Perhentian Island: mengejar penyu di lautan

Kami tiba di Senja Bay Resort kira-kira jam 4 petang. Selepas rehat dan menikmati pantai, kami berjalan kaki menuju ke Long Beach. Its a jungle tracking!

imageBersiap sedia meredah hutan

Sampai di Long Beach, kami lepak dengan kawan-kawan yang kebetulan ada kat Perhentian untuk dive. Sempat lepak kat kedai Abg Arab (pernah hire dia untuk shooting underwater kat Pulau Payar dulu…) Sebenarnya tak tau pun dia dah bukak kedai kat sini. So melepaklah kitorang kat situ sampai ke malam. Long Beach ni memang terkenal dengan tempat yang paling happening kat pulau ni. Night life. Music… Tengok gelagat orang je la…

image
Meet the divers

image

Day 2
image

image

image

Hebat tak pompuan ni posing?

Hari ke dua, seperti dalam jadual kami akan bersnokeling mengelilingi pulau. Pakej yang kami ambil ni ada 6 orang satu bot, 3 orang dari Syria and member dia sorang dari sini, boatman dan kak Lia sebagai guide/guard. Lokasi pertama kami adalah di Shark Point. Mulanya aku agak cuak nak masuk air. Yer la, kang kena baham dengan shark sia-sia jer… Tapi Kak Lia kata, setakat ni belum ada kes lagi dan shark kat sini vegetarian. Pun boleh… Aku bersnokelling dekat-dekat bot jer sebab banyak ikan cantik-cantik kat sini. Tak jumpe shark pun tak perlah…

Selepas tu kami ke Turtle Point. Aku ingatkan sejarah jer… Rupanya tempat ni memang tempat penyu! Ini adalah pengalaman paling berharga untuk aku sebab dapat berenang dengan penyu. Mentang-mentang lah dalam bot tu, aku yang paling sengal berenang, jadi boatman aku tu tarik tangan aku dan hubby, and berenang sama atas penyu. Best giler, aku rasa dekat lima minit adalah aku berenang dengan penyu tu. Sampai satu tahap aku nampak penyu tu macam nak naik dekat, aku pun lepaskan tangan boatman tu, takut kena gigit. Boatman aku tu pun pernah kena gigit penyu, sebab katanya masa tu air tak beraoa jernih dan agak sukar bagi pelancong nak melihat penyu. Jadi, dengan bijaknya dia angkat penyu tu naik atas. Nasib baiklah dia ni memang orang laut, dah biasa… cara nak melepaskan gigitan penyu dengan mencekik leher penyu itu. Kesian penyu… Kita tak digalakkan untuk bersentuhan dengan penyu, kalau tidak kena gigitan mungkin penyu akan lari dan tak kembali dalam waktu yang lama. Mengikut guide kami, ada dalam 4 ekor penyu di sekutar kawasan itu, dan penyu-penyu ni dah biasa dengan kehadiran pelancong. Bagaimanapun masa kami tiba di situ, ada 2 ekor jer penyu yang kami nampak.

Lepas tengok penyu, kami singgah di kampung nelayan untuk lunch. Lunch tak termasuk dalam pakej. Harganya biasalah, mahal sikit. Aku makan nasi goreng seafood dengan harga RM15 dan manggo jus harga Rm7. Hubby makan nasi putih paprik sotong harga pun sama jer. Tapi berbaloi, hidangannya banyak. Bagaimanapun, kena tunggu dekat sejam. Memang giler lama..
image

image

image

Dah kenyang, kami sambung lagi penggembaraan di Pulau Perhentian ni. Then kami ke Coral Garden pulak. Di sini, pelancong boleh melihat coral besar-besar. Subhannallah… Kagum. Memang hebat kuasa Allah yang maha pencipta di langit dan di bumi. Aku ni tak der lesen diving, jadi memang aku kagum tengok benda-benda dalam laut ni. Yerlah, bukan selalu boleh tengok. Selalu tengok coral kecik-kecik jer, yang ni besar giler macam saiz meja, saiz kereta, bentuk macam otak manusia dan sangat dekat dengan paras laut. Kalau berdiri kaki dah boleh sentuh. Kalau terror menyelam memang boleh pengang. Rugi betullah tak der underwater camera. Tak dapat nak share kat sini. Korang kena pergi dan tengok sendiri.

Ok, dah penat layan laut, kami berehat di Romantik Beach. Romantik habis! Pasirnya putih, lautnya biru, panas. Siapa nak mandi boleh la mandi manda kat sini.
image

image

Apa ni? Ha, ini adalah coral mati yang digantung di dahan pokok… Creative!

image

image

Last point kami ke Blue Lagoon. Kat sini ada rumah api, so siapa nak tunjuk bakat terjun tiruk ke, gaya bebas ke, silakan di sini. Laut kat sini berombak dan dalam. Tak ramai pun yang mandi di sini, sebab gelombang yang agak kuat selain khusyuk tengok performance terjun tiruk. Hehe…
image

image

Kami tiba di resort kira-kira jam 5 petang. Ingat nak berkayak ptg tu tak jg sebab penat sangat. Kami tertidur sampai lewat petang. Then kami dinner sambil menikmati sunset.
image

image

Perhentian Island: biru yang mendamaikan

Assalamualaikum semua…

Kalau ada yang perasan mungkin lately ni semua entry aku merujuk kepada tempat-tempat yang pernah aku pergi. Nak tau sebabnya, kerana aku ni selalu terminum semut, senang sangat lupa. Jadinya aku menulis sebagai rujukan diri sendiri di masa akan datang. Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk orang lain jugakkan?…

