Penang dan Museum Art Trick 3d

Ok harini nak kongsi cerita basi lagi. Project cuti-cuti wiz my love Amsyar ke Penang pada Dis tahun lps. I like… Penang. Kalau ade shooting kat Penang memang laju jer aku pegi. Kenapa aku suka Penang? Erm… tak tahu la. Rasenye byk tempat menarik blh pegi kot, dekat-dekat je. Takdelah jem sangat. Makan apatah lagi, byk choice. Antara kedai yg mesti aku pegi kat Penang ialah Beriani Claypot Best in Town, tak ingat nama kedai. Tapi kt area Masjid Kapitan Keling dan belakang lukisan lorong 3d dgn lukisan spt di bawah.

image
image

Batu Feringgi pun best. Malam, blh merayap kat uptown Batu Feringgi tu… tp barang tah ape2. Kalau pegipun tak penah beli barang. Dan… tak murah. Kalau dulu, kt sini melambak cd pirate. Citer yg bersiri mcm Grey Anatomy tu, di jual dlm bundle. Murah2… Tu dulu la… citer 10 tahun dulu, masa cd pirate berleluasa. Sempat la bawak Amsyar cuci mata kat sini. Confius… Amsyar ke mummy and daddy yg cuti mate?
image
image

Oklah sebelum aku merapu lebih panjang, kali ni sebenarnya cume nak kongsi pengalaman ke Penang Museum 3D Trick Art. Museum ni terletak kt Lebuh Penang, George Town. Waze aje… mesti jumpe. Parking? Boleh je parking kt tepi-tepi jalan tu. Banyak parking. Kalau penuh dekat2 situ ade parking bertingkat, blh la masuk. Tak mahalpun rm1 je kot. Harga tiket masuk rm15 utk dewasa dan rm10 utk kanak-kanak. Beroperasi dari jam 9 pg hingga 6 ptg, ofis hour u alls… Time aku pegi tu lama jgk la beratur, dalam setengah jam ade. Sbb tempat ni bagi org masuk berperingkat; sikit-sikit. Ini membolehkan kite bergambar kat lukisan 3d yg dibuat tu… kalau ramai sgt orang dlm tu, tak nampak lukisan la pulakkan.

Service diorg pun bagus, utk setiap area lukisan ade sorang penjaga. So die nilah akan tolong amik gambar u all. And ade point yg ditandakan agar korang dapat view sebenar lukisan tu. Kat sini ade 35 buah lukisan sedia menanti kunjungan korang utk berposing. So tengoklah hasil kami sekeluarga kat bawah ni…
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image

Lavender Garden, Cameron Highlands dan Kisah Cinta

We are happy family... yeah...

Cameron Highlands… bukanlah destinasi pilihan, tapi meninggalkan banyak kenangan manis buat saya dan Mr Husband. Ini bukan kali pertama kami menjejakkan kami di Cameron Highlands. Masa bercinta dulu-dulu, rasenya dua kali kami ke sini, dan bila dah berumahtangga, ia menjadi lokasi pertama kami dan keluarga (termasuk mak ayah) bercuti bersama.

Tapi percutian ke Cameron Highlands pada penghujung tahun lepas pastinya bakal meninggalkan kesan indah buat keluarga kami bila ia menjadi lokasi percutian pertama buat Amsyar. Ya, kami membawa Amsyar melihat lokasi cinta kami! Chewah…

20141213_121530

20141213_120523

20141213_122106

Walaupun sewaktu kedatangan kami ketika itu, isu tanah runtuh di sini masih hebat diperkatakan, ditambah pula isu kebanjiran warga asing dan isu pencerobohan tanah-tanah di sini untuk digondol dan dijadikan kebun sayur, tetap tak membatalkan niat kami sekeluarga. Waktu tu apartment dahpun ditempah. Nak tak nak, gigih jugaklah…

