Krabi: Fossil Shell Beach dan Pekan Krabi

Masih ada entry berbaki pasal Krabi. Jeng jeng jeng… jangan bosan ye…

Ok, hari last kami di Krabi, iaitu hari ke 4. Flight kami ke Kuala Lumpur jam 7 petang, so ini bererti banyak benda boleh buat harini. Dengan motor yang disewa sejak semalam kami memulakan rondaan kira-kira jam 10 pagi. Lokasi kami kali ni ke Fossil Shell Beach. Lokasi ni terletak on the way ke Aonang. Dari Aonang atau town memang ada signboard ke sini, tak susah. Kalau naik motor dalam setengah jam jgk la perjalanannye…

image

image

Fossil Shell Beach ni terdapat sisa siput2 yang dah sebati dengan pasir dan menjadi batu. Itu itu pandangan akulah… aku bkn pakar geography. Tulisan kat tugu kecik ni bahasa Thailand, paham la pulak aku kan…

Ok, kat sini tiket masuk dikenakan. Tak ingat plk berapa, mgkn 50bht sorg, yang pasti taklah mahal sgt dan boleh masuk ketiga-tiga site. Tapi site tu jauh-jauh. Memandangkan mataharipun tegak ats kepala masa kami pergi tu… so satu site je la kami singgah. View kat sini cantik, tapi pantainya bukan untuk mandi kot. Takde org mandipun masa kami pergi… Memanglah kan, tengahari buat, orang giler jer mandi panas2 terik tu. Lagipun kat sini tak ramai pengunjung macam Aonang…

image

Yang banyaknye adalah cenderamata yang dibuat dari kulit siput. Ha kat Aonang takde benda2 ni ye, dan barangan kat sini jauh lagi murah dari Aonang, contohnye macam topi Aonang jual rm15 sini jual rm5 je… Aku cume beli poskad je kat sini. Tu pun mcm salah kire jer dgn jurujual tu. Takpelah aku halalkan. Kat sini sempat lagi susukan baby Amsyar.

Oklah, odw balik town Krabi kami sempat singgah kat restoran halal. Oklah makananye not bad… sory takde gmbr nak share.

Next destination tentulah lokasi wajib kat town Krabi iaitu bergambar dengan ketam gergasi. Apa lagi bukan main berselfielah kami di sini.

image

Tengok jam awal lagi… so kami ke pasaraya apetah tak tau nama. Tpi memang nilah satu-satunye pasaraya kt Krabi ni. Bosan giler… ala-ala The Store, tapi memangkan cuace kat luar tu panas, inilah tempat paling best.

Then untuk menghabiskan sisa waktu kami lepak kat satu kedai melayu, namanya Kedai Kopi, betul2 depan ketam gergasi. Best lepak sini, ade aircorn, kerusi pun ala-ala sofa. Selesalah utk Amsyar golek2. So lepak sini sampailah kul 4, then blk hotel dan gerak ke airport.

Fight ngam2, tak delay, tapi punyelah penuh. Paling tak best Amsyar menangis dalam flight, rupanye poopoo… die tak selesa sakit perut. Nasib baik daddy pandai takcle. Ok itulah penamat cerita Krabi… kenangan kali pertama bawak Amsyar naik flight. Pasni nak kongsi tips bawak baby travel pulak la… c u to other entry. Bye…

Advertisements

Krabi: Vroom vroom… sewa motor!

Malam ke tiga kami di Krabi… kami pikir ada baiknyalah kami naik motor dari dok susah2 nak tahan mr loco. So lepas je trip ke Emerald Pool, aku pun siap2 sewa motor kat hotel. Harganye 300 bht satu hari. Oklah tu…

image

Maka bermulalah kisah merempit sambil membawa baby… ok petang tu kami ke Aonang menaiki motor. Tapi bermasalah skt, sebab tak tau jalan. Nak ke Aonang, tapi pergi town Krabi. Kami tahan sorg mamat bawak basikal utk tunjuk jalan. Walaupun die tak tau sgt ckp English, tonggang terbalik tp bersungguh die nak tolong. Jauh jgk jalan nak ke Aonang tu… jumpe beberapa trafic light. Tp mudahnya, trafic light kt Krabi ni ade setiap satu ade tugu haiwan. So die suh sampai jumpe trafic light gajah.  Makan dengan tunjuk ajar mamat ni berjayalah kami Aonang naik motor. Amsyar elok je tergantung di depan daddy dengan carrier. Senyap jer die, pelik agaknya… first experience kot. Tak lama lps tu die tu tido dan tido. Sedap beno agaknye kena angin.