20130519_154206View dari jeti untuk ke Shangri-La Resort, Senja Bay Resort, Ombak dan Maya Bay

Oklah, hari ni nak menulis pasal percutian terbaru aku dan Mr Hubby ke Pulau Perhentian. Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2, iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Bagi mereka yang suka tempat yang happening, eloklah pergi ke Perhentian Kecil, boleh trekking ke Long Beach. Kat sini lebih banyak aktiviti pantai, tempat makan dan night live yang havoc. Pulau ini juga merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Ramai yang advise aku ke sini compare then pulau lain. So far aku ni bukan kaki pulau pun, jadi aku anggap pulau ni pulau tercantik pernah aku pergi. Sama tahap la dengan Phuket.

Aku ke Perhentian dengan menaiki flight Air Asia ke dari LCCT ke Kota Bahru Kelantan. Dari lapangan terbang Kota Bahru tu, kami ambil teksi ke Kuala Besut dengan caj RM78. Selain naik flight, korang boleh jugak naik bas dari KL dan turun di Kuala Besut, bas turun akan turut dekat dengan Jeti Kuala Besut. Ini lebih jimat sebab tiket bas pergi balik baru RM80. Tapi naik bas ke Kelantan sendiri maklumlah, mau 6-8 jam. Kalau nak naik bas, elok naik bas malam, dan sampai pagi so terus masuk pulau amik tiket feri paling awal pukul 9 am.

Sebelum sampai aku dah amik package siap-siap dengan sorang brader ni, Joe namanya (0169202569). Harga pakej RM315 seorang, menginap di Matahari Chalet 3 hari 2 malam + pakej snokeling (RM30) + bot pergi balik (RM70)+ caj taman laut (RM5) dan kamera underwater. Tapi dengan sedikit kekeliruan, kami tak dapat menginap di Matahari Chalet yang terletak di Long Beach, kami ditukarkan ke Senja Bay Resort dengan harga bilik satu malam RM180, means kami dapat bilik yang lebih cantik tetapi tak dapat kamera underwater dan tak menginap di Long Beach. Actually, kami ok jer, sebab kat Long Beach kebersihannya kurang memuaskan dan terlalu happening. Untuk makluman, harga bilik macam ni, tapi biliknya very basic yer… Hanya air kipas dan aircorn, katil,  cermin, almari, no tv. Bosan! Cuma nasib baik bersih dan view cantik.

Senja Bay lagi cantik dan ni sesuai la untuk honeymoon! Elok la untuk kami yang nak celebrate first anniversary ni… Hehe. Celebrate awal sebab, anniversary kami time cuti sekolah, jadi hotel semua dah mahal la… Tak larat den!

Senja Bay terletak tidak jauh dari Long Beach, kira-kira 15 minit trekking melalui hutan dan boleh sampai ke Long Beach. So takder masalahlah kami nak ke sana.

20130518_102646Hello… Renung masa depan ker?

20130518_185203Pemandangan Senja Bay Resort di waktu petang, boleh tengok sunset dari sini… Orang dari Long Beach pun datang sini. View memang tip top!

20130518_185832Sunset! Kat depan resort kami banyak kedai makan, so boleh la minum2 sambil tengok layan sunset

20130519_121300Bilik…

20130517_154820Untuk makluman, bot tidak akan berhenti dekat dengan pantai, jadi kena naik teksi air (bot kecik) ke daratan dan cajnya RM2. Tujuannya untuk menjaga coral dan mungkin nak bagi job kat orang kampung kot… Bagaimanapun, bagi lokasi yang ada jeti takder masalah. Tak perlu merbahayakan diri dengan cross dari bot ke bot di tengah lautan. Antara lokasi yang ada jeti ialah ke Shangri La, Senja Bay, dan kampung nelayan. Di Long Beach tiada jeti, so bersedia untuk cross bot yer. Hati-hati, jangan jatuh dalam laut sudah… No life jacket dekat bot kecik yer…

Tips Penting!

1) Better booking hotel siap-siap, sebab hotel selalu penuh. Dan satu-satu lokasi hotel mungkin ada dalam 5-6 jenis jer, kalau semua penuh kena pulak naik teksi air untuk ke lokasi lain. Atau sedialah angkut beg korang untuk trekking dalam hutan cari hotel.

2) Bot keluar dari pulau cuma 3 kali sahaja, pukul 9am, 12pm dan 4pm. Jangan lupa untuk inform receptionist to confirmkan bot keluar anda! Nanti kena tinggal.

3) Elok juga bawak ubat seperti panadol atau seumpamanya, sebab klinik jauh dan kedai tutup awal.

4) Kedai makan tutup pada jam 10 malam, dan diorang selalu lama nak serve makanan tapi sedap. Unless di Long Beach tu pun paling lambat 11pm.

5) Janganlah bawak beg roda, bot tak selalu berhenti depan hotel. Jadi korang kena redah pasir dan adakalanya hutan. So tak sesuai sangat! Kesian aku tengok ladies2 yang bawak beg tarik ni…

6) Makanan kat sini agak mahal, biasalah pulaukan.. Air tin RM3, air teh tarik RM4, ice blended RM7-10, makanan 1 set RM 15. Jadi bawalah duit secukupnya, kerana takder bank kat dalam pulau ni yer…

Ok, ni baru intro. Esok sambung tempat-tempat snokling…