filipina dan Selatan Filipina mencapatkan jumlah paling ramai sementara hanya sebahagian kecil sahaja umat Islam di Manila.

Sebagai sebuah agama minoriti di Metro Manila, ternyata perjuangan hidup sebagai seorang muslim tidak semudah disangka.

Dua perkara utama yang sentiasa menjadi cabaran adalah keperluan makanan halal dan pendidikan islam. Peluang menjejakkan kaki ke Manila, Filipina memberi peluang buat saya menyingkap gejolak rasa dan kisah perjuangan hidup umat Islam di sini.

14168_10201565529894014_1712489284_n

Saya menjejakkan kaki ke Qiapo, antara penempatan umat Islam terbesar di pinggir Manila. Kawasan ini sesak dengan peniaga kecil terdiri dari orang Islam.

Walaupun secara kecil-kecilan, ini membuktikan umat Islam tidak lena, mereka bangkit untuk umat Islam sendiri, dengan menjual barangan dan keperluan halal.

Kawasan ini menjadi medan bagi umat Islam mendapatkan keperluan halal, barangan untuk umat Islam seperti telekong, jubah, al quran dan lain-lain.

Saya bertemu seorang peniaga yang menjual jubah untuk menampung keperluan hidup. Jubah diimport dari Jakarta dan dijual di sini.

Beliau yang telah 3 tahun berniaga di sini, berpendapat sektor perniagaan jubah sangat baik.

Keperluan untuk umat islam yang tidak banyak di negeri ini, menjadikan Qiapo medan membeli belah bagi umat Islam yang berkunjung di sini.

Persaingan sihat antara peniaga yang lain menjadikan kawasan ini lebih maju.

Perjalananan di Qiapo diteruskan. Saya berkunjung ke Golden Mosque Qaipo. Masjid ini dibina sempena kedatangan Muamar Ghadaffi pada 1976.

1378051_10201554277692716_234612093_n

Kini masjid ini menjadi simbol kekuatan untuk umat islam di pinggir Manila. Malah ia lebih dari itu. Masjid juga memainkan peranan sebagai nadi pendidikan.

Nasib umat Islam di negara minoriti ternyata berbeda, tiada matapelajaran agama Islam diajarkan di sekolah bagi negara minoriti Islam.

Ini ternyata memberi kesan akan perkembangan Islam di sini. Jika tidak ada pihak yang terus menyampaikan dakwah tidak mustahil agama ini  akan lenyap.

Setiap hujung minggu, kelas agama akan diadakan di sini untuk penduduk sekitar selain tadika untuk kanak-kanak.

Bagaimananpun kekurangan tenaga pengajar sentiasa menjadi cabaran utama bagi umat Islam di sini.

Bagi mereka yang ingin mendalami Islam, mereka harus memilih jalan sendiri.

Samada belajar tentang agama di rumah menerusi ibu bapa, menghadiri madrasah di masjid, atau bagi yang berkemampuan mereka akan mengahantar anak-anak ke sekolah agama yang terletak di luar kawasan.

Bagi mereka yang ingin mendalami Islam, mereka harus memilih jalan sendiri.

Samada belajar tentang agama di rumah menerusi ibu bapa, menghadiri madrasah di masjid, atau bagi yang berkemampuan mereka akan mengahantar anak-anak ke sekolah agama yang terletak di luar kawasan.

Saya tinggalkan Golden Mosque dengan seribu harapan.

Semoga umat islam di sini gigih dalam mempertahankan Islam, walaupun cabarannya bukan kepalangan. Saya susuri lagi lorong-lorong di Qaipo. Nantikan entry seterusnya.

1382386_10201635706408383_236176973_n

 

Manila: Jun dan perjuangan Islam

Perjalanan saya ke Kota Manila kali ini bukan perjalanan biasa. Saya ditemani sekumpulan NGO Islam di Filipina, iaitu Islam In Action. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Manila menaiki pesawat Air Asia, tiba kira-kira jam 11 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino. Saya bersama seorang jurukamera ke Manila bagi menjejak perkembangan Islam di bandar Metro Manila, Filipina untuk laporan program Majalah Islam.

Bersama Islam in Action, perjalanan kami menuju ke perkampungan Orang Asli Nakuklod, Floridablanca, Manila.

Perjalanan 3 jam dari Metro Manila, terasa amat jauh lantaran jalan yang berlopak dan becak yang besar. Terasa tempat ini kurang terbela. Sepanjang melalui jalan ini kesan letusan gunung berapi Pinatubo pada 1991 jelas kelihatan. Debu lahar yang hitam masih boleh didapati dengan jelas di sepanjang sungai yang kami lalui.

