09
Dec
09

Mengertilah…

Semoga kau faham dan mengerti…

Mengapa aku lakukan itu dan ini..

Semoga kau faham dan mengerti…

Mengapa aku berkata itu dan ini…

Aku benar-benar harap kau mengerti…

Supaya tidak perlu untukku berkata berulang-ulang kali…

05
Dec
09

Rintihan Kuntilanak

04
Dec
09

Tension

Sakit hati betul.

Penat la nak fikir. Aku dan aku dan aku. Gile stress.

Cepat la… sikit jer lagi. Giler nak mati. Mati sakit hati. Tak membantu. Tak membantu. Tak membantu.

Aku tak nak bagi apa-apa lagi. Biar aku dan aku dan aku. Sebab kau… Arghhh!

04
Dec
09

miss call

1 Miss call

Tak pe lah, tak penting kot..

2 Miss call

Belum kritikal lagi…

3 Miss call

Jap lagi la aku call balik

4 Miss call

Eh lupa la nak call balik

5 Miss call

Ni mesti urgent giler! Baik aku call balik

6 Miss call

Kalau tak jawab…

Memang tak de tanggungjawab!

Tapi bukan aku

03
Dec
09

Fisabilillah…

Penjejakkan asnaf akan berakhir.

Program yang hampir empat bulan aku kendalikan ini akan menuju garisan penamat pada akhir bulan ini. Dalam keghairahan aku mengejar dateline mungkin ada hati yang terluka kerana sikapku, atau bicaraku. Kiranya itu benar, maafkan aku. Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Al Barakah, terima kasih tidak terhingga kerana memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada team ini.

Tak kira anda siapa di dalam team ini, baik assistant, editor, techical, kameraman mahupun director terima kasih tidak terhingga.

Semoga Al Barakah menjadi satu naskah yang berguna untuk semua umat islam akan kesedaran berzakat. Fisabilillah…

Tahniah kepada abg Vita Kamis kerana berjaya meletakkan diri sebagai salah seorang asnaf zakat yang berjaya, hasil dari bantuan modal dari LZS.

“Korang pergilah shoot dekat situ, gambar tu lebih besar dari saya…” – Vita Kamis

02
Dec
09

Already Gone

25
Nov
09

Kenangan kita…

17
Nov
09

1 pintu 1000 lampu

“Besar sangat ke *****  bla…bla…” Telefon di matikan. Pergh…  sentap.

Mungkin ***** aku ni hampeh agaknya, langsung tak dinilai dengan baik rupanya. Aku cube menjadi terbaik, tapi hakikatnya, aku bukan orang itu… Aku bukan sesiapapun. Mungkin aku perlu menyelesaikannya terlebih dahulu. Aku perlu sabar. Dugaan berada dalam bidang broadcasting ternyata bukan kepalang. Masih banyak yang perlu aku pelajari, itu ini. Masa tidak pernah cukup. Aku tidak pernah puas. Terlalu banyak lagi yang perlu dikejar. Siapalah aku ni… Stress. Bagaimana ingin pandai? Bagaimana ingin memenangi hati semua orang? Bagaimana menghasilkan end product yang terbaik? Tuhan tolong tunjuk…  Itu dan ini.

Hari sedih. Nangis.

Bangun bodoh! Lembik betul!

Lupakan jer hati yang terluka ni.

Erm… Dalam mengubatikan hati yang tersentap itu, aku temankan Fiha ke beberapa buah perabot untuk rumah barunya nanti. Lupakan segala masalah. Seronok rasa cuci mata. Mencium harum bau kayu, bersandar di kerusi empuk yang belum dimiliki sesiapa. Wah seronoknye…

Tapi hari ni apa yang paling menarik minat aku adalah lampu-lampu di bawah…

Lokasinya terletak di Perabot Bahagia, Sec U9, Shah Alam (berhampiran Mama Kitchen, Bukit Subang). Harga lampu-lampu ni berbagai, serendah RM 29 hinggalah ribuan ringgit. Erm… semoga cik Fiha bertemu dengan apa yang dicarinya… Hehe…

Lampu… suluhkan aku, dari kegelapan dan keluarkan aku dari kebodohan itu. Tuhan, sekali lagi… TOLONG.

