Ho Chi Minh: Potret kehidupan

Kat sini tak nak tulis ape2. Just nak kongsi gambar aje…

image

image

image

image

image

image

image

image

Advertisements

Ho Chi Minh: Post Office, Muzium Perang dan Agen Oren

Day 3.

Memandangkan flight kami pada jam 8.10 malam, jadi kami mengambil keputusan untuk melawat sekitar bandar Ho Chi Minh. Kami menaiki teksi Vinasun ke Post Office, salah satu lokasi tarikan pelancong di sini.

Tak ada apa yang menarik pun… Kat dalam ni ada menjual pelbagai jenis setem dan kedai cenderamata.  Berdepan dengan pejabat pos ada gereja, Notre Dame Catheral. Kami sempatlah berposing-posing sebelum meneruskan perjalanan ke War Remnant Museum.

image

image

Muzium… bagi yang tak minat sejarah mesti bosan pergi muzium. Actually aku pun tak minat sejarah sangatpun… tapi muzium perang Vietnam ni kena pergi. Boleh mengundang keinsafan, betapa bersyukur dan bertuahnya negara kita tak mengalami situasi perang seperti Vietnam.

image

Setiap gambar-gambar berikut ada cerita tersendiri. Paling menyayat hati, bila sekeluarga di atas dibom. Bayangkan budak kecik yang tidak berdosa tu pun menjadi mangsa. Sedih btl. Dan gambar budak lelaki tu, sengaja dia tolak adiknya ke bawah supaya tidak ditembak. Malangnya dua-dua menjadi mangsa.

Paling tak boleh lupa dan menyayat hati adalah kesan Agen Oren yang disembur tentera AS. Pihak tentera AS menyembur kira-kira 75 juta liter Agen Oren dan racun rumpai lain di satu pertiga daripada keluasan Vietnam Selatan antara 1962 hingga 1971 bagi merosakkan tanaman dan hutan yang menjadi tempat perlindungan gerila. Agen Oren bukan sahaja membunuh, malah meninggalkan kesan kepada rakyat Vietnam dari generasi ke generasi. Dna mereka rosak dan mengakibatkan kecacatan kepada bayi. Dioxin ini boleh menyerang sistem genetik dan boleh menyebabkan mutasi pada manusia.

Kesan Agen Oren dirasai sehingga hari ini apabila Vietnam merupakan negara tertinggi yang mempunyai rakyat cacat. Menurut laporan Palang Merah Vietnam, kira-kira sejuta penduduk menderita pelbagai penyakit manakala 150,000 kanak-kanak dilahirkan cacat akibat senjata kimia digunakan AS lebih lima dekad lalu.

image

Rasa syukur sangat berada dalam negara yang aman sekarang. Bagi yang sering tidak berpuas hati dengan pemerintah pergilah melawat negara2 yang kurang maju mungkin boleh mendatangkan keinsafan.

Ho Chi Minh: Ben Thanh Market dan sekitar

image

Sebut jer Ho Chi Minh memang tak lari dari pandangan stereotype, tempat bershopping bagi orang Malaysia. Ben Thanh Market, tempat paling popular untuk bershopping di Ho Chi Minh selain China Town atau pasar malam di depan Ben Thanh Market. Sebenarnya, kunjungan aku ke sini bukanlah nak bershoppingpun… tapi ada orang kirim jadi aku terpaksa la membelek2 dan akhirnya aku yang membeli. Kalau nak kata murah… giler memang murah. Apa taknye kain cotton dijual dengan rm25 je sepasang. Kalau kat tempat tumpah darahku Tangkak pun rm 45 paling murah. Prada lace yg popular tu pun aku dapat semeter rm25 je. Kalau kt kl sepasang beratus-ratus. Tapi of courselah kena pandai mintak tawar. Tp kalau kain cotton ni ada satu kedai tu die memang dah fixkan harga rm25.  Yang lain tu menipu lebih, kena mintak kurang dulu baru nak bagi.

image

Selain tu aku jugak ada beli kemeja En Husband dengan harga rm20 je. Padahal malam sebelum tu beriye mintak kurang masa beli kat pasar malam. Dapatlah rm30 sehelai. Tu pun dah gile2 bertekak. Die letak harga asal rm58.

Selain tu macam2 ada kat Ben Than ni, dari pelbagai jenis textile, perhiasan, baju2, handbag dan pakaian sukan. Sebenarnya tempat ni biase je, macam tempat2 shopping lain seperti Pasar Baru kat Bandung, pasar2 kat China dan Medan. Cume beza sini blh pakai ringgit. Senang kira.

image

Ok bagi aku pulak, aku suka Lorong Malaysia yang terlatak di belakang Ben Than Market (kalau dari hotel akulah…) sebab Ben Than tu terletak kat tgh2, berbentuk empat segi. Dwpan ada hotel, belakang ada hotel, kiri kanan… melambaklah senang citer. Macamana lah aku tak giler membeli kalau dah baju kurung ready made di jual harga rm24 hingga rm28. Jubah kain cotton rm33. Malam lagilah happening dan heaven. Takyah mintak kurang pun dah murah. Jubah pun 4 helai dijual rm100. Nak murah macammana lagikan… Beg2 pun di jual dengan rm15 je.