Image

Siapa Jun Falih Obrerro?

Jun Falih Obrerro, merupakan pengasas Islam in Action. Perjalanan kami ke kawasan ini adalah tidak lain untuk mengetuai misi berdakwah yang dianjurkan NGO ini. Bukan mudah untuk mendekati orang asli di sini, namun bagi Jun dia mempunyai pendekatan tersendiri. Kelas agama akan diadakan kira-kira sebulan sekali dan sesi perbincangan agama dan soal jawab diadakan.

Image

Misi dakwah Jun, tidak berhenti di sini saja. Perancangan bagi jangka masa panjang untuk membantu penduduk kampung melepaskan diri dari belenggu kemiskinan adalah antaran strategi dakwah yang harus di puji. Dia tidak mahu Islam di Filipina terus mundur dan tersisih.

ImageJun merancang menjadikan kawasan ini sebagai pusat penanaman bonsai dan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung. Dia merupakan seorang ahli landskap, sememangnya arif dengan teknik penanaman bonsai dan menjadikan ianya sebagai mata pencarian.

Image

Jun merupakan saudara baru, atau lebih dikenali sebagai “Balik Islam” oleh masyarakat Filipina. Dia mula memeluk Islam sejak 1994, ketika menetap di Arab Saudi. Sebaik pulang ke Filipina, dia dapati menjadi “Balik Islam” di wilayah minoriti Islam, tidak mudah. Apatah lagi golongan seperti Jun dipinggir dan dilayan sebagai kelas kedua di tanah air sendiri.

Bermula dari itu, Jun nekad mengubah segala persepsi masyarakat Filipina dengan Islam dan mula memikirkan langkah bagi membantu umat Islam di sini.

Islam in Action dibangunkan Jun dan keluarga sejak 2010, melalui yayasan ini, Jun gigih berdakwah kepada umat Islam di sekitar Filipina dengan menggunakan konsep “Dakwah Caravan”. Van dan pacuan empat roda yang bergerak secara berkumpulan digunakan untuk ke kawasan pedalaman dan kampung bagi mengembangkan Islam.

Pergolakan antara Bangsamoro dan Kerajaan Filipina, di Selatan negara ini, umat Islam di Metro Manila turut memberi kesan kepada umat Islam di Manila. Antaranya, mereka sukar mendapat peluang pekerjaan.

Melalui syarikatnya, Jun kerap memberi pekerjaan bagi umat Islam di Filipina. Mengimbau sejarah Islam di Filipina. Sebelum kedatangan Sepanyol ke negara ini pada 1565, Filipina merupakan negara Islam dengan populasi mencapai 98%. Ibu metro Filipina, yang diberi nama Amanilah ketika itu, diambil daripada perkataan Bahasa Arab, iaitu Fi Amanillah yang bermaksud di bawah perlindungan Allah. Namun selepas dijajah Sepanyol, Amanillah ditukar kepada Manila.

Image

Metro Manila kini menjadi sebuah bandar raya metropolitan terbesar di Filipina yang sentiasa sesak dengan orang ramai termasuk pelancong asing. Ia merangkumi 14 bandar raya dan tiga bandar.

Kesan penjajahan demi penjajahan, Manila kini hanya mempunyai 10 peratus umat Islam daripada lebih 84 juta penduduk Filipina.

Sedang kita leka dengan apa yang berlaku di Selatan Filipna, jangan sesekali kita lupakan perjuangan saudara kita di Metro Manila ini. Walaupun Jun Falih tidak mengangkat senjata dalam mempertahankan Islam, namun perjuangan mereka lebih getir dalam membantu masyarakat Islam di negara minoriti, daripada terus mundur dan tercicir.

 

Manila: Mabuhay

IMG_9518

IMG_7927

IMG_7962

IMG_7689

Mabuhay! Selamat Datang – ucapan yang sangat sinonim dengan masyarakat di Filipina kepada pelancong asing. Atas dasar kerja aku berkesempatan menjejakkan kaki Manila, ibu negeri bekas jajahan Sepanyol, Filipina,  kira-kira setahun yang lalu. Perjalanan kami ke sini dengan menaiki pesawat Air Asia ke Clarks mengambil masa kira-kira 3 jam. Seterusnya kami menuju ke Makati untuk bermalam.

