Sabah : Rumpai Laut Kunak

Image

Hari ini saya akan menulis tentang pengalaman saya kira-kira sebulan yang lalu ketika menjalankan penggambaran bersama pengusaha rumpai laut yang berada di Kunak, Sabah.  Rasanya ramai telah mengetahui tentang khasiat rumpai laut yang disebut-sebut sebagai kolgen ni.

Perusahaan rumpai laut telah bertapak sejak lebih 40 tahun lalu di negara ini. Ia dikenalpasti mampu memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara kerana kepentingannya dalam bidang kosmetik dan farmasuetikal. Pengeluarannya dijangka meningkat daripada 20 ribu tan metrik pada 2010 kepada 39 ribu tan metrik pada 2020 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 10 peratus setahun. Manakala Malaysia merupakan pengeluaran rumpai laut ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Filipina.

Tumbuhan yang sesuai ditanam di Pantai Timur Sabah ini, ternyata mampu mengubah taraf hidup masyarakat tempatan. Kunak menyumbang 3 peratus kepada penanam rumpai laut di negara ini dan diusahakan 100 pengusaha.

Walaupun jumlah ini masih dianggap kecil berbanding Semporna yang mewakili 88 peratus, namun usaha masyarakat di sini dalam mengembangkan industri rumpai laut kepada pelbagai produk lain adalah usaha baik yang perlu dijadikan contoh.

Image

Di Kunak, saya bertemu Pn. Kabilah Abdul Hassan, antara individu berjaya dalam pengkulturan rumpai laut. Pendapatannya sebulan mampu mencecah RM20 ribu ringgit, hasil usaha yang diwarisi sejak turun temurun.

Setiap hari Pn. Kabilah akan ke laut bagi menanam bibit atau memeriksa bibit yang ditanam di laut. Bibit mungkin akan rosak dan gugur ke laut, atau mungkin menjadi makanan penyu. Bibit atau benih akan diikat pada tali dan diletakkan semula di laut kira-kira 45 hari. Selepas itu, bibit boleh dituai, dan hasilnya dijemur.

Image

Terdapat 2 jenis rumpai laut yang ditanam di perairan Sabah, iaitu ketegori Double A dan Triple A. Ketegori Triple A dikatakan mengandungi khasiat yang lebih cepat bertindak berbanding Double A.

Ratu Rafilah merupakan pengedar bagi rumpai laut Pn Kabilah. Bagi mereka yang ingin mendapatkan bekalan rumpai laut untuk digunakan mahupun dijual bolehlah hubungi :-

Farah : 019-8874696

Bukan sahaja Pn Kabilah dan Farah, kini ramai wanita di Kunak sudah mula mengusahakan perusahaan rumpai laut. Bukan sekadar menjual rumpai laut mentah, malah ada juga yang mula menggunakan rumpai laut dalam resepi makanan seperti kerepek.

Selain itu rumpai laut juga boleh dimasak sebagai lauk atau desert seperti bawah ini…

Image

Perusahaan ini ternyata jaringan industri yang baik di Sabah, dan mampu meningkatkan taraf ekonomi penduduk tempatan. Semoga usaha memajukan industri rumpai laut Sabah terus berkembang di peringkat antarabangsa. Chaiyok wanita Kunak!

Image

 

Sabah : Rumpai laut dan balat

Bismillahirrahmannirrahim…

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2013. Mungkin dah lewat untuk ucapkan selamat tahun baru, tapi tak salah rasanyerkan…

Baru-baru ini aku berkesempatan ke Kunak. Mungkin masih ramai yang tidak tahu mengenai Kunak. Kalau tengok peta, Kunak berada, ditengah-tengah antara Semporna dan Lahad Datu. Untuk ke Kunak dari semenanjung, kita perlu menaiki flight sehingga ke Tawau. Dari Tawau, perjalanan menaiki teksi ke Kunak, mengambil masa kira-kira 1 jam atau lebih.

peta kunak

Kunak ni pekan kecil jer… Penduduknya terdiri dari Melayu dan China. Daerah Kunak meliputi kawasan seluas 438 batu persegi iaitu 1134 km persegi, didiami lebih kurang 60,086 penduduk yang antaranya terdiri dari Bumiputera keturunan Bajau, Bugis, Suluk, Cocos dan kaum-kaum lain. Lebih 95% penduduk daerah Kunak adalah bumiputera beragama Islam.