Naik moto ni byk kelebihan. Mana nak berhenti… berhenti je. Parking pun senang. Sebelum sampai Aonang kami singgah di satu pasar basah. Tak best. Pasar utk org tempatan. Mengada jgk nak masukkan… tp ada yang menarik kat sini. Pancake pelbagai bentuk! Cer tengok gambar ni… comel tak.

image

image

Aku pilih ikan duyung… bukan main sexy lagi ikan duyung ni kan… Rasenye tip top, ye la rase pancake dan coklat. Harge pun murah je… rm2 rasenye.

Seterusnye kami meneruskan perjalan ke Aonang untuk dinner di satu kedai Melayu kt sane. Then pusing-pusing Aonang sampai ke hujung, dan balik. Waktu balik ni jalan punye la gelap dan sejuk mula melanda. Di satu area, Amsyar menangis kuat, sebab mungkin die dah tak nampak muke bapak die sebab gelap. Macam2 la kami baca, takut la Amsyar nampak benda2 lainkan… tapi rasenya ngantuk pun ye… lepas nangis tu, die pun tetido digantungan daddy sampai la hotel. Balik hotel tersesat skt… hehe. Ikut jalan jauh la pulak… anyway pengembaraan kami malam tu selamat. Alhamdullillah…

Krabi: Gajah Berendam, Hot Stream dan Emerald Pool

Hari ke 3 di Krabi… harini kami akan ke Elephant Trekking, Hot Stream Waterfall dan Emerald Pool. Pagi2 lagi Amsyar kena bangun mandi…. kesian. Seperti biasa, pick up amik kami di hotel. Trip kali ni ramai Melayu, dan ada satu group budak2 UIA. Banyak duit adik2 ni… masih belajar dah blh travel oversea. Tp bagus tu dik untuk exposure u alls…

Dari Krabi town kami terus bergerak ke lokasi pertama pagi ini iaitu elephant trekking. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 1 jam. Nampaknya mr elephat dah sedia untuk kami tunggang. Selama ni Amsyar tgk gajah kat mainan die je… harini die naik gajah. Fuyyooo… tinggi gajah ni. Mula2 naik suspen gak. Melayang-layang rase badan ni. Amsyarpun tak berapa selesa pada mulanya, mengeliat ngeliut die, merengek sikit. Gajah jalan sangatlah perlahan… terfikir bila la nak sampai ni.

image

image

Rupe-rupanya gajah ni bukan pusing jauh pun. Masuk semak belakang tu jer… bosan betul. Pusing2 kat semak je… pastu gajahpun celupkan kaki kat tasik untuk tujuan bergambar… tambahan gajah yang kami ni malas sikit, die basahkan kaki aje. Tpi gajah Ina rajin, separuh badan die masuk air… tapi suspen la kan, buatnye gajah tu berenang.

image

image

Selesai posing dengan gajah, kami bg tip dekat gajah. Ye la kesian die bawak kami yang lebih seratus kilo ni. Berat En Husband jer dah dekat 80 kg… dengan aku and Amsyar lagi… kurus gajah tu nanti.

Selesai naik gajah kami bergerak ke hot spring. Dari lokasi ni ke hot stream amik masa lebih kruang 45 min. Dalam van, Amsyar menyusu, then tido… Alhamdullillah.  Jgn meragam dah ler… sampai kt hot stream kena menapak masuk ke dalam. Kereta takleh masuk. So berjalan lah kami dalam hutan tu… Penat ooo… adalah dalam 1km. Sampai kt sane, ramai org dah amik port best2. Masapun limited, so kami tak mandipun. Amik gmbr skt and lepak je… sekejap sgt la, lagi pun tak menarik manapun. Kawasan pun kecik je. Tapi yg uniknye, air terjun ni suam. Sebenarnya, pelik gak la bile lokasi ni pun blh masuk dalam list toursim. Bagi aku biase je. Mgkn dkt Msia melambak kolam air panas kot…