Ok, malam pulak silalah ke pasar malam di area Ben Than ni. Harga pun murah blh tahan. Tpi macam biasalah mintak kurang ye… kat kedai belakang pasar malam tu ade kedai kasut Clarks untuk kanak2. Rare tu… susah nak dapat. Harga tak pasti sebab takde kasut ubtuk Amsyar. Depannya ada kedai barang2 sukan. Beg Deuter yg kecik tu rm15 je…

image

image

Ok nak citer pasal lokasi makan sikit. Aku memilih kedai Aysah sebab sedap gilers dan murah. Sebelum tu aku makan kat Hjh Basiroh, memang failed. Malam tu serik, tak makan pun. Makan maggi je kat bilik. Hehe… harga dua kedai ni memang murah banding lain, sepinggan nasi goreng dalam 60 ke 70 ribu dong lbh kurang rm11 ke rm13 . Itu makanan biase, goreng2. Kalau lauk pauk, mahal skt.

image

image

image

Satu lagi… Kopi Vietnam, wajib cuba, try, test dan beli bawak balik. Lagi2 macam penggemar kopi mcm aku ni. Ada beberapa penjual kopi menjual dari atas motor. Best gilers… harga pun taklah mahal, rm3 je. Rase sekali nak lagi… nak lagi… nikmat.

image

Ok. Sekian.

Ho Chi Minh: Delta Sungai Mekong Tour

Day 2.

Perjalanan kami bermula sekitar 8 pagi waktu tempatan. Dengan memilih tour ke Sg Mekong di Candy Travel, memandangkan  base on survey inilah pakej paling murah iaitu 250 dong atau rm44. Kalau yg berminat alamatnye di 173 Ly Tu Trong St., Ben Thanh Ward, District 1. No tel 08 38223808  atau http://www.candytravel.net. Pakej ni lengkap dengan makan tengahari, so bagi yg beragama Islam blh amik pakej vagetarian atau jgn amik lgsung. Tapau la siap2… kami bawak roti aje dan makan buah-buahan.

Perjalanan kami ni agak mencabar skt sebenarnya, memandangkan kami bawak Amsyar yg baru 7 bulan setengah. Tour ini juga, perlu menempuh bermacam2 transit. Dari bas ke bot besar, kemudian dipecah 2 kepada bot kecik dan sampan. Satu bot besar menempatkan kira-kira 20 org pelancong. Gigih tak bawak baby gi travel gaya begini? haha. Perjalanan menaiki bas ke dari Ho Chi Minh atau Saigon (bg rakyat tempatan) ke My Tho mengambil masa kira-kira 2 jam. Sepanjang perjalanan kami akan melalui kawasan sawah padi. Bas juga berhenti di satu kedai untuk ke toilet atau minum2 selama 15 min. Tapi mase tu aku tak turun sbb Amsyar lena tidur.

Memandangkan kunjungan kami ke Vietnam ni berdekatan dengan Chinese New Year, Sungai Mekong agak sesak. Sebab ramai orang ingin pulang ke kampung pada waktu ini. Sehingga kini terdapat 9 juta penduduk tinggal di Saigon, tetapi hanya 6 juta shj penduduk tetap. Manakala 3 juta yg lain datang dari pelbagai daerah dan berhijrah ke Saigon untuk bekerja.

image

Sepanjang perjalanan kita boleh lihat bayak kapal membawa pasir. Pasir dari Sg Mekong ni digunakan untuk membuat bangunan di daerah ini dan sekitar.

image

Dari My Tho kami ke Unicorn Island.  Di sini kami dihidangkan dengan madu lebah. Cara minum, diperah dengan limau kasturi, satu sudu madu dan segelas kecik teh. Biaselah diorg promote untuk beli…tapi kami tak beli pun. Kat rumah ni bersepah madu.

image

Seterusnya kami menyusuri kampung untuk ke sebuah sungai kecik. Kat sini kami naik perahu pulak. Punyalah byk perahu, sampai jammed sungai. Masa naik tu, tangan dinasihatkan jgn letak kat tepi perahu, nanti putus! Perahu ni berlaga antara satu sama lain, jadi bahaya. Kami turut diberi topi traditional Vietnam untuk setiap sorang. Baru la comeyyy… Amsyar tak dapat. Tapi topi Amsyar lagi rare ade telinga. Hehe…

image

image

image

image

image

image

image

Sepanjang laluan ni kami dikelilingi pokok nipah dan perjalanan mengambil masa lebih krg 15 minit untuk ke next jeti. Ok. Next kami naik balik bot asal dan ke jeti lain untuk tukar kepada bot kecik sikit untuk ke lokasi pembuatan gula-gula kelapa. Vietnam ni kaya dengan pokok kelapa, so macam2 benda diorg buat dengan kelapa seperti gula-gula, hiasan, cenderamata dan air untuk di minum. Mejority kedai ade jual air kelapa. Tepi jalan pun ada…

image

Di lokasi ni kami diterangkam dengan proses pembuatan gula2 kelapa. Ada macam2 perisa kat sini spt peanut, durian, halia dan lain2.
image

Then perjalanan diteruskan lagi ke lokasi makan. Kat situ kami di beri masa around 1 jam untuk makan2. So boleh la tkt pampers Amsyarkan… after that kami ke Unicorn Island dan menikmati buah-buahan tempatan sambil didendangkan dengan lagu taditional Vietnam. Bosan… hehe.
image

Oklah overall aku boleh katakan tour ni membosankan. Tapi bolehlah… tgk culture orangkan… Part naik sampan jer best. Lain-lain tu boleh dapat kat Msia. Anyway a great experience!