IMG_8998

IMG_9057

IMG_7751

Perjalanan dari Clarks ke Makati mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Sistem jalanraya di sini agak unik, jika di Malaysia penuh dengan bas Rapid KL, di sini kita boleh dapati deretan ‘jeepnye’ dan ‘tricyle’ sebagai pengangkut awam paling popular.  Jeepney merupakan trak bekas kegunaan tentera AS yang dibaikpulih dan dijadikan pengangkutan awam di sini. ‘Jeepney’ dicat yang didengan pelbagai warna… menggamit hati pelancong. Manakala ‘tricyle’ pula lazimnya untuk ke lokasi yang lebih dekat dan banyak didapati di kawasan kampung.

Penumpang akan memasuki ‘jeepney’ dari pintu belakang. Berbeza dengan bas, aku rasa memang masalah sikit nak naik kenderaan ni. Terpaksa terbongkok-bongkok, so tak berapa praktikal untuk perempuan muslimah seperti i… Hehe. Tapi untuk masyarakat di sini, tentu sekali tiada masalah!

Kat Manila ni banyak signboard besar-besar dengan gambar perempuan seksi! Bagi kaum lelaki tu… Jaga mata yer, maksiat mata ni!

IMG_9473

IMG_9195

IMG_9192

IMG_9362

Aku dan tim bermalam di LPL Suite. Cukup selesa, sesuai dengan budget (suite 2  bilik dalam RM500++), sebenarnya ini kira murah ini kerana nilai duit mereka lebih tinggi dari Malaysia. Sebenarnya hotel di sini agak mahal. Kalau nak travel better booking siap-siap hotel kat agoda.com. Orang kata cara begitu lebih murah berbanding walk in.

Hotel LPL Suite ni jugak terletak di tempat stategik, boleh access ke lokasi heaven kat Makati ni, dan paling penting berdekatan hotel ini ada kedai makan halal, makanan Arab. Harga pun berpatutan. Mungkin murah sikit dari makanan arab kat Malaysia. And sebelah hotel ada kedai runcit. So boleh la beli gudap-gudap, tapi make sure la yang halal yer… Jangan main sebat jer.

Di hotel perkhidmatan mengurut juga disediakan, dah penat shooting, memang terbaiklah kalau berurutkan! Jadi kat sini aku sempatlah amik pakej fullbody massage, harganyapun tersangatlah murah, iaitu RM21 jer. Best giler minah tu urut, sampai tertido!

IMG_9315

IMG_9300

Hotel ni berdepan dengan pasar raya terkenal di Manila ni iaitu Greenbelt 1, 2, 3, 4, sampai 5 kot. Kalau kat sini mungkin aku boleh anggarkan tempatnya macam Pavillion tapi lebih besar kot, sebab dia bersambung-sambung dari Greenbelt 1, 2, 3 dan seterusnya.

Satu mall tu pun dah macam Sogo size dia.. Tak larat nak jalan sangat kat sini, barang pun sama jer macam kat Malaysia, so tak excited langsung.  Kat sini semua yang branded, hargapun tak jauh beza sangat, lagi mahal adalah… Kalau korang pergi ke Manila ni, pastikan Greenbelt ade dalam checklist k sebab view dia best. Untuk lepak-lepak sesuai sangatlah. Ada macam-macam kedai makan berkonsep outdoor – ala Pavilion tu…  Oleh kerana kami ni tak banyak masa, tak sempat lah nak bercoffee-coffee kat sini.

IMG_9274

Dari Greenbelt jugak, boleh jalan kaki ke Hard Rock Makati.

IMG_9281

Ok, citer pasal shopping, lokasi best shopping tentulah di Green Hills Shoppping Center. Tempat ni ala-ala Petaling Street tapi peniaga dia baik-baik2 belaka, ramai jugak peniaga Islam dekat sini. Memang heavenlah shopping kat sini! Kat sini sesuai la kalau nak beli survineir untuk kawan-kawan, macam-macam ado… Dari baju, handbag, jam, perhiasan rumah yang diperbuat dari kayu, keychain, fridge magnet dan semestinya mutiara…

Biasanya orang Malaysia datang untuk beli mutiara, dari rantai, gelang, pin tudung semua ado… Harga kat sini boleh bargain. Saya boleh bargain hangbag hampir 70% dari harga asal. Saje jer mintak harga tak munasabah supaya tak payah beli. Sekali tu dia bagi lah pulak! So terpaksalah beli, nasib baik tak mahal, handbag tu dalam rm30 jer kot. (gambar seperti di bawai – handbag biru)

IMG_9236

IMG_9244

IMG_9249

IMG_9253Ni antara hasil tangkapan kami di Green Hills

Insyaallah, ada rezeki aku akan ke Manila lagi. Kali ni aku akan meninjau kehidupan umat Islam di Manila pulak…

Filipina : 4 hari di Cotabato

Berada dikawasan bergolak mungkin bukan menjadi pilihan para pelancong. Namun natijahnya, berbeza sekali dengan dunia kewartawanan. Kawasan seperti ini tentu sekali menyimpan seribu satu cerita suka dan duka.