Sumber ekonomi utama di Kunak adalah pertanian. Jadi tidak hairanlah kalau anda berkunjung di sini macam masuk kawasan Felda. Terdapat banyak tanaman kelapa sawit. Hijau jer… sejuk mata memandang. Sebahagian dari daerah ini, dikeliling oleh lautan Sulu. Jadi tidak hairanlah selain pertanian, ramai penduduk di sini lakukan aktiviti perikanan, seperti nelayan, menternak udang, ketam, rumpai laut dan balat. So no wonderlah, kat sini boleh dapat seafood dengan harga yang murah.

Aku tertarik dengan satu lokasi makan malam kami. Kawasan ini diberi nama pasar malam. Setiba di sana dengan ditemani rakan dari penduduk tempatan, ternyata ‘pasar malam’ yang dimaksudkan amat berbeza dengan apa yang aku bayangkan. Pasar malam ini adalah medan selera makanan laut. Hidangannya tip top! Ikan, sotong, semuanya besar-besar belaka dengan harga yang amat murah.

IMG_2247

Sotong bakar besar gedabak! Penuh sepinggan.

IMG_2245

Sesi makan beramai-ramai… Semua menu seafood yang lazat

IMG_2253

Ikan mata terbelolok pun ader… Tak tau ikan aper ni.

Selain ‘pasar malam’ antara kedai makan yang menjadi perhatian kami adalah kedai Vee Kee… Kedai ni special! Inilah satu-satunya kedai yang menjual rumpai laut dan balat. Rumpai laut dimasak dengan mayonis dan boleh dimakan dengan nasi atau sebagai dessert. Terbaik! Sementara balat pula dimasak dengan sayur campur. Walaupun balat ni agak pelik dan menggelikan, tapi masih boleh ditelan. Mungkin aku patut tulis entry lain pasal balat dan rumpai laut… Nantikan ye.

IMG_2243

Okla, asalnya niat aku menulis ni untuk cerita apa yang aku buat di Kunak ni… Tapi macam busy jer, sambung next timelah…

Sabah : Jururawat Desa

Bertemu jururawat masyarakat di kawasan pedalam Nabawan, Sabah.

Katanya, “Saya pernah sambut baby dalam perahu”.

Ceritanya bermula.

Selain bertemu pustakawan desa di Nabawan Sabah (rujuk entry lepas), aku turut berkesempatan ke Daerah Kecil Pagalungan di Nabawan.

Tiada jalan darat untuk akses ke kawasan ini. Perjalanan menuju ke Pagalungan mengambil masa kira-kira 45 minit dari Nabawan menuju ke jeti Salung dan terpaksa melalui jalan yang serba daif dan tidak berturap. Untuk menuju ke jeti Salung jer, boleh tahanla…kebas rasanya punggung. Terpaksa melalui kawasan hutan, berbukit-bukau dan ada jalan runtuh. Sekali-sekala kami melalui beberapa biji rumah. (ada orang tumpang buang air)

Aku fikir kenapa agaknya diorang ni buat rumah dalam hutan ni? – Ada kawan kata, dah itu jer tanah dia ada.

Habis tu kanapa bukak tanah dalam hutan? – Dulu diorang ikut sungai.

Ooo… Stop.

Dari jalan utama tu, aku pandang ke bawah, mak ai sungai dia.. Berbatu-batu. Diorang ni biar betul nak suruh kita naik perahu… Ini water rafting boleh le…

Kami ni silap langkah sikit. Kami ke sana menaiki van, orang kampung agak pelik dan bertanya ok ke van ni? First time agaknya van masuk ke sini, aku pandang sekeliling, fourwheel drive jer yang ada. Patutpun orang pelik.

Kami tiba di Jeti Salung. Dari Jeti Salung, perahu menjadi pengangkutan utama ke Pagalungan.

Pagalungan. Di sinilah Siti Khairunissa menabur bakti sebagai jururawat masyarakat. Dia telah berkhidmat selama 2 tahun di sini. Satu hari seminggu dia dan kumpulan jururawat yang bertugas di sini, akan menggunakan perahu untuk ke rumah di kawasan kampung sepanjang sungai ini.

Sewaktu merakamkan realiti kerjayanya sebagai jururawat masyarakat, aku berpeluang mengikuti ke beberapa lokasi kampung bersamanya untuk membuat pemeriksaan kepada ibu dan anak yang baru dilahirkan. Kerjayanya saling tak tumpah seperti bidan kampung.

Cukup memenatkan… Dari perahu perlu menaiki bukit untuk ke klinik, sama juga seperti rumah-rumah pesakit yang dikunjung. Adakalanya, sewaktu air sungai surut, jururawat ini dan pemandu bot terpaksa mengangkat perahu ke tempat yang airnya dalam.

Oleh kerana kekurangan infrastuktur seperti line telefon dan jalan darat, ramai ibu-ibu yang terbersalin dalam perahu.