Actually, kali ni saya nak kongsi antara lokasi menarik kami di Cameron Highlands iaitu Lavender Garder. Lokasinya agak terletak di Tringkap dengan bayaran masuk RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Tak berbaloi manapun… Tapi untuk ambik gambar, tempat ni memang cun. Tapi masa kami tiba kat sini, orang sangat ramai dan panas. So tak syok nak bergambar sangat. Dengan nak mendukung Amsyar yang tak nak duduk dalam stroller masa tu, jadi gambar yang kami amik pun ala-ala jer la…

20141213_121046

20141213_123603

20141213_123455

20141213_124439

Selain tu, kat sini kita bolehlah tengok bermacam jenis pokok lavender yang harum tu kan…, boleh jugak beli lavender bawak balik dengan harga Rm15 sepasu. Terrorlah korang kalau bawak balik rumah lavender tu boleh hidupkan…Hehe.

Kalau dah penat-penat menapak nak naik tu, kat sini ada cafe dan korang bolehlah melantak pelbagai desert seperti scone, ais cream and smooties. Pastu view kat sini memang superb! So bolehlah korang posing sementara yang tak minat tu boleh duduk-duduk dan tengok ye…

20141213_115716

20141213_120030

20141213_122437

On the way turun, adalah kedai menjual survenir dan toy color purple, sesuai la kan untuk lavender… So boleh tengok gambar la ye… Chow!

20141213_123825

20141213_124143

20141213_122551

20141213_122340

20141213_122322

Legoland : bonding time with sibling

Sedang belek-belek ipad yang dah lama di tinggalkan ni terjumpa pulak gambar-gambar sewaktu ke Legoland bersama kakak 2 tahun lepas. So aper yang boleh dikongsikan kat sini sedikit tips, tempat tu panas masa aku pegi dulu… tak banyak pokok lagi. Juga, elakkanlah pegi mase cuti sekolah sebab ramai sangat orang, tak larat nak beratur main game-game yang ade. Ini bukan Genting yang sememangnye sejuk tu… sini panas yer. Mase aku pergi dulu harga tiket rm140 untuk dewasa, rm110 untuk kanak-kanak. Kebetulan mase tu ada promotion dari kfc, so dapat tiket kanak-kanak free untuk setiap 1 tiket dewasa. So taklah rase macam kene ketuk sangat. Sebab ade 3 anak buah. Ha, sekarang harga dewasa dah rm150. Kiter tengok gambar jer lah…

IMG_1110.JPG

IMG_1175.JPG

IMG_1179.JPG

IMG_1165.JPG

IMG_1234.JPG

IMG_1233.JPG

IMG_1237.JPG

IMG_1232.JPG

IMG_1125.JPG

IMG_1153.JPG

IMG_1114.JPG

IMG_1111.JPG

IMG_1215.JPG

IMG_1229.JPG

IMG_1198.JPG

IMG_1170.JPG

IMG_1123.JPG

IMG_1139.JPG

IMG_1161.JPG

IMG_1188.JPG

IMG_1112.JPG

IMG_1149.JPG

IMG_1667.JPG

IMG_1670.JPG

IMG_1668.JPG

IMG_1665.JPG

IMG_1666.JPG

IMG_1673.JPG

IMG_1675.JPG

IMG_1671.JPG

Gold Coast Morib International Resort

Ok kat sini tak nak membebel panjang-panjang. Nak share gambar jer…

20130919_105249

20130919_120615Macam kanak-kanak riang sangatkan kami…

20130918_182934Pn Azida, santai habis kat penthouse yer…

20130918_182618View theme park dari penthouse

20130919_111154_18Jom lumba, sapa lambat, die berat!

20130919_114839KAMI

Tempat ni sesuai sangat untuk aktiviti keluarga. Di sebelah belakang resort ada pantai yang semestinya tak boleh manda. Jangan cuba-cuba yer, airnye kotor. Di sebelah malam ada restoran yang cool dengan atap rumbia… Nak buat weeding pun cantik! Tapi tak sure halal ke tidak.