Aku menjejakkan kaki ke Cotabato, Filipina. Bukan mudah untuk masuk ke kawasan ini.. Cotabato mempunyai kira-kira 60 peratus umat islam juga dikenali sebagai Bangsamoro. Mereka yang dahagakan keamanan..Kota ini menjadi serbahagian daripada saksi 500 tahun, isu ketegangan di wilayah Mindanoa. Bermulua dari era perang kerajaan Sulu menentang Sepanyol hinggalah hari ini berikutan krisis bersenjata antara penduduk bangsa Moro menetang tentera Filipina.

Akibat dari penindasan demi penindasan, mereka bertekad keluar dari kepompong jajahan, melalui peperangan. Bagaimanapun dunia sering menyalahtafsifkan perjuangan mereka dan menganggap mereka adalah pengganas.

Isu antara konflik MILF dan Tentera Filipina belumpun berakhir, ditambah pula dengan perbalahan sesama mereka. Hanya kerana seekor kambing… mereka sanggup menjadi pembunuh. Tembak menembak menjadi perkara biasa.

Kesian masyarakat Moro.. entah dimana silapnya mereka yang aku kira agak ego dengan pendirian masing-masing berbalah sesama sendiri. Entah apa yang ingin ditegakkan sehingga sanggup membunuh. Cerita demi cerita yang aku dengar apabila bertemu orang Malaysia di sini memberi gambaran berbeza di awal kedatangan aku ke sini.

Islam di sini tentu sekali tidak seperti yang dipraktiskan di Malaysia. Isu halal haram paling merunsingkan. Ada pula istilah Halal dan Very Halal.. Ha mana kedai patut kami makan yer?

Apapun.. kunjungan kami ke sini membawa kami ke beberapa tempat menarik seperti pasar Bakkasan yang terletak bersebelahan sungai. Pasar ini menjual barangan basah seperti ikan, sayur dan buah-buahan, beroperasi dari pagi sehingga malam.

Selain itu kami turut berpeluang ke perkampungan setinggan di Purok Dimalanez.. Keadaan di sini agak menggerunkan, memandangkan kami ni orang luar, kami sentiasa diperhatikan oleh mereka. Sehinggalah tiba-tiba datang seorang lelaki membawa walkie talkie bertanya tentang kehadiran kami.. Dalam kekeluan itu, kami hanya menunjukkan guide kami.. Cuak betul mase tu.. Nasib baiklah mereka sealiran.. Kalau tak maunyer dia bawak kitorang ke markas tentera! Huh!

Untuk makluman, kami tak der clearence penuh untuk shooting di kawasan ini so kami perlu sentiasa berjaga-jaga. Tambahan lagi, di pekerjaan paling popular di kawasan ini adalah PENCULIK. Kalau diorang tau kami ni orang Malaysia.. agak merbahaya buat kami… Kalau kena culik sape nak bayar…

Tidak dinafikan ketika di sana, makan tak puas tido tak lena. Ke mana sahaja pergi macam serba tak kena. Bayangkan di hotel yang kami duduk tu pun ada orang pernah diculik… Oleh kerana ketakutan, budak house keeping nak buat baik pun aku tak layan.. Huhu.


Mencari Malaysia – Filipina

Masih tercari-cari jalan mudah untuk ke Cotabato, Filipina. Senang cerita sekarang waktu pre pro untuk next assignment. Ada kawan yang pernah ke Filipina berbendapat lebih mudah menaiki pesawat Air Asia ke Manila. Tapi harus diingat flight ini tidak terus ke Manila, harus ambil flight lain untuk ke Manila. Erm..

Ada juga memberi pendapat untuk kami ke Sabah terlebih dahulu untuk menaiki feri ke Zambonga. Perjalanan mengambil masa selama 18 jam.. Amboi lamanya.. Tapi mungkin ada story menarik dalam feri.. Erm..

Aku terus melayari internet untuk perlajanan yang lebih mudah. Bertemu satu website, ferry from Zamboanga – Sandakan Ferry. Mungkin ini yang dicari.. Aku akan mulakan pelayaran.. Tunggu seterusnya. Laluan mana yang harus di pilih?