image

image

Tempat last, tibalah lokasi yang ditunggu2, iaitu Emerald Pool. Kat sini kami lunch di kedai makan yang terdapat di pintu masuk Emerald Pool. Lunch dah masuk dalam pakej, tapi… masakan ntahape-ape. Ada tomyam, sayur goreng, and buah tembikai. Rasenye out, tp boleh lah kalau sekadar nak isi perut. Nak sedap order lain, tp mgkn esk baru sampai.

Ok, selesai makan kami menapak ke Emerald Pool. Ye… menapak lagi. Sebelum masuk ke dalam, ada sungai yg airnya sgt jernih. Putih bersih, macam blh diminum. Untuk makluman, ada dua jalan untuk masuk ke sana, satu  melalui jambatan yang di bina melaui paya, satu melalui denai di hutan hutan. Ok pilih la ikut suka. Ikut jambatan 2km, dan ikut hutan 1.8km. Dan kami… secara tak sengaja ikut jalan jauh… fuh tercabut lutut. En Husband lagi parah la sebab memikul Amsyar. Patutpun takde org lalu jalan ni… krik krik jugak la mula2 tu. Kami tak bawak stroller utk trip ni sebab rasenye byk sgt turun naik van. Leceh. Pastu mendapat… satu badan Tapi ikut jambatan ni blh tgk view cantik… so oklah.

image

image

Subbahanallah… kagum sangat. Air kolam ni berwarna hijau, crystal clear. Tapi malangnya, kami tak diberi masa lama kat sini. Driver tu siap warning, sape lambat balik sendiri. Kecoh btl. Aku sempat celupkan badan sekejap je… kawasan aku pegi ni agak dalam. So mls la… dah lama tak asah bakat berenang. Kang lain pulak cerita pulak.

Ok untuk balik, of cozlah kami ikut jalan dekat… ikut hutan. Dan Amsyar pun tido di bahu daddy… selesai la trip hari ni. Dari Emerald Pool ke hotel ambil masa 2 jam. Makanya, semuapun tidolah di dalam van yang selesa ini… zzz.

Krabi: Menaiki Loco ke Aonang

Ok, sekarang nak citer aktiviti malam ke dua kami di Krabi. Selepas pulang dari Island Hoping, ptg tu kami Aonang untuk mencari pakej ke Emerald Pool pulak. So kami pun tunggulah tu loco yang ala-ala tuk tuk tu… kat sini panggil loco. Selain loco ni kite blh jgk naik tricycle.  Kalau kt Aonang melambak kenderaan ni, dan warnanye merah, kecik sikit dari loco.

Ok, berbalik pada tunggu loco, tunggu punya tunggu tak lalu-lalu. Kamipun amik keputusan untuk jalan sikit2 ke town yang terletak 3km dari hotel kami. Maunyer tercabut bahu laki aku mendukung Amsyar yang berak 8 lg tu…

Nasib baik baru jalan skit loco pun lalu, tp punya la laju nak tahan pun tak berani. Tp diorg ni hebat walaupun laju, blh break emergency gitew… so kami pun naik la loco menuju pasar malam Krabi. Tapi bukan ini pasar malam yg happening tu, kami sebenarnye dah silap masuk pasar malam. Banyak makanan jer dekat sini.

Mcm tak best jer pasar malam ni, so kami amik loco untuk ke Aonang dengan harge 600 bht rasenya. Yang pasti tak mahalpun.

image

image

Kami sampai di Aonang dan cari la pakej bersesuai ke Emerald Pool, paling murah dapat 900 bht sorg. Pakej ni lengkap dengan pick up di hotel dan makanan halal. Kira oklah ni. Agent ni pun mesra alam. Seronok berborak dengan die. Die kate die dari Phuket, cari rezeki dekat Krabi. Phuket byk competition.

Malam ni kami balik naik loco yang kecik sikit atau mini teksi. Harganya 2 x ganda loco. Tp memandangkan dah malas nak mencari loco, kami naik aje…

image

So esk kite citer pasal Emerald Pool yang cantik tu ye.