07
Nov
09

Misi Tamat

S5034409

Team and orang asli di Kuala Menson, Cameron Highlands

Misi penjejakkan Senoi Praaq telah berakhir. Segalanya akan terbongkar esok di Astro Prima jam 6.30pm di slot Suatu Ketika. Senoi Praaq ditukar kepada tajuk ‘Laskar Senoi’.

Terlalu banyak kenangan pahit dan manis sewaktu aku dan team menyiapkan dokumentari 1 jam ini. Dokumentari yang pada asalnya untuk tayangan 4 episod berdurasi 1 jam ini, akhirnya ditukar menjadi 1 episod sahaja. Kandungannya semakin padat. Sewaktu ingin merialisasikan dokumentari ini agak sukar dan mencemaskan aku, namun untuk menendekkan durasinya tidaklah semudah yang disangka.

Apapun terima kasih tidak terhinggaku kepada Kak Lin (blogger paulin) yang bertungkus lumus memperbaiki jalan cerita dan kisah benar Bah Ayob (Mohd Nor Abdullah) yang diangkat dalam dokumentari ini. Aku bukanlah sesiapa di dalam menjayakan dokumentari ini, hanyalah penolong penerbit dan penulis skrip. Dokumentari ini merupakan work pertama aku di FMP. Sewaktu aku menulis skrip, terlalu banyak celanya. Mujur Kak Lin menyelamatkan susunan ayat dan rentetan ceritanya.

Bagiku, dokumentari ini banyak mengajar aku untuk tabah berada dalam industri yang penuh mencabar ini. Kehadiranya amat mengujakan. Masih ingat lagi mulutku terkebil-kebil ingin menjawab segala persoalan dari ms J. Terlalu banyak dalam benak fikiranku, namun tak terluah. Terkejut dengan persoalan bertubi-tubi darinya.

Walaupun di akhir-akhir waktu untuk menjayakan dokumentari ini, aku agak sibuk dengan tugasan lain. Di hatiku, aku amat bertuah menjadi sebahagian dari warga yang menjayakannya. Aku ada producer yang hebat, aku ada director yang dikenali, aku bersama head cameraman tersohor, namun siapalah aku… aku masih si kerdil dalam team. Mentah. Tidak tahu apa-apa dalam production. Tidak salah aku dimarah. Memang aku yang sengel. Pengalaman itu sangat berharga bagiku. Berkerja dengan sekumpul team yang amat aku segani.  Aku sangat merindui detik-detik shooting dokumentari ini.

Sms yang aku terima dari tuan director petang tadi, menaikkan semangat aku untuk menulis entri ini.  ” Nora, esok Senoi Praaq, 6.30pm, Prima 105. Kerja kita semua. The best team yang susah nak lupa.” Dalam hati aku menjawab… Yessss bosss….

Terima kasih kepada semua yang menjayakaan dokumentari ini. *Director – Johari Hamid,     *Producer – Azizul Hisham Azizan,      *Cameraman 1) Man K 2) Azizan Attan,      * Teknikal Team 1) Pakcik Saari, Man Kolam, Oll     * Production Manager – Majmin     *Editorial – Paullina Oppei Paulus  * Editor – Abg Zaidi dan Yus dan lain-lain…

S5034295

Krew produksi

S5033945Di perkampungan orang asli Ulu Slim River

03
Nov
09

Letih + Ngantuk = Tido

Aku letih bagitahu itu dan ini

Berulang-ulang kali

Lagi dan lagi, dan lagi

Ada kertas besar di situ…

Baca.. jika masih tidak faham apa yang diucapkan tadi

Aku dah jangka ini pasti terjadi

Apa yang kamu faham dengan perkataan ini?

**Urgent**