Masa kitorang kat sini, sebelah malam tu ada gangguan bau-bauan. Ada yang kata bau orang proses kelapa sawit.

Bau tu memang kuat kalau berada kat luar resort pada waktu malam. Tak sure pulak setiap malam ke atau 1 malam jer… Sebab kitorang stay 1 malam jer…

Harga seperti di bawah :

Studio suite  – RM 400

2 Room Apartment – RM 550

3 Room Apartment – RM 750

Penthouse :-

2 Room – RM900

3 Room – RM1500

4 Room – RM1800

* Penthouse memang meletop, siap ada gazebo

Ok, kalau berminat boleh cari kat alamat ni :

PT 294 Kawasan Kanchong Laut,

Mukim Morib,

42700 Banting

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 31981028

reservation@goldcoasresort.com.my

Sekian, iklan.

4 x 4 – Lubuk Kawah

Membelek-belek album lama, terjumpa pulak dengan gambar-gambar ni.

_MG_9001

_MG_9242

Nak citer sikitlah…

Kawasan ini dikenali sebagai Lubuk Kawah, dan terletak di Tanjung Malam.

Lazimnya kawasan ini menjadi penggemar sukan 4×4 kerana kat di sini terdapat sungai-sungai dan curam yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan ini.

Waktu  ni, aku join program anjuran pelajar MSU, excited sangat! Kerana inilah pengalaman pertama aku meredah lubuk dan sungai menaiki 4×4.

Masa ni lah nak menguji ketahanan mental, mampu ker aku? Ceh, citer jer gempak, bukan aku yang bawak 4×4 tu, aku duduk jer diam-diam kat belakang.

Kami bertolak dari MSU kira-kira jam 7 pagi, bersama 15 biji 4×4.

_MG_8873

Misi kami selain menikmati pengalaman ngeri menaiki 4×4 ni, adalah untuk berkhemah Air Terjun Lubuk Kawah.

Khabarnya, air terjun ni masih tidak digazet oleh kerajaan negeri atau persekutuan sebagai lokasi pelancongan, tetapi ia menjadi lokasi tumpuan bagi mereka yang meminati aktiviti ekstrem.

Sebelum melalui cabaran, kami singgah di Teratak Riverview. Tempat ini merupakan resort yang terdapat di sini.

Bagi sesiapa yang tidak berminat untuk berkhemah, anda bolehlah tidur di sini. Terdapat sungai dengan pemandangan yang cantik disekitarnya. Amat sesuai bagi sesiapa yang ingin dari dari kesesakan kota. (blh buat retreat kat sini!)

_MG_9371Sempat lagi adik2 aku ni pose yer

_MG_9326

Kira-kira 30 minit berehat, kami meneruskan perjalan ke Air Terjun Lubuk Kawah.

Jarak dari Teratak Riverview ke Lubuk Kawah ialah 9 kilometer tetapi masa yang diambil peserta untuk sampai ke sana mungkin berbeza mengikut kenderaan dan pengalaman pemandu.

Di sini lah cabaran bermula… jeng… jeng…jeng….

_MG_9358

Gambar tempat yang mencabar tu tak der… Ini pun oklah yer…

Kami terpaksa meredah sungai untuk ke seberang.

Dengan arus yang agak kuat ketika itu, kehebatan pemandu amat diperlukan. Jika salah langkah, kenderaan kami boleh dihanyutkan. Tapi kami selamat. Eleh tak suspend langsung!

Hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam, menjadikan jalan yang kami lalui begitu licin dan merbahaya. Mase ni suspend sikit, sebab pakcik driver tu saje bawak giler-giler, sebab kalau tak tak best katanye… Katenye! Macam nak terbalik kereta tu.
Antara cabaran lain kami terpaksa menaiki bukit berlumpur setinggi 90 darjah, atau turut dikenali sebagai lubang kubur. Ish ngeri bunyinyer tukan? Sebab kedalamannya tu… dan kenderaan yang boleh lalu di jalan tu ngam-ngam jer.
Masa ni, tak semua kereta boleh lepas. Kereta yang power jer boleh lepas. Semua kene tarik pakai kabel. So memang banyak kejelah yer… nak mengikat kabel dari kereta depan, dari pokok bagai. Yang menunggu memang bosan.