Bayangkan saja, dengan kudrat yang tidak berdaya untuk melangkah mereka terpaksa melalui tangga untuk menuruni bukit ke sungai. Kasihan ibu-ibu dipedalaman. Kos untuk menyewa perahu juga mahal. Dengan status penduduk yang miskin tegar, mereka tidak mampu untuk menyewa bot ke klinik.

Untunglah ada jururawat masyarakat yang tidak pernah letih menabur bakti di penduduk pedalaman. Sungguhpun begitu jururawat ini tidak pernah berputus asa. Mereka bertekad untuk membantu penduduk kampung di kawasan pedalaman ini bagi meneruskan kehidupan dengan sihat. Terima kasih jururawat, dan selamat hari jururawat (walaupun dah lepas).

Sabah : Pustakawan Pedalaman Nabawan

Tidak keterlaluan jika aku katakan jasa pustakawan masih dinafikan. Kunjunganku pertama kali ke daerah Nawaban, Sabah memberi peluang kepadaku merakamkan realiti kehidupan seorang pustawanita pedalaman.

Aku berkesempatan menjejakkan kaki ke Kg Pamuntarian di Nabawan, Sabah.

Kampung ini agak ketinggalan dari arus pembangunan. Tiada jalan raya berturap dan bekalanan air yang memuaskan. Manakala penduduk di sini rata-ratanya berbangsa Murut, beragama Kristian dan kegiatan pertanian merupakan mata pencarian mereka.

Pustakaan ini kembali beroperasi semula sejak 5 bulan yang lalu, setalah terbiar tidak terjaga sejak 2 tahun lepas akibat pustakawan yang menamatkan pekerjaannya di sini.

Aku bertemu Cik Nurain, seorang pustakawan wanita di sini. Manis orangnya, muallaf dan masih bujang.  Atas minat yang mendalam dalam membaca, dia memohon jawatan sebagai penolong pustakawan dan berstatus gred 27. Berbeza dengan seorang guru di pedalamanan, yang mempunyai elaun yang lumayan. Namun itu tidak ada pada pustakawan.

Pertama kali bertemu, aku amat tersentuh dengan pengorbanan wanita ini. Walaupun pekerjaannya memerlukakan dia  berdepan pelbagai cabaran, dan masih dipandang sepi, namun dia sanggup berjuang untuk penduduk kampung ini. Bukan gaji yang menggunung yang diimpikan namun mendidik anak bangsa adalah tanggungjawabnya. Bagi Nurain, segalanya demi Allah.

Di kawasan ini, bahan bacaan tidak mudah didapati. Jika dibandingkan, terlalu jauh bezanya dengan di bandar. Bahan bacaan sangat mudah di dapati, dari pasaraya, kedai buku, malah di kedai mamak juga bahan bacaan mudah didapati.

Bagi Nurain, jalan yang tidak berturap menjadi jalan utama yang harus dilalui sejak 5 bulan yang lalu. Jalan ini merupakan jalan utama lori balik yang berulang alik mengangkut balak dari dalam kampung ke luar. Ini menjadikan jalan ini berlubang di sana sini. Pada musim hujan, lubang menjadi lopak air.

Bimbang akan masa depan anak-anak kampung di kawasan ini, Nurain membuat alternatif dengan menjalankan perkhidmatan pintu ke pintu seperti yang disarankan perpustakaan Negara.

Salakan anjing lazimnya menjadi penyambut salam buat wanita muslim ini. Namun atas dasar tanggungjawab dan kegigihannya mengembangkan ilmu di kawasan ini, itu tidak pernah menjadi penghalang buatnya. Jika ingin diharapkan penduduk kampung datang berkunjung ke perpustakaan, peratusannya amat kurang sekali. Hanya yang ada kanak-kanak sekolah yang singgah setiap kali selepas waktu persekolahan.

Katanya, “saya tak risau yang budak-budak sekolah ini, jika kini mereka telah membaca, tidak risau akan kanak-kanak di bawah umur mereka, kerana budaya membaca itu telah ada. Dibimbangkan adalah remaja dan dewasa yang tidak membaca, maka ceteklah ilmu mereka.”

Katanya lagi, jika orang tidak pandang kerjaya ini, pandang sebelah matapun jadilah… Jika hanya mahu ingin diharapkan buku sekolah, masakan bisa anak kampong ini meluaskan pengetahuannya.

Semoga jasa wanita ini mampu dilihat oleh pihak sepatutnya. Sesungguhnya buku menyimpan 1001 ilmu pengetahuan buat kanak-kanak di sini. End.