Krabi: Island Hoping

Yeah… harini kami akan berisland hoping. Makanya aku sungguh bersemangat, bangun awal dan perlu siapkan Amsyar. Kena pakai baju sesuai… encem2.

Breakfast dulu kat hotel then sekitar jam 8 pagi, ade van pick up kami di hotel menuju ke jeti untuk menaiki longtail bot. Longtail bot ni amat sesuai sekali untuk trip bersama family. Pergerakannya pun slow aje… boleh la melihat keindahan alam. Lokasi pertama kami ke Tup Island. Jarak dari jeti ke Tup Island taklah jauh pun… around 45 minit je. Memandangkan kami masuk bot lambat, so dapatlah duduk di bahagian yang takde bumbung. Apa lagi ikan kering la Amsyar. Kesian babyku. Hehe… mummy kejam.

Tup Island ni memang marvelous. Masyaallah cantik… masa kami datang ni low season, airnya surut sampai blh  dan jadi daratan yang membahagikan dua pulau. Tak lama kami kat sini, eloklah tu… cuace pun panas terik.

image

image

image

image

image

image

Selepas kira2 45 min kami kt sini kami meneruskan perjalanan ke Chicken Island untuk bersnokelling. Patut ke aku snokkeling? Macam tak jer kan… nanti nak dukung Amsyar camne plk. Basah ler die. Cian baby Amsyar…

Chicken Island ni macam bentuk ayam pun ade, macam unta pun ade.

image

Actually bukan ni aje lokasi snokkeling. Aku rase ada 3 lokasi, dan paling best lokasi di sekitar gua. Sebab ape? Redup. Taklah panas aku dalam bot tu. Katenye situ pun tak dalam sangat.  Aku memang malas nak snokkeling and kalau husband tak masuk air, aku pun tak nak. Tp dari atas dah nampak dah ikan2nye. Butterfly fish… same je kat mane lokasipun.

image

Kami turut singgah ke lokasi rock climbing. Kat sini, panjat-panjat then jatuh la tercebur dalam laut tu… Orang2 hebat jer blh buat keje ni… aku? Terlebih boleh. Malas nak tunjuk skill aje… hehe. Biar la gambar bercerita.

image

Seterusnya Poda Island. Tempat ni pun cantik sangat. Bagi yang nak hitamkan kulit blh lah berjemur kt sini. X kan lah aku kan… dah terlebih hitam ni. Kami dihidangkan makan tengah hari kat sini. Lauk die pun ok-ok aje. Kari hijau dan sayur kobis. Cara hdgan rare giler, makan dalam pinggan kaca gitew… gigih btl agen ni bwk pinggan kaca. Siap cedokkan lauk masuk pinggan.  Traditional sgt. Lama jugak kami kat sini. Around 1 jam kot. Kat sini kami jumpe mia… so family gathering lagi. Dan nak di jadikan cerita Amsyar pun poo poo kat sini. Alhamdullillah,  sini ade toilet. Kalau die membuang dlm bot leceh la.

image

image

image

Perjalanan diteruskan ke Phra Nang Cave. Kat sini sape yang berminat nak rock climbing dipersilakan.

image

Korang silalah berjalan ke atas dan tengoklah kesan stalagmite dan stalactites yang membentuk gua yang cantik kat sini. Haha, kami nyaris2 terlepas untuk melihat keindahan kawasan ni sebab malas nak berjalan. Nasib la kawan aku Ina, bersungguh nak cari toilet.

image

Gigih la kami ke atas. Kami baru nak naik, yang satu bot dengan kami turun. Ala… rileks ar. Awal lagi. Tak pelah amik gambar dulu puas2kan. Rupanya kat hujung jalan ade lagoon yang cantik. Ramai giler org mandi manda kat situ. View pun cantik.

image

Tetibe…, tgk jam dah pukul 4! Damn! Kami sepatutnya kena ada di bot pkl 4. Apa la berlarilah kami berdua. Nasib En Husband and baby Amsyar tak ikut. Diorg lepak bawak je… sampai kat bot semua org dah ade. Huhu malunye. Nasib baiklah semua sporting. Hehe… Ok sekian untuk aktivity hari ke dua di Krabi. Esk kite cerite pakej ke Emerald Pool pulak k.