_MG_8969

_MG_8984

Namun pengalaman yang paling saya tidak boleh lupakan adalah ketika sorang dari tim kami, mengambil gambar kat  belakang kenderaan yang  tidak boleh melepasi bukit.
Sedang dia asik mengambil gambar, tiba-tiba 4×4 itu mengundur kereta kabel yang digunakan untuk menarik 4×4 tersebut, terputus! Tambahan laluannya hanyalah muat untuk kenderaan tersebut.
Kami pun apalagi… Menjerit sekuat hatilah, harimau dengarpun terkejut agaknya.
Mula-mula dia  boleh buat dek jer, tapi dengan jeritan beramai-ramai, dia dapat diselamatkan. Terkeluarlah suara suparno aku ketika tuh. Ceh!
Dia pun cepat-cepat lari dan lompat ke atas. Mujurlah sempat, Kalau tak dah leper dah…
Tapi malangnyer 4×4 tadi merepuh kenderaan yang berada di belakang.
Selepas ujian mental yang ni, kamipun sampai di tapak perkemahan… Mereka dirikan khemah, sesi memasak pun bermula.
Tapi oleh kerana aku ni tetamu jemput khas, aku tak diberi peluang untuk membantu, cuma bantu makan jer… Fuh bestnye.
Tepi tapak perkhemahan kami ade sungai yang best, bestnyer mandi manda di sini. Fuh sejuk.
Kalau nak ke air terjun, silakan berjalan kaki masuk hutan.
Untuk pengetahuan nilah pengalaman pertama dan mungkin terakhir aku berkhemah. Sebab aku tak suka part nak buang air..

Ok tu jer nak citer… Sekian.

Kalau nak pi tempat ni,  sila layari laman web http://teratakriverview.blogspot.com/ atau hubungi 013-533 5033 (Hakim), 019-511 5033 (Hanah) atau 017-343 1346 (Haziq).
_MG_8848
Inilah tim MSU yang super sporting
_MG_8930

Penguin Malaysia

Tahukah anda, bahawa penguin juga boleh hidup di Malaysia?

Hakikatnya itulah yang berlaku di Underwater World Langkawi yang menempatkan kira-kira 60 ekor penguin yang terdiri dari jenis Rock Funger dan Penguin Afrika.

Walaupun suhu di negara kita tidak sesuai untuk haiwan comel ini, namun usaha yang di jalankan Underwater World Langkawi yang sering membuat kajian tentang penguin ternyata memberi peluang kepada rakyat kita untuk melihat haiwan dari kutub utara ini secara dekat.

Walaupun proses penjagaan haiwan ini amat rumit, terutamanya membabitkan suhu, namun Underwater World Langkawi berjaya merekodkan kelahiran 22 ekor penguin. Kelahiran pertama penguin di sini dicatatkan pada 17 Mac 2006 sekaligus menjadi rekod penguin pertama lahir di Malaysia.

Ha, siapa sangka, walaupun negara kita yang bersuhu panas ni, penguin pun boleh bertelur tau. Semuanya memerlukan kepakaran teknologi yang tinggi, serta kecekalan dan keprihatinan para pekerja di sini.

Bagi mereka yang ingin melihat penguin secara dekat, bolehlah ke Underwater World Langkawi. Tempat ini menggunakan 500 ribu air laut bagi menempatkan pelbagai jenis ikan, hidupan laut dan penyu. Terdapat juga 2 ekor anjing laut iaitu Paw dan Karen, yang dipelihara di sini untuk membuat pertunjukan setiap hari pada jam 12 tghari dan 3 petang.