Ho Chi Minh: Teksi Vinasun yg menipu

Ini mungkin cacatan paling cepat aku buat bile bercuti… hehe.

Ok, hari ni first time aku menjejakkan kaki ke Ho Chi Minh, Vietnam. Sebaik saje tiba di lapangan terbang, aku and Mr Husband terus menapak mencari teksi Vinasun seperti cadangan dalam kebanyakan blog dengan memuji keefisyenan teksi ini. Apa yang aku perasan bila keluar je di pintu air port tu ramai giler orang. Aku ingat ade event ke hapa. Dah mcm konsert pun  ade. Mcm sambutan ketibaan pasukan bola sepak pun ade jgk. Tapi takde pun… penuh dengan tourist agen dan family yg smbt kedatangan orang. Yang bestnye terasa mcm lalu kt karpet merah lak… dan ramai pulak suke tgk Amsyar. Cish macam artis pulak I alls rase. Ok, cukup la aku mengarut. Aku terus belok kiri dari pintu keluar, dan rupanya ada banyak syarikat teksi lain selain Vinasun ni. Tapi aku amik Vinasun, dan die punye org yg arrangekan teksi ade kat last sekali. Takde kaunter pun. Ade la sorg dua budak teksi Vinasun tu dok panggilkan teksi. Pastu die bg tiket kat kitorg, kitorg bagi blk kt teksi driver tu. Dan teksi driver tak pandai ckp English. Damn!

Nak jdkan  cerita teksi driver td ckp ape ntah yg aku tak faham then tunjuk2 200 ribu dong. So kitorg pun bglah… die mcm kate tax. Ntah tax ape tah. Ingat tu je la bilnye sampai hotel. Rupenye tidak, sampai hotel die suh byr lagi 150 ribu dong. Eh ape citer ni… td dah byr. Lama gak kami dok explain. Die dok explain bhs die. Ayam itik la. Bila kitorg ckp, die ok… ok. Tp nak jgk duit. Nak tak nak bagi jgk la. Sengal betul. Terus bad mood masuk hotel harini. Geram. Kami check in di Hotel Mai Voung. Kami smpi kul 11 dan dah blh check in.

Part ni aku suke… Sebab kalau ikutkan hotel check in pukul 2pm. Tapi satu perkara menyakitkan hati bile masuk bilik, bilik tak sama seperti dlm gmbr. Memang penipulah diorg ni. Kate bilik ade bathtab bagai… tapi hampeh. Bilik pun kecik aje. No wanderlah murah… nasib baiklah pekerja die bagus. Smpi2 berebut nak angkat beg kitorg. Tmbahan dekat aje dengan Ben Than market.  Kami rest kt bilik, ingat nak suruh Amsyar tido, tapi die tak tido, Daddy yg tido.  Pukul 3, we alls keluar bilik cari makanan dan merayap ke Ben Than Market.

image

image

image Kami makan di kedai Hjh Basiroh. Nasi goreng 60 ribu dong. Rase hampeh giler… tak sedap. Keciwa. image

Nasib baik kopi ais tepi jalan berjaya menyejukkan hati aku yang panas hari ni. Serius terbaiklah kopi Vietnam ni. Macam tak ckp satu. Satu RM3. Oh ya kat sini pakai ringgit je… lagi2 time ringgit tgh jatuh ni aku rase lagi untung. Kalau pakai dong nanti yang balance2 tu nanti bukan buat ape. Kalau sikitpun tak boleh nak tukarkan… so lagi rugi. Baik pakai ringgit aje. Tp kat airport mejority pakai USD. Pakej tourpun blh pakai USD.

image

Lepas makan kami ke Ben Than market dan cari kain yg dikirim kakak. Dan aku rase tak cool langsung Ben Than ni kalau nak bandingkan shopping kt Bandung. Kain cotton memang murah la… sepasang rm25 je. Ade jgk baju kurung siap manik area kedai Hjh Basiroh 3 helai rm100. Murah… tp aku rase outdated plk baju2 ni. Berapa banyakla nak beli baju kurung tu… pastu tak pakai. So tak beli pun. Beli cotton plain je buat baju raye sekeluarga.

image

Hotel Mai Voung yang kami duduk ni juga dekat dgn agent2 pelancongan. So aku comparekan harge tour ke Delta Sg Mekong. Rata2 harga 300 dong atau 15usd. Tp aku dpt paling murah 250 dong atau lebih kurang rm44. So pilih yang ini aje… harap takde yang menipu.

image