Krabi : Sleep Whale Hotel dan Aonang

Ok. Harini saya nak menulis mengenai pengalaman bercuti ke Krabi kira-kira 3 minggu yang lepas. Ya, ianya lebih awal dari Vietnam. Sebenarnya saya tersilap beli tiket. Dok ghairah beli tiket promo AA, tetiba tgk balik selang dua minggu aja antara trip Krabi dan Vietnam. Alamak! Kena bebel jgk la dengan En Husband… hehe…

Untuk makluman, ini merupakan  trip bersama sy bersama baby Amsyar menaiki flight ke luar negara. Waktu ni Amsyar berumur 7 bulan 6 hari. Mula-mula berdebar jugalah. Tp Alhamdullillah semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Sepatutnya Amsyar tak ikutpun… tapi memandangkan kesian tengok Amsyar tinggal with Daddy and kesian gak Kat Daddy kena jg Amsyar yang masih tak putus breast feed ni jd terpaksalah merelakan hati, ladies trip bertukar menjadi family trip. So trip ni dianggotai kami bertiga anak beranak dan kawan aku Ina aka blogger @001beautifulcrazy. Sepatutnya die bawak husband and baby jgk… tp cancel last minit.

Kami menaiki flight AA ke Krabi pada jam 7:15am. Gigih tak? Bayangkan pukul berapa kena bangun dan bergerak dari KL ke KLIA 2? Tak nak bagitaulah… kira sendiri. Amsyar tengah tido tu, kami angkut sekali masuk kete ke KLIA 2. Kejap bgn kejap tido budak tu… kesian…

Ok, sampai di Krabi kami terus ke Sleep Whale Hotel yang dibeli siap2 mase promo di Airasiago. Patutpun murah… al kaedahnya hotel ni jauh dari pantai. Setengah jam jgk la naik motor. Tp dekat dengan town, pun takde lah dekat sangat… kena naik transport jgk. Tambahan teksi or tuk tuk memang kurang lalu sini. So not advisable la ye untuk amik hotel ni. Satu kesilapan. Tp bilik oklah… tip top.

20150126_091549

image

Day 1

Actually hari ni byk dihabiskan dengan tido dan berehat sahaja di bilik… maklumlah malam td tak tido. Ptg tu barulah kite keluar naik loco ke Aonang. Naik loco ni best jugak, hbs satu Krabi di bawanya kami pusing. Tunggu loco pun dekat setgh jam da… sampai di Aonang tak tahu nak berhenti kat mana. Haha blh? rupanya kat Aonang ni happening giler. Sepanjang pantai tu ade tempat lepak, bar, tempat makan, halal pun ada, kedai-kedai cenderamata, tengok pantai, sape bermina blh tengok caberate show… hotelpun melambak. Yang mahal yang murah, semua ada… kat Aonang, kami jumpe Mia and family. Memang sudah dirancang jumpa kat sini, tapi biarlah jodoh menentukan. Tak sangka memang jumpe kitorg kt Aonang. Kami beli tiket sama tapi hotel tak sama. Kami survey harga untuk tour. So dapat la tour island hoping dengan harga 400bht sorg, including pick up di hotel dan makanan halal. Harga asal 1200 bht, tapi katenye diskaun jadi 800 bht. Nasib baik la kami survey byk kedai dan mintak diskaun lagi, so blh la dpt 400bht aje…

Petang tu, kami makan di sebuah restoran halal di sini. Harga erm… boleh tahan mahal sebenarnya. Saya makan dengan En Husband ke rm44. Mungkin terpilih menu mahal kot. Ada lagi murah sebenarnya…

20150126_190955 20150126_193423

20150126_182740

Hari ni dapat tengok sunset dari jauh je… erm… tak menikmati pantai langsung petang ni. Kami just jalan2 and beli barang sikit. Yang pasti kami beli topi ala ala Hawaiian gitewwww… Barulah meletop nak island hoping esk.

image

Erm… macamana dengan Amsyar? Ok ke die nak melayan kerenah mummy? Sambung nantilah.

image