Selain itu sebelum masuk ke kawasan akuarium, anda juga berpeluang melihat pelbagai specis burung dan mengambil gambar dengan haiwan ini.Tapi bukan penguin yer… Gambar ini, ketika saya berpeluang menjalani penggambaran di sini, kalau tidak jangan harap! Apply kerja kat sini dulu mungkin boleh.

DSC_0616

DSC_0617

DSC_0538

DSC_0716

DSC_0711

* Laporan dari sebuah akhbar tempatan, dari Institut Percy FitzPatrick Ornitologi Afrika Selatan, Penguin Afrika semakin berkurangan sehingga 60 peratus sejak tahun 2004 dan kini terdapat kira-kira 26,000 pasangan penguin yang masih wujud dan ia merupakan catatan paling rendah pernah direkod setakat ini.

Organisasi Kehidupan Burung Antarabangsa memberi amaran bahawa penguin Afrika merupakan antara 18 spesies penguin di seluruh dunia kini berdepan dengan kepupusan.

Antara faktor terbesar kekurangan haiwan ini adalah sumber makanan.

Singapore : Universal Studio Singapore

Pejam celik, pejam celik dah dekat setahun aku ke Universal Studio Singapore (USS). Patutpun rasa rindu jer nak ke sana lagi. Hari terakhir dalam tahun 2011, aku bersama 5 orang geng lain berjaya menjejakkan kaki ke sini. Mula-mula memang payah sangat nak plan trip ni, macam-macam halangan. Maklum ler semua mak dara ni sibuk dengan urusan kerja.. Kerja! Kerja! Yerla wanita bekerjaya la konon.. Huk!Huk! (Yer ker…)

Ditambah lagi dengan nak beli tiket online tak de card kredit la untuk beli tiket awal. Yer la takut tiket habis, tak pasal-pasal jer gi Singapore sesajer… Tapi Alhamdullillah, akhirnya trip kami berjalan lancar. Dari KL ke JB kami naik kereta berlima, tong-tong la yer.. Maklumler perjalanan budget… Pastu tumpang tido kat rumah kakak salah sorang dari kami. Bertambah la save yer tak?

Mungkin trip kami ni boleh dijadikan panduan buat anda yang nak pergi ke USS. First cara mudah kalau tak ada kad kredi korang beli jer tiket kat terminal bas di One Utama. Yer.. One Utama (OU) kat Damansara tu… Ni alamat dan no. tel untuk memudahkan u oll’s cek tiket sebelum pergi. Jangan pergi terus, kalau habis buat penat jer OU tu…

BT 2A, Bus Terminal
1Utama Shopping Centre
No. 1 Lebuh Bandar Utama
Bandar Utama
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603 7725 3771

Kalau beli tiket dekat sini sangat memudahkan perjalanan. Harga tiket dalam RM180. Sampai di JB, kami beli tiket bas di Tune Hotel dekat Danga Bay. Seeloknya korang beli awal, tiket bas pun macam pisang panas. Kami dapatpun nasib-nasib jer… Harga tiket bas RM25 je, pergi balik. Senang sangat, dari Tune Hotel terus masuk parking bas kat USS, 9.30 malam bus tunggu di tempat sama.

Alternatif lain kat sini, tapi saya tak beli kat sini.

Pasarakyat Bus Terminal

No 10, Ground Floor
Jalan Melati off
Jalan Imbi / Jalan Tun Razak
55100 Kuala Lumpur
Tel : +603 2141 1771
Fax : +603 2142 2771

Itu jer yang kot yang boleh dikongsikan… Jom tengok gambar kami!

All the single ladies!

Macam Hollywood tak?

Kalau korang pergi USS, tapi tak masuk kat tempat Transformers ni memang menyesal seumur hidup!

Best giler biler diselematkan Bumble Bee… Erm, rindunya!

Meeting mak datin!

Show sempena New Year! Itulah untungnya pergi masa New Year, macam2 extra show yang ada…